Wednesday, April 5, 2017

Benarkah Amanah untung?



Kata pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Iskandar Samad, AMANAH yang untung apabila PAS putus hubungan dengan PKR.

Apabila pas putus hubungan dengan PKR AMANAH  akan masuk dan jawatan Exco yang kosong akan di isi dengan ADUN AMANAH

Jika AMANAH untung sudah barang tentu pas yang rugi, kerana tidak ada dalam kerajaan Selangor selepas ini.

Apakah benar pas yang rugi dan AMANAH yang untung kerana ADUNnya dapat jawatan exco yang dikosongkan PAS.

Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pernah kata dalam ucapan dasarnya di Muktamar agung Tahunan di Putih Kelantan suatu masa dulu bahawa PAS tidak rugi.

Kebanyakan ahli akar umbi pas tidak bersetuju dengan kata kata bahawa pas tidak rugi yang keluar dari mulut presiden, kerana pas sehingga hari sudah hilang banyak kerusi parlimen dan DUN atas sebab larinya geng Mat Sabu menubuhkan parti Amanah.

Secara lahiriahnya memang pas rugi. mengalami kerugian kerana kehilangan ramai para pemimpin yang istiqamah dengan perjuangan Islam yang diasaskan parti Islam se Malaysia sebelum ini.

Presiden tetap dengan prinsip bahawa pas tidak rugi apa apa, hatta telah hilang ramai pucuk kepimpinan diperingkat pusat.

Atas sebab itu, Pas pusat telah bertindak tegas, memecat Datuk Husam Musa dan masih mengekalkan Datuk Mahfuz Omar yang jadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam.

Rasa penulis, ia betepatan dengan maksud hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi: “Orang yang paling beruntung adalah yang dapat mengawal hawa nafsunya dan beramal untuk kehidupan setelah kematian, sedangkan orang yang rugi adalah yang sentiasa mengikut hawa nafsunya dan banyak berangan angan terhadap Allah ( HR. At-Tirmizi)
Oleh itu, telahan Datuk Iskandar Samad itu tidak lain dan tidak bukan adalah suatu penilaian yang bercanggah dengan hadis Nabi SAW diatas.

Iaitu, beliau lebih utamakan hawa nafsunya atau dengan kata lain tidak dapat mengawal hawa nafsunya atas nama sayang dengan jawatan exco yang disandang.

Katanya  yang dia tidak takut hilang jawatan dan takut Amanah masuk hanya lakonan dengan bahasa berlapik supaya ahli akar umbi pas menghormatinya.

Mengapa penulis berkata demikian? Kerana kebanyakan orang Pas di Selangor sangat tidak bersetuju pas memutuskan hubungan dengan DAP. Mereka menggunakan  hujah pas rugi bersendirian dan ia menguntungkan umno/BN.


No comments: