Saturday, November 18, 2017

Amanah, Islam?



Memang Amanah itu Islam. Sahabat sahabat Nabi SAW adalah orang yang sangat amanah.Maka amanah itu sifat para para para  nabi dalam melaksanakan perintah Allah Subhanahu wataala.

Peroalan yang timbul sekarang ini parti amanah yang dibeli oleh geng yang kalah dalam muktamar Pas tidak lama dahulu dan terajui Mat Sabu itu dikatakan parti Islam baru.

Penulis boleh setuju bahawa parti Amanah yang ada niat untuk tumbangkan kerajaaan pas Kelantan pada PRU 14 nanti juga parti Islam.

Mengapa tidak? Kerana umat Islam terbahagi kepada 73 puak. Maka parti Amanah juga adalah parti Islam, kerana presidennya Mat Sabu dan Timbalannya Datuk Husam Musa beragama Islam.

Cuma mereka bukan puak Ppresiden Pasd Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man timbalannya.

Mereka menguca, mereka solat lima waktu sehari selamam, mereka puasa bulan ramadhan, mereka mengeluarkan zakat apabila cukup aurnya  dan mereka tunai haji di Mekah.

Hari ini orang tinggal solat dengan sengaja pun tak jadi kafir, sedangkan Rasulullah sebut barangsiapa yang tinggal solat dengan sengaja kafir.Tapi ulamak memutuskan mereka belum jadi kafir, kerana mereka tak kata dolat tak wajib.

Mat Sabu dan Husam Musan, rasa penulis tak inggal solat lima waktu. Oleh itu mereka masih Islam dan partinya adalah parti Islam.Cuma Islam mereka tak sama dengan Islam anutan PAS.

Fahaman mereka berbeza satu sama lain. Mat Sabu dan Husam Musa masih boleh taat dengan DAP miskipun DAP sebuah parti yang sangat benci dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Mungkin taat dengan orang kafir belum boleh dihukum sebagai kafir. Bermakna mereka masih Islam. Islam banyak puak.Puak liberal adalah puak yang sangat popular sejak akhir akhir ini di Malaysia.

Mengapa tidak? Mereka boleh minum arak, mmereka boleh makan riba mereka boleh makan rasuah, mereka boleh buat apa sahaja, hatta lelaki kahwin lelaki dan perempuan kahwin perempuan pun boleh. Bukan sekata boleh malah semua itu adalah halal.

Inilah isu yang diperjuangkan oleh para pemimpin parti Keadilan rakyat, para pemimpin BERSATU dan termasuk para pemimpin Amanah yang memang tidak amanah dengan perintah larangan Allah subhanahu wataala.


No comments: