Monday, November 13, 2017

Ada benarnya Mat Sabu



Minggu lepas penulis ada dengar kata kata yang keluar dari mulut salah seorang veteran Pas Kuala Nerus.

Kata kata itu berbunyi begini: “ ada benarnya Datuk Husam Musa” yang difahamkan bahawa para pemimpin Amanah benar, sebab itu mereka keluar pas dan tubuh parti lain.

Sebelum ini, ada juga penulis dengar akan kata kata yang berbunyi: “Ada benarnya Mat Sabu.”

Sejauh mana benarnya Mat sabu sama sama lah kita lihat apa yang berlaku senerio politi tanah air pada PRU 14 nanti.

Sebab itu mereka Berjaya menubuhkan parti lain dan berhasrat untuk tumbangkan kerajaan Pas Kelantan dan rampas kerusi milik Pas di Selangor.

Pada hemat penulis ini adalah mainan Mereka  yang masih ada dalam pas antaranya Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) dan Adun Batu Burok, Dr Syed Azman yang diumumkan hadir dalam konvensyen parti Islam baru itu.

Kebanyakan yakin bahawa Amanah adalah parti Islam baru yang akan mengganti parti Pas yang dikatakan sudah lari dari perjuangan asal yang di pimpin oleh ulama yang tidak professional.

Sebelum ini pun sudah ada yang berkata Pas hanya boleh menang dua kerusi sahaja pada PRU 14 nanti dan Amanah akan memerintah Kelantan.

Kerusi manakah. Katanya kerusi yang dimiliki MB Datuk Ahmad Yaakub dan kerusi yang di milik timbalan MB Datuk Nik Amar Nik Abdullah.Manakala lain lain kerusi tumbang belaka dan jadi hak milik pakatan harapan.

Parti Islam baru (Amanah) dikatakan akan bertanding sebanyak 32 kerusi selebihnya akan diberi kepada PKR, Bersatu dan DAP.

Datuk HUsam Musa dikatakan sangat yakin Pas akan tumbang dek goyanganya pada PRU 14 nanti dan Amanah akan memerintah tanpa menyedari jika benar berlaku tanding tiga penjuru BN yang akan menang.

No comments: