Memang cadangan
perdana menteri supaya pegawai kerajaan di pasang kemera badan itu sangat masuk
akal.
walaupun ada yang kata tak masuk akal.Tapi
bagi penulis sangat masuk akal, kerana semua kegiatan dan percakapan pegawai
kerajaan dirakam.
Maka senanglah
dikesan sama ada mereka jujur dan salahgunakuasa atau sebaliknya semasa
menjalankan tugas.
Ia juga
sangat masuk akal Jemaah menteri termasuk perdana menteri kena pasang kemera
badan.
sesungguhnya segala tindakan mereka dapat
dikesan sama ada mereka pentingkan diri atau sebaliknya.
Kerana
jawatan yang sandang itu sebagai Jemaah menteri dan perdana menteri adalah suatu
amanah yang diberi oleh rakyat jelata.
Jika Jemaah menteri
dan perdana menteri enggan badannya dipasang dengan kemera badan ia sangat tidak
masuk akal.
Mengapa? Kerana
Pegawai kerajaan melaksanakan tugas yang telah dilulus dan diputuskan parlimen.,
Jemaah menteri
dan perdana menteri juga melaksanakan tugas yang diamanahkan rakyat agar
terbela dibawah kepimpinan yang ada visi dan misi.
Oleh itu,
bagus sangat pegawai kerajaan kena dipasang kemera badan maka Jemaah menteri dan perdana
menteri tidak harus terkecuali.
No comments:
Post a Comment