Pelbagai
jawapan pernah kita dengar tentang mengapa mereka makan rasuah.sedangkan ia
dilarang oleh Allah.
Sesungguhnya
sehingga hari ini pelbagai jawapan yang dibuat kurang tepat, malah
mengelirukan.
Penulis ada
jawapan yang mungkin tepat dengan
perilaku rasuah yang menjadi barah sesebuah kerajaan.
Hari hari
kita dengar pengarah itu dan pengarah ini yang ditangkap dan didakwa atas sebab
kes rasuah.
Bekas ADO (DATUK)
pernah memberi tahu penulis bahawa dia tak minta orang bagi duit padanya.
Mereka yang memberi, maka dia ambil pemberian tersebut.
Pengambilan
pemberian seseorang itu disifatkan tak apa.boleh dan tak berdosa, maka amalan
itu terus menerus dimalkan sepanjang perkhidmatannya sebagai ADO pembangunan.
Apabila kita
dengar cakap cakap seumpama itu, maka fahamlah kita bahawa punca sebenar
mengapa mereka makan rasuah.
Tak apa.
Boleh. tak berdosa. Orang yang memberi. Kita tak minta habuan.Betulkah orang
yang memberi kita tak minta?
Persoalannya
mengapa yang memberi itu dapat projek yang ditenderkan dan yang tak beri jangan
diharap untuk dapat tender tersebut miskipun harga sangat berpatutan dengan kos
sebenar berbanding dengan orang yang memberi habuan.
Betul tak meminta,
tapi mereka dapat tender tersebut sedangkan harga sebutan tender tidak
berpatutan dengan kos sebenar yang diperuntukan
Pada mulanya
memang ia bukan rasuah. Kita boleh terima ia bukan rasuah kerana tak meminta
habuan. Ingat, Ia sudah jadi rasuah apabila yang memberi habuan itu dapat
tender sedangkan harga sebutan tender itu lebih tinggi berbanding dengan yang
lain.
Maka
sahihlah tak apa. boleh dan tak berdosa punca manusia makan rasuah, bukan
kerana gaji rendah atau tak cukup duit atau kerana terdesak dek sara hidup yang
membebankan.
No comments:
Post a Comment