Friday, December 20, 2019

Para pemimpin PAN tiada integeriti?


Maaf ya, ini bukan saya yang kata Demikian. Salah seorang kepimpinan wanita PAN yang kata.

Beliau berkata, para pemimpin PAN tiada integeriti.Kita tidak tahu punca sebab musababnya.

Sudah pasti berpunca dari sebab musababnya yang tersurat dan sirat yang membuat rasa tidak puashatinya.

Tidak puas hati terhadap para pemimpin Pan terutama sekali terhadap mereka yang jadi menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan pakatan harapan.

Ada pemimpin yang tidak hati dengan menteri menteri dan timbaln timbalan menteri yang dilantik oleh Tun Dr Mahathir.

Sesungguhnya setakat hari ini Tun Dr Mahathir sudah puashati dengan prestasi menteri menteri dan timbalan timbalan menteri PAN.

Atas sebab Tun Mahathir sudah cukup puashati dengan prestasi menteri menteri dan timbalan timbalan menteri Dari PAN.

Kalau Tun Dr Mahathir tak puashati dengan prestasi menteri menteri dan timbalan timbalan menteri PAN sudah pasti akan  dirombakan kabinetnya.

Boleh dikata semua menteri dan timbalan menteri PAN selari dengan kehendak dan citarasa Tun Dr Mahathir yang akrab dengan pecat memcat dan kerat mengerat dengan mereka yang terbabit.

Jika hanya orang Pan yang nyatakan para pemimpin Pan tidak punya integeriti pasti isu ini isu dalaman yang berlaku pada parti PAN.

Sehubungan dengan itu, disebut Mat Sabu, presiden PAN bahawa  orang Kelantan berdyung duyung masuk PAN.

Sebaik sahaja dengar Mat Sabu berkata orang Kelantan berduyung duyung masuk Pan PKR cuba sambung lidahnya.

Dan mengatakan parti keadilan rakyat yang penuh dengan kemelut itu akan memerintah negeri Kelantan pada PRU 15 nanti.

PKR cuba jadi jurucakap kepada Pakatan harapan bahawa PAS Kelantan akan tumbang pada PRU 15 nanti miskipun bertanding atas nama muafakat Nasional.

Sangat tidak masuk akal Pakatan harapan akan memerintah Kelantan selepas PRU 15 nanti, sedangkan kebanyakan calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil akahir akhir ini sering kalah teruk.

Dalam pada itu, orang muafakat nasional tidak boleh pandang ringan cakap cakap pemimpin pakatan harapan, kerana mereka kerajaan yang boleh buat apa apa sahaja untuk menang PRU nanti.

Sehubungan dengan kata kata yang disebut DR Mariah bahawa para pemimpin PAN tidak ada integeriti sangat masuk akal.

Kerana para pemimpin PAN  yang jadi menteri dan timbalan menteri ini ketika dalam PAS dahulu pun mereka tidak punya integeriti.

Lebih lebih lagi hari ini mereka, menteri menteri dan timbalan timbalan menteri sudah jadi talibarut DAP dalam kerajaan pakatan harapan Malaysia baru.

Barangkali inilah punca Dr Mariah melabelkan para pemimpin PAN tidak berintegeriti yang mungkin tidak boleh dinafikan lagi.



No comments: