Saturday, February 1, 2020

TAHUN BARU CHINA TAHUN TIKUS


Cuba anda bayangkan tikus yang disebut tikus membaiki labu. Apakah yang akan terjadi kepada labu yang hendak dibaikinya.

Tahun baru china tahun ini adalah tahun tikus pada orang China dan DAP merupakan dominan dalam kerajaan.

Sebut saja DAP terbayang pada kita bahawa parti itu adalah parti orang china miskipun ada orang melayu yang jadi ahlinya.

Melayu memang tidak punya power untuk agenda kaum bagi orang china. Mereka hanya boneka dan batu loncatan sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Bayangkan tahun tikus. Pasti tikus tak sebaik babi yang haram bagi umat tetapi adalah sumber ekonomi bagi orang china.

Manakala tikus pula beri gambaran kurang baik bagi manusia dan banyak buat kacau dalam rumah kita.

Hari  ini DAP (china) kuasa besar dalam kerajaan Malaysia baru Dan tak mustahil dia boleh kacau dalam pentadbiran kerajaan pakatan harapan pada tahun 2020 ini.

Dua tiuga hari ini DAP sudah ugut Tun Dr Mahathir bahawa DAP akan keluar kerajaan  jika UEC tidak di iktiraf.

Sesungguhnya  DAP terang terangan mahu menjatuhkan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan diganti dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei ini jika enggan ikut arahan.

Usaha itu sangat baik bagi DAP, kerana apabila Anwar Ibrahim Jadi perdana menteri, sudah tentu timbalan perdana menteri pasti orang DAP.

Mustahil Anwar Ibrahim hendak kekal Dr Wan Azizah isterinya sebagai timbalan pardana meteri.

Jika Anwar mengekalkan Dr wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri lagi kacau. Pasti akan dituduh kerajaan Malaysia baru ini adalah kerajaan suami Isteri.

No comments: