Tuesday, September 10, 2013

Ulamak moden memang begitu



Baru baru ini Dr Zukifly Mohd Al Bakri dalam cinta ilmu TV Hijrah berkata ulamak moden mengharuskan “shisha”.

Oleh itu dapat penulis buat kesimpulan bahawa ulamak moden sememang tidak sependapat dalam menentukan suatu.

Sesungguhnya itulah pencanggah pendapat antara ulamak moden dengan ulamak lama yang boleh mengelirukan umat Islam sehingga hari ini.

Pencanggah ini bukan sahaja pasal shisha, malah pasal riba juga ulamak moden berkata boleh jika sikit. sedangkan riba itu jelas haram.

Perkataan boleh jika sedikit pada penulis tidak lain dan tidak bukan ia menghalalkan yang haram, sedangkan barangsiapa menghalalkan haram, jadi kafir.

Oleh itu, penulis tidak rasa hairan apabila Fathul Bari berkata kenaikan harga adalah ketentuan Allah, kerana segala galanya adalah “urusan Allah”.

Tidak pelik apabila Fathul Bari berkata begitu, kerana beliau ulamak moden yang mahu tidak mahu pasti bercanggah dengan ulamak lama sudah jadi bukti sejarah.

Isu naik harga barang adalah ketentuan Allah yang dinyatakan fathul Bari itu suatu yang kecil berbanding dengan alasan ulamak umno yang bertindak begitu berani.

Mereka berani berkata, melesenkan  judi dan arak bukan bermakna kerajaan menghalalkan judi dan arak suatu masa dulu.

Apalah sangat  dengan kata kata, harga barang yang naik itu adalah ketentuan Allah dan rata rata yang mengatakan kerajaan tiada kaitan langsung dengan kes tersebut.







Sunday, September 1, 2013

Munasabahkah Anwar minat dengan kerajaan perpaduan



Dahulu PAS pernah disebut sebut sangat berminat dengan penubuhan kerajaan perpaduan. Bukan setakat itu sahaja, malah terbongkar antara pemimpin kanan pas dan Umno pernah mengadakan siri pertemuan membincangkan prihal tersebut.

Kali ini Anwar dan Mohd Najib Razak pula dikatakan pernah bertemu untuk membincangkan perihal kerajaan perpaduan di Malaysia.

Tajuk tulisan penulis kali ini berbentuk soalan munasabahkah Anwar minat dengan kerajaan perpaduan.

Barangkali ada yang memberi jawapan “Ya” kerana gagal untuk ke Putrajaya selapas PRU 13 lepas.Jika jawapan “ya” bermakna Anwar sudah mengaku kalah dalam memperjuangkan niatnya untuk memerintah Malaysia atas nama Pakatan Rakyat.

Penulis lebih cenderung dengan jawapan “tidak” kerana Pakatan rakyat ada harapan yang sangat cerah untuk menang dan memerintah pada PRU 14 nanti.

Buktinya, Kerajaan membelanja RM 80 bilion wang rakyat untuk menang memerintah dengan majority 2/3 pada PRU 13, tetapi menemui kegagalan dengan keputusan yang paling burok sejarah pilihanraya umum Negara.

RM 6 bilion untuk membeli undi RM 500 satu kepala juga turut gagal.Oleh itu Pakatan rakyat ada cam untuk menang dan memerintah Malaysia pada PRU akan datang.

 Pilihanraya kecil pertama Kuala Besut selepas PRU 13 boleh dijadikan contoh kerana  158 undi sahaja yang memberi kepercayaan kepada umno/BN miskipun dijanjikan dengan seribu  buah rumah percuma kepada pengundi.

Penulis difahamkan kerajaan perpadun adalah lerajaan pengkongsian kuasa antara pakatan rakyat dan Barisan Nasional.

Tidak dinafikan Kabinet Najib buah wujud timbalan perdana menteri II sepertimana diwujudkan menteri pendidikan II dan menteri kewangan II tetapi bagaimana pula dengan lain lain menteri. 

Jika boleh berbuat demikian ada munasabah Anwar berbincang pasal kerajaan perpaduan.

Jika tidak adalah tersangat tidak munasabah kerana jalan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan tidak berpijak dibumi nyata. 


Wednesday, August 21, 2013

Fatwa Sheikhkul Al Azhar


Sesungguhnya fatwa yang dikeluarkan Sheihkul Al Azhar membenarkan pembunuhan rakyat Mesir itu mendapat penentangan kebanyakan umat Islam seluruh dunia.

Hukum asalnya memang dihalalkan darah rakyat yang menentang sebuah kerajaan Islam. Persoalan yang timbul apakah kerajaan semantara Mesir sekarng ini kerajaan Islam.

Presidennya semantara kerajaan semantara Mesir sekarang seorang kristian, Jika ia Hosni Mubarak sekalipun presidennya kerajaan itu bukanlah sebuah kerajaan Islam.

Inilah yang membuat kebanyakan umat Islam seluruh dunia mempertikaikan fatwa Sheikhkul Al Azhar itu.

Barangsiapa yang menentang dan mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan tidak sampai jatuh menghina seseorang ulamak sepertimana ada pendapat yang melarang mempertikaikan fatwa tersebut.

Lebih lebih lagi fatwa yang dikeluarkan itu berdasar prinsip peribadi untuk menjaga nyawanya sebagaimana bukti sejarah barasiapa yang menentang kerajaan keputusan kerajaannya akan dibunuh.

Salah seorang orang kanan tentera yang tidak setuju dengan operasi yang dilakukan membunuh tiga ribu rakyatnya itu turut dibunuh.

Sejarah telah membuktikan seramai 280 orang ulamak Mesir telah dibunuh oleh kerajaan Mesir sepanjang pemerintahan beberapa orang Priseden.

Atas sebab itulah Sheikhkul Al Azhar mengeluarkan fatwa yang jadi kontraversi selepas Dr Mohamad Mursi di gulingkan.

Berapa ramai tenaga pengajar Al Ahzar dipaksa berbuat demikian, termasuk salah seorang yang dipaksa tulis sebuah buku tentang politik tidak ada kaitan dengan agama sepertimana yang kita maklum politik suku agama suku.

Mereka berbuat demikian semata mata untuk menyelamatkan nyawa dari melayan iaitu atas dasar darurat yang tidak boleh digunapakai kepada umum kerana ia bersifat peribadi sahaja.

Pada penulis barangsiapa yang menentang dan mempertikaikan fatwa tersebut tidak sampai jatuh menghina seseorang ulama, kerana fatwa itu hanya bersifat peribadi miskipun ada asasnya pada hukum asalnya. 



Monday, August 12, 2013

Jumpa, lama tak jumpa



Lama tidak berjumpa. Apabila berjumpa, maka bamyaklah ceritanya. Macam macam cerita. Semya cerita boleh dikatalam menarik belaka.

Tetapi memang ada yang paling menarik menyentuh naluri penulis.Cerita yang menarik pada penulis itu sedih sikit berbanding dengan banyak banyak cerita.

Ceritanya berbunyi bergini: “menang pun tak guna juga memerintah” Ia ditujukan kepada parti PAS yang sangat besar harapan untuk memerintah Terengganu pada PRU 13 lalu.

Lawan penulis yang bawa cerita ini bukan calang calang kakitangan kerajaan. Beliau ini pernah jadi pengarah salah satu jabatan kerajaan Persekutuan.

Kita dengar cakap cakap pada penulis apabila lama tak jumpa pasti akan disebut itu prajudis namanya.

Bagi penulis ia bukan prajudis tetapi sutu reality kerana beliau sudah membuat penilaian tentang kerajaan Pas Terengganu (1999-2004) dan kerajaan PAS Kedah (2008-2013).

Dalam pada itu beliau menyebut Kelantan lain sikit kerana metaliti rakyatnya sangat berbeza dengan rakyat Terengganu dan Kedah.

Penulis setuju dengan pandangannya, memang semasa pas memerintah Terengganu (1999-2004) dan Kedah (2008-2013) terlalu banyak yang tak kena.

Kerajaan yang memerintah Terengganu (1999-2004) dan Kedah (2008-2013) lebih mengutamakan pandangan musuh berbanding pandangan orang PAS sendiri dalam banyak perkara.

Hal ini telah dijadikan amalan atas alasan untuk menjinakkan musuh agar memberi sokongan pada kerajaan PAS.

Rupa rupanya rencana itu tidak menjadi kerana musuh tetap menjadi musuh punca PAS Terengganu kalah teruk pada PRU (2004-2008) dan PAS Kedah kalah pada PRU 13 lepas.

Maka sesungguh semacam amat wajar dia berkata “menang pun tak guna juga memerintah”. PAS Terengganu ada juga jasanya, kerana membuat undang undang jinayah syariah,

manakala PAS Kedah tak ada jasa langsung, kerana judi 4 nombor ekor dan TOTO tidak diharamkan.
 Bukan beliau seorang sahaja yang bercerita mengenai perkara tersebut, malahan ramai kalangan orang atasan yang menyokong PAS berkata macam itu kepada penulis.

Penulis tidak tahu mengapa boleh jadi macam itu. Mungkin terlalu percaya dengan musuh sehingga abai langsung pandangan orang sendiri.

Selepas solat Idil Fitri penulis didatangi salah seorang penyokong PAS dan berkata seorang Ahli parlimen yang menang PRU 13 melakukan kaedah yang serupa dengan kaedah wakil wakil rakyat dan ahli parlimen yang menang pada PRU 1999.


 

Monday, August 5, 2013

Siapa sebenarnya yang berfahaman syiah?



SELAMAT IDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ini bukan penulis yang buat buat cerita tetapi ia suatu yang reality. Ia telah diberithu oleh orang umno sendiri.

Bukan setakat itu sahaja, malah penulis di beritahu bahawa salah seorang bekas perdana menteri pun di katakan berfahaman syiah dan mengamalkannya.

Masakan tidak. Pergi keluar Negara, dia boleh jamak solat selama satu minggu solat lima waktu sehari semalam.

Orang PAS setakat hari ini belum ada cerita boleh jamak solat sekaligus selama satu minggu. Demikian juga dengan kahwin kontrak yang sangat popular bagi orang syiah.

Sesetengah pendapat mengatakan kahwin kontrak (muta’ah) yang diamalkan oleh syiah itu seolah olah telah menghalalkan zina yang jelas telah dilarang keras oleh kebanyakan imam mazhab kita bertalfiq dengannya.

Akan tetapi ia telah dijadikan amalan orang umno ketika berada diluar Negara. Kalau ada yang masih tak percaya boleh pergi sendiri ke Indonesia.

Sebagai contoh, kebanyakan orang umno yang melancung ke Domai  berlumba lumba melanggan pelacur secara kahwin kontrak. Apatah lagi mengunjungi India.

Hal ini, telah lama diberitahu oleh kawan lama penulis, yang melanjutkan pengjiannya di India lama dahulu.

seorang Profesor salah sebuah university tempatan beritahu penulis bahawa orang umno yang datang ke Domai kebanyakan mengamalkan kahwin kontrak.

Pada orang umno, itu mungkin tak salah. Akan tetapi pada orang PAS itu suatu kesalahan yang amat berat dan besar.

Lebih lebih lagi parti Pas memperjuangkan islam tulen berbandingan umno memperjuangkan kebangsaan.

Anda juga belum lupa dengan seorang timbalan menteri jabatan perdana menteri yang buat fatwa bahawa ibu tunggal boleh melacur untuk cari sarahidup anak anak jika terpaksa.Darurat konon.