Thursday, February 16, 2017

Malu Mufti jadi ulat dalam buah



Penulis tidak tahu  perasaan lain orang,mengenai DR Mohd Asri Zainal Abidin mufti perlis ini.

Beliau ketika bercakap bertajuk sejauh mana anda memahami hudud anjuran Angkatan Amanah merdeka berkata,

Ini gambaran paling salah yang cuba diberikan sekelompok manusia termasuk IS. Tindakan itu hanya membenarkan dakwaan Presiden Amerika Donald Trump yang dunia Islam adalah dunia mengganas,

Tidak dinafikan beliau ada penyokongnya, akan  tetapi penulis sangat malu ada seorang mufti seumpama ini di Malaysia kini.Tindakan itu seolah olah mahu cuba jadi ulat dalam buah delima.

Bayangkan, seorang mufti yang ada ijazah PHD (DR) boleh berkata potong tangan pencuri dan rejam dengan batu pada penzina dan sebat pada orang minum arak hilangnya keindahan Islam.

Pada mufti Perlis, keindahan islam tidak duduk pada hukum potong tangan pada pencuri, rejam dengan batu pada penzina dan sebat pada peminum arak.Malah islam jadi buruk apabila terlaksana hukum potong tangan, hukum rejam dan hukum sebat.

Barangkali Islam jadi indah apabila  tidak potong tangan pecuri tidak sebat orang minum arak dan tidak rejam penzina

Hal ini telah disahkan sendiri DR Maza bahawa ini  gambaran paling salah yang cuba diberikan sekelompak manusia termasuk IS.Tindakan ini hanya membenarkan dakwaan presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang dunia Islam adalah dunia mengganas.

Yang hairannya macam mana Dr Maza seorang mufti yang berautoriti dalam bidang fatwa boleh setuju dengan dakyah presidean Amerika Syarikat Donald Trump Kafir Yahudi itu.

Peliknya ia tidak percaya dan yakin dengan penyataan qat’ i  dan perintah Allah bahawa kita kena laksana potong tangan pada pencuri, kena laksana 100 sebat pada peminum arak dan kena laksana rejam pada penzina.

Yang paling pelik lagi dari mana ajaran gambaran tersebut suatu paling salah, sedangkan itu adalah perintah dan Rasulullah SAW pernah berkata Fatimah anak aku jika mencuri aku potong tangannya.

Kalau kata kata potong tangan penccuri, rejam terhadap penzina dan sebat dengan peminum arak terrbit dari mulut orang orang ajaran sesat tak mengapalah, kerana mereka sesat, akan tetapi kata kata itu terbit dari mulut dan lubuk hati seorang mufti yang adalah gelarang PHD (DR).

Malu dan memalukan

Monday, February 13, 2017

Pakatan blok ke 3 lebih baik?



Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah buat keputusan dan menyatakan yang pas tidak sekali kali akan menyertai pakatan harapan.

Disusuli Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan selagi pakatan itu disertai DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah),
  
Akan tetapi, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad meminta Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mendesak parti itu dalam isu penyertaan dalam Pakatan Harapan. 

Oleh itu, penulis boleh kesimpulan, Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Naib presiden Datuk Nik Amar Abdullah memang tidak setuju Pas menyertai pakatan harapan.

Cuma Naib presiden Ustaz Idris Ahmad yang kelihatan semacam masih mahu menyertai pakatan harapan, tetapi jangan cuba mendesak pas dengan memberi tepoh dalam masa selama satu bulan sepertimana dinyatakan Tun Dr Mahathir itu.

Mungkin masa selama satu bulan itu pendek. Maka biarlah tepoh masa lebih panjang sedikit, kerana untuk membuat keputusan menyertai pakatan harapan memakan masa yang lama dan panjang.

 Lebih lebih lagi PAS  mengumumkan permuafakatan baharu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Bermakna Pas sudah ada pakatan pembangkang. mengapa mesti pas  menyertai pakatan harapan?.

selain pakatan rakyat yang dibuburkan dan jadi pakatan harapan. oleh itu parti Tun Mahathir kena mari duduk dalam pakatan blok ke 3 yang sudah dibentuk itu.

Demikian PKR. PKR kena mari duduk dalam blok ke 3 dan tinggalkanlah amanah dan DAP terkutang kuting dan biar dua parti itu duduk dalam pakatan harapan memerintah Selangor.

 Persoalannya, manakah lebih baik pakatan harapan dengan blok ke 3 yang sudah dibentuk itu untuk harapi PRU 14 satu lawan satu.

Sudah barang tentu blok ke 3 lebih baik  dengan pakatan harapan yang hanya disertai dua parti DAP dan amanah berbanding blok ke 3 yang disertai parti PAS,parti keadilan rakyat  (PKR) parti PRIBUMI bersatu Malaysia (PPBM) dan parti Ikatan  Bangsa Malaysia (ikatan). 

Saturday, February 11, 2017

Antara malu dan alah



Bercakap pasal Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman  yang menyarankan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan melakukan kunjungan hormat ke rumah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.teringat penulis dengan Anwar Ibrahim menyertai umno dahulu.
Kata Syed Saddiq, perkara itu penting bagi memastikan hubungan personal terjalin antara pemimpin-pemimpin berkenaan.Memang mengunjungi atau kunjung mengunjungi boleh membuat seseorang itu malu dan alah.

Atas sebab itulah Syed Saddiq rayu terutama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang bukan hanya keluar kenyataan untuk ajak mereka datang bersidang tetapi pergi ke rumah Hadi, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin Pas yang lain lain dan cuba dekati mereka secara peribadi,

Anwar Ibrahim pernah dipelawa oleh Tun Abdul Razak Husein (perdana Menteri kedua Malaysia) untuk menyertai umno. Banyak kali. bukan sekali.akan tetapi tiada kelihatan yang Anwar berminat untuk menyertai umno.

Sehubungan dengan itu, semasa Tun Mahathir Mohammad Jadi perdana menteri ke empat Anwar Ibrahim telah membuat keputusan drastik dengan hujah ijtihadnya kalau salah datu satu pahala dan betul dapat dua pahala untuk menyertai umno.

Kebanayakan pemimpin ABIM waktu itu tidak bersetuju akan tetap anwar tetap dengan keputusannya meskipun dia masuk dalam tong tahi. Ada yang kata atas sebab Tun Dr Mahathir mengunjungi rumahnya beliau tidak terima nasihat rakan rakan lantas terjun jugak.

Tidak lama kemudian Dato Mohd Asri Muda pula dikatakan sudah mula berjinak jinak dengan Tun Dr Mahathir atas sebab yang serupa. Dikatakan hampir hampir PAS akan menyertai semula BN jika tidak dihalang.

Oleh kerana kebanyakan kepimpinan pas tidak setuju pas menyertai semula BN, maka 12 orang orang kuat Datok Mohd Asri Muda digantung  dan bertindak keluar parti dan tubuh parti baru yang bernama Hamim.

Selepas tubuh parti baru dan tidak lama kemudian Dato Asri Muda pula yang menyertai umno dan beri sedikit projek petronas oleh Tun Dr Mahahir Mohammad sepertimana yang telah diamalkan umno sebelum ini.

( fakta ketika penulis bersama Dr S.Othman Kelantan, Prof Farid Onn, Datok Asri dan Anak prempuannya  serta A. Samad Ismail dalam bilik Prof  Dr Farid Onn UKM)

Mengunjungi atau berkunjung kerumah adalah suatu sejata yang paling mujarab untuk memujuk pucuk kepemimpinan tertinggi parti di Malaysia ini.

Sesiapa sahaja boleh malu dan alah.Akan tetapi ianya amat sukar untuk dilakukan apabila berlaku perselisihan faham antara satu sama lain.Jika Tun Dr Mahathir Mohammah boleh buat semula kunjung mengunjung, terutama ke rumah Datok Seri Abdul Hadi Awang tidak mustahil ia akan jadi malu dan alah meskipun dia pernah berkata pas tidak sekali kali akan berkejasama dengan  DAP dan Amanah.

Pada penulis, itulah satu satunya kaedah yang paling mujarab untuk mengajak pas bekerjsama hatta dengan parti yang dianggap sebagai pengkhianat kepada Pas. Pemimpin Pas akan jadi malu dan alah apabila ketua parti pembangkang lain mengunjunginya, terutama sekali Tun Mahathir Mohammad yang dipernah diwar warkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaik ia keluar umno zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi perdana menteri sebagai pemimpin yang sedar dan benar benar insaf.

Thursday, February 2, 2017

Datok Mahfuz Omar cuba jadi macam Ustaz Abu Bakar Hamzah


Ustaz Haji Abu Bakar Hamzah merupakan ahli parlimen dari parti PAS mewakili kawasan Bachok, Kelantan selepas memenangi Pilihan raya kecil Bachok 1964.

Beliau mengambil alih kawasan Bachok selepas Dr Zulkifli Muhammad maut akibat nahas jalan raya di Terengganu.

Ustaz Abu Bakar Hamzah, yang ketika itu sebagai Wakil Parlimen PAS Kawasan Bachok Kelantan, turut serta bersama perwakilan yang diketui oleh YB Dato Abd. Rahman Yaakob ketika pertemuan menganai cadangan penubuhan Pertubuhan Negara-Negara Islam Sedunia(OIC).

Perwakilan tersebut telah menjalankan tugas-tugas mereka dengan jayanya apabila Pertubuhan Persidangan Islam Antara Bangsa (OIC) mengadakan persidangan pertamanya di Rabat, Magribi pada tahun 1968

Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda PAS pusat selama 10 tahun dalam tahun 1958 ketika Pas dipimpin oleh Dr Burhanuddin dan Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri dan pernah memangku Setiausaha Agung PAS daripada Ustaz Othman Abdullah (1960).
Tahun 1969, 

Abu Bakar Hamzah dipindahkan dari parlimen Bachok ke kawasan DUN Sanglang, Perlis dan diumumkan akan menjadi Menteri Besar Perlis jika menang di sana. Tetapi Abu Bakar kalah di sana. Ekoran itu Presiden PAS, Mohd Asri melantik Abu Bakar sebagai Setiausaha Agung PAS pada 1972 dan sebagai Senator mewakili negeri Kelantan.

Dipecat

Pada 26 April 1974, Abu Bakar selaku Ketua Dewan Pemuda PAS meninggalkan parti PAS apabila PAS di bawah Dato Mohd Asri bin Haji Muda menyertai Barisan Nasional pada 1974. Kemudian beliau dipecat oleh PAS kerana membuat keputusan yang bercanggah dengan keputusan parti. [3] Beliau tidak melompat parti, sebaliknya kembali ke pangkuan PAS di penghujung usianya.[4] Ramai juga pemimpin PAS tidak bersetuju dengan keputusan jawatankuasa tatatertib PAS Pusat memecat Abu Bakar Hamzah. Bagi mereka, tindakan yang dibuat oleh Abu Bakar Hamzah tidak bertentangan mahupun merugikan parti.[5]

Sekembali dari Universiti Kent, beliau diterima semula ke dalam parti pada Februari 1983 dan dilantik sebagai Jawatankuasa Agung PAS pada 1983 tanpa kehadirannnya di bawah pimpinan Haji Yusuf Rawa. 1985 beliau bertanding menentang Haji Yusuf Rawa selaku Presiden PAS dan Naib Presiden, tetapi kedua-duanya kalah. Ekoran kekalahannya itu, beliau mengupas permasalahan PAS dan disiarkan dalam majalah tabloid sekitar 1980-an.[6]

Beliau membangkitkan “pemimpin buta al-Quran” yang merupakan gagasan awal terhadap perlunya 'kepimpinan Ulama’. Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS ke-17 dan 18 di Kangar pada 1968, Ustaz Jaiz Anwar terpilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Ustaz Abu Bakar hamzah ini semasa didalam pas boleh dikata sangat ganas menyerang pas dan kepimpinan pas  dan Mahfuz Omar tidak seganas Bakar Hamzah dan masi boleh diterima dan kelihatan tidak ad aura ura untuk dipecat.

Walau bagaimana pun beliau kelihatan mahu jadi macam Abu Bakar Hamzah saat saat akhir ini dan masih tidak peduli sama ada akan dipecat atau sebaliknya, malah beliau telah menyuarakan yang  beliau sedia menerima apa sahaja tindakan yang diambil oleh PAS.

Dato 'Haji Mahfuz bin Haji Omar (lahir 25 Ogos 1957) adalah seorang ahli politik Malaysia dan merupakan Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Pokok Sena di negeri Kedah, Malaysia. Beliau adalah masih seorang ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS).dan pernah dilantik sebagai ketua penerangan Pas Malaysia.

Mahfuz merupakan ketua sayap pemuda PAS dari tahun 1999 hingga 2003. Di bawah kepimpinan beliau, Pemuda PAS adalah suara progresif dalam PAS, menyokong parti itu untuk menyertai pakatan Barisan Alternatif dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat ( PKR). [1] kepimpinan Mahfuz terhadap PAS adalah kemuncak tempoh masa yang panjang aktivisme beliau dalam parti.

Beliau dan sekumpulan ahli-ahli politik PAS yang lain telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1985, tempoh permusuhan sengit dan sering ganas antara PAS dan Pertubuhan yang mengawal Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). [2] Beliau secara ringkas dipenjarakan sekali lagi pada tahun 2000 untuk mengambil bahagian dalam satu perhimpunan bantahan yang tidak dibenarkan terhadap pasukan kriket Israel datang ke Malaysia. [3]

Mahfuz telah dipilih ke Parlimen pada tahun 1999 tetapi telah dikalahkan dalam pilihan raya tahun 2004 oleh Abdul Rahman Ibrahim gabungan Barisan Nasional yang memerintah. Mahfuz memenangi semula kerusi itu pada pilihan raya 2008 dengan majoriti 5371 undi. Beliau dipilih semula pada tahun 2013, manakala semua PAS calon parlimen lain di Kedah telah dikalahkan. [4]