Bercakap pasal Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman yang menyarankan pemimpin
tertinggi Pakatan Harapan melakukan kunjungan hormat ke rumah Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.teringat penulis dengan Anwar Ibrahim menyertai
umno dahulu.
Kata Syed Saddiq, perkara itu
penting bagi memastikan hubungan personal terjalin antara pemimpin-pemimpin
berkenaan.Memang mengunjungi atau kunjung mengunjungi boleh membuat seseorang
itu malu dan alah.
Atas sebab itulah Syed Saddiq rayu
terutama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,
Lim Kit Siang bukan hanya keluar kenyataan untuk ajak mereka datang bersidang
tetapi pergi ke rumah Hadi, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin Pas yang
lain lain dan cuba dekati mereka secara peribadi,
Anwar Ibrahim pernah dipelawa oleh
Tun Abdul Razak Husein (perdana Menteri kedua Malaysia) untuk menyertai umno.
Banyak kali. bukan sekali.akan tetapi tiada kelihatan yang Anwar berminat untuk
menyertai umno.
Sehubungan dengan itu, semasa Tun
Mahathir Mohammad Jadi perdana menteri ke empat Anwar Ibrahim telah membuat
keputusan drastik dengan hujah ijtihadnya kalau salah datu satu pahala dan
betul dapat dua pahala untuk menyertai umno.
Kebanayakan pemimpin ABIM waktu itu
tidak bersetuju akan tetap anwar tetap dengan keputusannya meskipun dia masuk
dalam tong tahi. Ada yang kata atas sebab Tun Dr Mahathir mengunjungi rumahnya
beliau tidak terima nasihat rakan rakan lantas terjun jugak.
Tidak lama kemudian Dato Mohd Asri
Muda pula dikatakan sudah mula berjinak jinak dengan Tun Dr Mahathir atas sebab
yang serupa. Dikatakan hampir hampir PAS akan menyertai semula BN jika tidak
dihalang.
Oleh kerana kebanyakan kepimpinan
pas tidak setuju pas menyertai semula BN, maka 12 orang orang kuat Datok Mohd
Asri Muda digantung dan bertindak keluar
parti dan tubuh parti baru yang bernama Hamim.
Selepas tubuh parti baru dan tidak
lama kemudian Dato Asri Muda pula yang menyertai umno dan beri sedikit projek petronas
oleh Tun Dr Mahahir Mohammad sepertimana yang telah diamalkan umno sebelum ini.
( fakta ketika penulis bersama Dr
S.Othman Kelantan, Prof Farid Onn, Datok Asri dan Anak prempuannya serta A. Samad Ismail dalam bilik Prof Dr Farid Onn UKM)
Mengunjungi atau berkunjung kerumah
adalah suatu sejata yang paling mujarab untuk memujuk pucuk kepemimpinan
tertinggi parti di Malaysia ini.
Sesiapa sahaja boleh malu dan alah.Akan
tetapi ianya amat sukar untuk dilakukan apabila berlaku perselisihan faham
antara satu sama lain.Jika Tun Dr Mahathir Mohammah boleh buat semula kunjung
mengunjung, terutama ke rumah Datok Seri Abdul Hadi Awang tidak mustahil ia
akan jadi malu dan alah meskipun dia pernah berkata pas tidak sekali kali akan berkejasama
dengan DAP dan Amanah.
Pada penulis, itulah satu satunya
kaedah yang paling mujarab untuk mengajak pas bekerjsama hatta dengan parti
yang dianggap sebagai pengkhianat kepada Pas. Pemimpin Pas akan jadi malu dan
alah apabila ketua parti pembangkang lain mengunjunginya, terutama sekali Tun
Mahathir Mohammad yang dipernah diwar warkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaik ia keluar umno zaman Tun Abdullah
Ahmad Badawi jadi perdana menteri sebagai pemimpin yang sedar dan benar benar insaf.
No comments:
Post a Comment