Monday, February 27, 2017

Dr Mahathir masih berlembut dengan Najib?



Memang benar Tun Dr Mahathir Mohammad pengerusi parti BERSATU masih berlembut dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak

Mengapa tidak? Dalam satu kenyataan beliau hanya melabelkan Datuk Seri Mohd Najib sebagai pencuri wang Negara.

Tengku Razaliegh Hamzah ketia tubuh parti Semangat 46 dahulu melabelkan Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai pengkhianat

Bukan setakat itu sahaja malah telah melabelkan Dr Mahathir Mohammad ketika menjawat jawatan oerdana menteri sebagai pengkhianat bangsa pengkhianat agama  dan pengkhianat Negara.

Hari ini Dr Mahathir Mohammad yang marah marah dengan anak didikan politiknya itu hanya sebagai pencuri wang Negara yang masih lembut bunyinya.

Pada hemat penulis, jika benar Datuk Seri Mohd Najib seorang  yang baham wang Negara  maka  ia sangat sesuai dilabelkan sebagai lanun ekonomi Negara sebagai penjenayah kolar putih yang bergelar perdana menteri,

Atau dengan kata lain, ia tidak lain dan tidak bukan adalah penyangak ekonomi Negara sepertimana label yang pernah dilabelkan kepada Tun Daim Zainudin ketika jadi menteri kewangan dahulu.

Jika Datuk Mohd Najib masih di labelkan sebagai pencuri, bermakna apa yang dilakukan itu belum sampai tahap lanun atau penyanggak ekonomi yang bahayanya belum boleh mengancam status qua Malaysia.

Belum sampai tahap label yang dilabelkan Tengku Razaliegh Hamzah terhadap Tun Dr Mahthir Mohammad sebagai pengkhianat bangsa, agama dan Negara ketika jadi perdana menteri dahulu.

Bermakna kesalahan Tun Dr Mahathir Mohammad lebih berat dan buruk berbanding kesalahan yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Sebab itu Tun Dr Mahammad masih melabelkan Mohd Najib Razak sebagai pencuri dan belum berani melabelkan perdana menteri anak didiknya itu sebagai lanun yang sememangnya begitu ramai nominee nomineenya yang jadi billionare.

No comments: