Sunday, February 19, 2017

Tun Mahathir pernah bela musang?



 Penulis tidak mahu ulasan sebab sebab ada orang Pas yan g marah marah serang Tun Mahahtir Mohammad, kerana itu adalah ragam manusia.

Bunyinya memang tidak molek, kerana Tun Mahahtir Mohammad sudah keluar umno dan tubuh parti baru untuk jatuhkan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Dahulu Tun Mahahtir Mohammad keluar umno untuk jatuhkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan naikkan Datuk Seri Mohd Najib Razak musang yang dipercayai.

Sekarang ini Tun Mahathir Mohammad tidak senang hati dan berusaha untuk jatuhkan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang dibela dan didewa dewakan.

Sehubungan dengan ini penulis teringat dengan peribahasa Melayu yang berbunyi, jika bela ayam, musang jangan dijinakkan. 

Peribahasa ini adalah peribahasa nasihat kepada peternak ayam agar ayam yang dibelanya tidak jadi mangsa musang yang dijinakkan.

Datuk Seri Dr Mahahtir Mohammad ketika jadi perdana menteri dahulu bukan sahaja menjinak beberapa ekor musang, malah beliau bela musang demi musang.

Ada yang berpendapt Datuk Seri Anwar Ibrahim juga adalah musang yang dijinakkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad yang kini telah dimasuk semula kedalam penjara zaman Datuk Mohd Najib Razak jadi perdana menteri.

Akan tetapi Musang yang dibela oleh Tun Dr Mahahtir Mohammad tidak lain dan tidak bukan ialah Tun Daim Zainuddin yang tidak layak jadi menteri tetapi dilantik sebagai menteri kewangan punca wang Negara hilang dan bebas tidak didakwa.

Pada hemat penulis, Datuk Seri Mohd Najib Razak juga adalah musang yang dibelanya ganti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi punca wang Negara hilang dan terus hilang hingga kini.Musang ini bukan sahaja baham ayam habis habisan, malah sudah baham tuannya.

Musang ini mungkin lebih bijaksanaan berbanding kebijaksanaan tuannya.
Kini Tun Mahahtir Mohamad mahu bunuh musang yang dibela dengan menubuh parti bersatu dan meminta pas beri bantuan untuk hadapi PRU 14 nanti supaya umno/BN kalah dan Datuk Seri Mohd Najib Razak  diganti dengan perdana menteri baru.

Pas sudah buat keputusan muktamad tidak akan beri bantuan dan membuat Tun Dr Mahahtir Mohammad jadi pening kepala lantas bertindak mendesak dan berkata bukan bukan sama sepertimana tindakan dahulu.
Tun Dr Mahathir Mohammad semasa jadi perdana Menteri Malaysia bukan sahaja berniat hendak haram pas, akan tetapi telah bertindak dengan aktifnya agar menjadi realiti.
Bukti kukuh, sanggup serang ustaz Ibrahim Libya di Memali pada tahun 1985 sebagai langkah awal untuk mengharamkan parti Pas.
Banyak lagi fakta dan bukti sejarah bahawa Tun Dr Mahathir Mohammad  bertindak dengan usaha gigih dan licik kearah mengharamkan parti Islam  se Malaysia itu.
Kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad bermain wayang termasuk mendesak pas untuk masuk dalam pakatan harapan.
Juga  bersikap 'sebelah tangan mahu bersalam, sebelah tangan lagi mahu menumbuk' dalam membincangkan kerjasama antara partibersatu  dengan Pas.
Ini telah di jelaskan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa  cara bekas Perdana Menteri itu  'memujuk' Pas untuk kembali menyertai pembangkang dalam Pakatan Harapan tidak sewajarnya.

Cara dan kenyataan Tun Dr Mahathir ini seolah olah ada udang disebalik batu. Ia bukan tak membantu. Malah boleh merosakan pas, kerana pas sudah ada pakatan pembangkang blok ke3.

Tidak wajar pas masuk pakatan harapan, kerana pas sudah ada pakatan pembangkan blok ke 3 untuk menghadapi PRU 14 nanti.

Yang sepatutnya, bersatulah yang masuk blok ke3 untuk hadapi Pru 14 nanti, kerana pakatan harapan sudah berada dalam kemelut yang amat sukar untuk menyelesaikannya.

Buktinya, sudah empat wakil rakyat DAP yang keluar pati di Negari Melaka tapak DAP dan dikatakan akan ada lagi yang bertindak keluar parti atas alasan tidak bersetuju  DAP bersekongkol dengan parti bersatu yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir.

Usaha agar pas masuk pakatan harapan itu, tidak lain dan tidak bukan hanya suatu perancangan untuk  melemahkan pas dan sekaligus boleh membuat pas hancur selepas PRU 14 nanti.

Itulah niat Tun Dr Mahathir Mohammad. Sebab ia berusaha berhempas pulas dengan bermain wayang  memujuk para pemimpin pas agar masuk pakatan harapan yang sedang nazak dalam percaturan politik kini.



1 comment:

mamat said...

zaman tun dr Mahathir Mohammad jadi perdana menteri Tun Daim Zainuddin yang baham duit negara. Kini Datuk Seri Mohd Najib Razak pula yang membaham dengan rakus sekali