Penulis tidak mahu ulasan sebab sebab ada orang Pas yan g marah marah serang Tun Mahahtir Mohammad, kerana itu adalah ragam manusia.
Bunyinya
memang tidak molek, kerana Tun Mahahtir Mohammad sudah keluar umno dan tubuh
parti baru untuk jatuhkan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Dahulu Tun
Mahahtir Mohammad keluar umno untuk jatuhkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
dan naikkan Datuk Seri Mohd Najib Razak musang yang dipercayai.
Sekarang ini
Tun Mahathir Mohammad tidak senang hati dan berusaha untuk jatuhkan perdana
menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang dibela dan didewa dewakan.
Sehubungan
dengan ini penulis teringat dengan peribahasa Melayu yang berbunyi, jika bela ayam, musang jangan dijinakkan.
Peribahasa
ini adalah peribahasa nasihat kepada peternak ayam agar ayam yang dibelanya
tidak jadi mangsa musang yang dijinakkan.
Datuk Seri
Dr Mahahtir Mohammad ketika jadi perdana menteri dahulu bukan sahaja menjinak beberapa
ekor musang, malah beliau bela musang demi musang.
Ada yang
berpendapt Datuk Seri Anwar Ibrahim juga adalah musang yang dijinakkan oleh Tun
Dr Mahathir Mohammad yang kini telah dimasuk semula kedalam penjara zaman Datuk
Mohd Najib Razak jadi perdana menteri.
Akan tetapi Musang
yang dibela oleh Tun Dr Mahahtir Mohammad tidak lain dan tidak bukan ialah Tun
Daim Zainuddin yang tidak layak jadi menteri tetapi dilantik sebagai menteri
kewangan punca wang Negara hilang dan bebas tidak didakwa.
Pada hemat
penulis, Datuk Seri Mohd Najib Razak juga adalah musang yang dibelanya ganti
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi punca wang Negara hilang dan terus hilang
hingga kini.Musang ini bukan sahaja baham ayam habis habisan, malah sudah baham
tuannya.
Musang ini
mungkin lebih bijaksanaan berbanding kebijaksanaan tuannya.
Kini Tun
Mahahtir Mohamad mahu bunuh musang yang dibela dengan menubuh parti bersatu dan
meminta pas beri bantuan untuk hadapi PRU 14 nanti supaya umno/BN kalah dan
Datuk Seri Mohd Najib Razak diganti
dengan perdana menteri baru.
Pas sudah buat keputusan muktamad tidak akan beri
bantuan dan membuat Tun Dr Mahahtir Mohammad jadi pening kepala lantas
bertindak mendesak dan berkata bukan bukan sama sepertimana tindakan dahulu.
Tun Dr Mahathir Mohammad semasa jadi perdana Menteri
Malaysia bukan sahaja berniat hendak haram pas, akan tetapi telah bertindak
dengan aktifnya agar menjadi realiti.
Bukti kukuh, sanggup serang ustaz Ibrahim Libya di Memali
pada tahun 1985 sebagai langkah awal untuk mengharamkan parti Pas.
Banyak lagi fakta dan bukti sejarah bahawa Tun Dr Mahathir
Mohammad bertindak dengan usaha gigih
dan licik kearah mengharamkan parti Islam
se Malaysia itu.
Kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun
Dr Mahathir Mohamad bermain wayang termasuk mendesak pas untuk masuk dalam
pakatan harapan.
Juga bersikap
'sebelah tangan mahu bersalam, sebelah tangan lagi mahu menumbuk' dalam
membincangkan kerjasama antara partibersatu
dengan Pas.
Ini telah di jelaskan Naib Presiden
Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa
cara bekas Perdana Menteri itu
'memujuk' Pas untuk kembali menyertai pembangkang dalam Pakatan Harapan
tidak sewajarnya.
Cara dan kenyataan Tun Dr Mahathir
ini seolah olah ada udang disebalik batu. Ia bukan tak membantu. Malah boleh
merosakan pas, kerana pas sudah ada pakatan pembangkang blok ke3.
Tidak wajar pas masuk pakatan
harapan, kerana pas sudah ada pakatan pembangkan blok ke 3 untuk menghadapi PRU
14 nanti.
Yang sepatutnya, bersatulah yang
masuk blok ke3 untuk hadapi Pru 14 nanti, kerana pakatan harapan sudah berada
dalam kemelut yang amat sukar untuk menyelesaikannya.
Buktinya, sudah empat wakil rakyat
DAP yang keluar pati di Negari Melaka tapak DAP dan dikatakan akan ada lagi
yang bertindak keluar parti atas alasan tidak bersetuju DAP bersekongkol dengan parti bersatu yang
dipengerusikan Tun Dr Mahathir.
Usaha agar pas masuk pakatan harapan
itu, tidak lain dan tidak bukan hanya suatu perancangan untuk melemahkan pas dan sekaligus boleh membuat
pas hancur selepas PRU 14 nanti.
Itulah niat Tun Dr Mahathir
Mohammad. Sebab ia berusaha berhempas pulas dengan bermain wayang memujuk para pemimpin pas agar masuk pakatan
harapan yang sedang nazak dalam percaturan politik kini.
1 comment:
zaman tun dr Mahathir Mohammad jadi perdana menteri Tun Daim Zainuddin yang baham duit negara. Kini Datuk Seri Mohd Najib Razak pula yang membaham dengan rakus sekali
Post a Comment