Presiden Pas Datuk Seri
Haji Abdul Hadi Awang telah buat keputusan dan menyatakan yang pas tidak sekali
kali akan menyertai pakatan harapan.
Disusuli Naib
Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa PAS tidak akan menyertai
Pakatan Harapan selagi pakatan itu disertai DAP dan Parti Amanah Negara
(Amanah),
Akan tetapi, Naib
Presiden PAS, Idris Ahmad meminta Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mendesak parti itu dalam isu
penyertaan dalam Pakatan Harapan.
Oleh itu, penulis boleh kesimpulan, Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Naib presiden Datuk Nik Amar Abdullah memang tidak setuju Pas menyertai pakatan harapan.
Cuma Naib presiden Ustaz
Idris Ahmad yang kelihatan semacam masih mahu menyertai pakatan harapan, tetapi
jangan cuba mendesak pas dengan memberi tepoh dalam masa selama satu bulan
sepertimana dinyatakan Tun Dr Mahathir itu.
Mungkin masa selama satu
bulan itu pendek. Maka biarlah tepoh masa lebih panjang sedikit, kerana untuk
membuat keputusan menyertai pakatan harapan memakan masa yang lama dan panjang.
Lebih lebih lagi
PAS mengumumkan permuafakatan baharu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia
(Ikatan) sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Bermakna Pas sudah ada
pakatan pembangkang. mengapa mesti pas menyertai pakatan harapan?.
selain pakatan rakyat
yang dibuburkan dan jadi pakatan harapan. oleh itu parti Tun Mahathir kena mari
duduk dalam pakatan blok ke 3 yang sudah dibentuk itu.
Demikian PKR. PKR kena
mari duduk dalam blok ke 3 dan tinggalkanlah amanah dan DAP terkutang kuting
dan biar dua parti itu duduk dalam pakatan harapan memerintah Selangor.
Persoalannya,
manakah lebih baik pakatan harapan dengan blok ke 3 yang sudah dibentuk itu
untuk harapi PRU 14 satu lawan satu.
Sudah barang tentu blok
ke 3 lebih baik dengan pakatan harapan yang hanya disertai dua parti DAP
dan amanah berbanding blok ke 3 yang disertai parti PAS,parti keadilan rakyat
(PKR) parti PRIBUMI bersatu Malaysia (PPBM) dan parti Ikatan Bangsa
Malaysia (ikatan).
No comments:
Post a Comment