Saturday, October 13, 2018

Ada yang kata molek jika tidak menghukum


Penulis boleh setuju jika kes itu kes tidak sahih (tak sabit) dan sangat tidak bersetuju jika kes itu kes yang sahih (sabit).

Hari ini nampak dengan jelas kebanyakan orang Islam bersetuju tidak menghukum dari menghukum, hatta dalam perkara yang sahih sekalipun.

Pendapat yang mengatakan lebih baik tidak menghukum dari menghukum menjadi popular apabila kerajaan Malaysia bertukar tangan selepas PRU 14 (mei 2018).

Bukan setakat lebih baik tidak menghukum dari menghukum, malah lebih baik tidak mencegah dari mencegah ,tidak boleh bertindak tehadap umat Islam yang melakukan khalwat.

Yang mendukacita kita, bertindak menangkap mereka melakukan khalwat disifatkan sebagai tindakan yang kasar dan ganas yang bercanggah dengan sifat Rasulullah SAW yang penuh dengan kasih sayang.

Bermakna Rasulullah SAW sayang (tidak benci) dengan umatnya yang melakukan khalwat (maksiat), Pada hal Rasulullah sangat benci dengan mereka yang melakukan maksiat.

Maka sesungguhnya hari ini ada pendapat yang mengatakan, sangat tidak baik menangkap mereka yang melakukan khalwat.

Wajarkah Rasulullah SAW telah dilabelkan sebagai “sayang” dengan mereka yang buat maksiat.

Mengaitkan  Rasulullah SAW tidak benci dengan mereka yang melakukan maksiat, lantas ada pendapat yang mengatakan, kita tidak boleh benci dengan mereka yang melakukan maksiat.

Kita kena benci dengan maksiat itu, bukan benci dengan mereka yang melakukan maksiat.Itu baru bersesuai dengan Islam sebenarnya, termasuk membiarkan pesta ibu segala maksiat di adakan.

Sesungguhnya sangat zalim kita mengatakan Rasulullah SAW sedemikian rupa, sedangkan Rasulullah SAW pernah berkata, yang maksudnya : “Jika Fatimah anakku mencuri nescaya aku potong tangannya”.

Jika tidak boleh menghukum dan lebih baik tidak menghukum mereka yang melakukan dosa seperti zina, minum arak dan mencuri, mengapa Allah mengadakan undang undang khasussiah untuk menjatuhkan hukuman terhadap penjenayah tersebut.

Untuk apa diadakan undang undang khususiah itu? Sudah tentu untuk mencegah mereka yang lalai dengan perintah Allah SWT serta untuk menyelamatkan umat Islam dari dihumbangkan kedalam neraka.

Sesungguhnya undang undang yang diturunkan Allah SWT itu untuk menjaga agama, menjaga nyawa,menjaga akal dan fikiran, menjaga keturunan dan menjaga harta.

Firman Allah yang mekasudnya: “Dan hendaklah engkau menjalankan hukum diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga jagalah supaya mereka tidak memesungkan engkau dari sesuatu hukum yang diturunkan oleh Allah kepada mu” (surah Al Maidah ayat 49)

Hukuman hudud, qisas, diyat dan takzir diperuntukkan dalam qanun jenayah syariah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam/perundangan syarak yang tertakluk sepertimna lima perkara yang disebut atas.

Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang orang Islam supaya tidak terpesung aqidah mereka itu dari aqidah yang sebenar, iaitu tidak menjadi orang murtad yang wajib dijatuhkan hukuman bunuh keatas mereka itu, jika mereka enggan bertaubat setelah mereka disuruh bertaubat lebih dahulu sebelum mereka dibunuh
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:” sesiapa yang menukar agamanya (murtad) maka bunuhlah dia” (Riwaayat Bukhari)

Menjaga nyawa, Iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuk juga menjaga anggota tubuh badan seseorang, iaitu memberi seseorang manusia hak hidup dan selamat anggota tubuh badan dari dicederakan dan dirosakkan, dimana mereka yang membunuh atau mencederakan anggota tubuh badan orang lain dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat.

Firman Allah yang maksudnya:” Dan didalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang orang yang berakal fikiran supaya kamu bertakwa” (surah al-Baqarah ayat 179)
Menjaga akal fikran, menjaga akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minum minuman yang memabukkan, dimana mereka yang minum arak wajib di jatuhkan hukum sebat tidak lebih daripada 80 kali sebatan dan tidak kurang dari 40 kali sebatan.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “ Rasulullah SAW telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga dan Saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat, semuanya adalah sunnah Rasulullah SAW dan ini lebih aku sukai” (Riwayat Muslim)

Menjaga keturunan, menjaga seseorang manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan perwarisan anak anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak, dimana mereka yang melakukan perzinaan itu wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam.

Rasulullah SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan daripada Ubaidah bin Al Somit (RA) yang maksudnya “Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku, sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan sama jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak 100 kali sebat dan dibuang negeri selama setahun.janda sama janda berzina hukumannya disebat 100 kali sebat dan rejam” (riwayat Muslim dan Abu Daud)

Menjaga harta, menjaga harta manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan keatas  pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan kaki keduanya sekali atau dibuang negeri keatas perompak. Hukuman itu tertakluk kepada cara rompakan yang dilakukan.

Firman Allah yang maksudnya: “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri, maka hukumannya potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, juga sebagai suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha kuasa lagi maha bijaksana” (surah sl-Maidah ayat 38).

Firman Allah yang maksudnya: “ Hanya sanya balasan orang orang yang memerangi Allah dan Rasulnya serta melakukan bencana kerosakan dimuka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang orang dijalan) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas) atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja) atau dibuang negeri (kalau mereka hanya menganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan didunia bagi mereka, dan diakhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.” (surah al-Maidah ayat 33).

Allah SWT sendiri menyatakan bahawa hukuman yang dijatuhkan kepada mereka yang memerang Allah dan Rasulnya itu adalah suatu kehinaan didunia bagi mereka.

Yang peliknya para pemimpin Negara Malaysia baru yang mengaku beragama Islam sangat tidak bersetuju rakyat mereka yang melakukan maksiat dihina dan diaibkan, sedangkan Allah menegaskan hukuman tersebut adalah hukuman kehinaan keatas mereka yang melakukan jenayah Islam.

  


Sunday, October 7, 2018

Salah faham dengan tindakan Saidiuna Umar Al Khattab


Baru baru ini ada seorang rakan FB saya menyokong  bahawa  tindakan penguatkuasa jabatan  agama islam mengangkap umat Islam yang berkhalwat salah dari segi Islam.

Rakan FB saya itu menggunakan hujah yang Saidina Umar RA sendiri mengaku tindakan dia memanjat dinding rumah orang itu salah daeri segi Islam.

Penulis boleh setuju bahawa tindakan Saidina Umar itu salah dari segi islam. Kerana mana boleh memanjat dinding rumah orang lain secara peribadi hatta seorang khalifah sekalipun.

Bukti kukuh ada ayat Quran yang menyatakan tidak boleh mengintai sesiapa, lebih lebih didalam rumah yang bukan rumah kita.

Maka fahamlah kita bahawa mengintai atau panjat dinding rumah orang lin tidak dibolehkan dalam Islam.

Kita juga kena faham bahawa tindakan peribadi tidak sama dengan tindakan kerajaan menerusi anggota penguatkuasa yang dilantik untuk mencegah maksiat.

Menurut hadis Rasulullah SAW mencegah maksiat itu wajib hukumnya, akan tetapi hari ini dengan agenda kafir mereka mahu haramkan hukum wajib mencegah maksiat dengan hujah tidak boleh intai dan panjat dinding rumah orang  lain.

Semenangnya tidak boleh panjat dinding rumah atau intai orang yang ada didalam rumah mereka masing masing sepertimana dinyatakan oleh Saidina Umar Al Khattab itu.

Adakah tindakan penguatkuasa agama selama ini memanjat dinding rumah orang untuk menangkap mereka yang sedang berkhalwat?

Mereka tak panjat dinding dinding rumah orang dan mereka tak ceroboh bilik bilik hotel pusat mereka melakukan maksiat.

Mereka masuk menerusi pintu pintu rumah dan pintu bilik bilik hotel hasil maklumat yang dibuat oleh mereka yang benci dengan kegiatan maksiat yang dilakukan oleh umat islam.

Mereka tidak intai. Mereka tengok dengan mata mereka sendiri habawa dirumah ini ada maksiat dan bilik bilik hotel ini ada berlaku maksiat antara lelaki dan perempuan.

Mereka buat laporan berdasarkan hadis Rasulullah SAW, wajib cegah maksiat. Maka mereka pilih untuk buat laporan agar maksiat dapat dicegah dengan sebaik baik mungkin.

Kerajaan Malaysia yang berperdana menterikan Tun Mahathir Mohammad telah membuat pengakuan yang dia tidak pernah berubah dan cuba melaksanakan agenda 
kafir agar maksiat bermaharajalela di Malaysia baru ini.

Oleh itu, itu saya sarankan kepada sesiapa sahaja agar faham dengan hujah salah panjat dinding rumah orang salah dilakukan secara peribadi dan tak salah menangkap umat islam yang melakukan maksiat, Malah wajib hukumnya.

Mengapa mesti haramkan hukum yang diwajibkan. Pasti ini adalah agenda kafir yang mahu umat Islam jadi kafir macam mereka juga sepertimana tindakan iblis yang tidak pernah putus asa mengheret umat Islam masuk neraka.




Saturday, September 29, 2018

Lebih 20 tahun Pas cuba halang saya kembali - Anwar Ibrahim.


Betul ke ni wahai Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tak betul tu.Memang sangat sangat tidak betul.

menjadi kelaziman orang politik, benda betul kadang kadang jadi tak betul dan benda tak betul kadang kadang jadi betul.

Setahu penulis selepas bebas dari penjara, pas pernah buka peluang seluas luasnya untuk dia begerak cergas dalam politik tanahair.

Waktu Ustaz Fadzil Mohd Nor presiden, Anwar Ibrahim  ditawar untuk menyertai pas. Mana datangnya lebih 20 tahun Pas menghalangnya?

Bukan setakat itu sahaja dijanjikan dengan suatu jawatan yang paling tinggi dalam Pas.
Secara sepotang Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak bulat bulat tawaran tersebut,

Ini mengambarkan yang dirinya sememangnya tidak dan sangat tidak berminat dengan islam yang di perjuangkan oleh Pas dan menubuhkan PKR.

Sehubungan dengan itu, dia mengarah anak didiknya menyertai Pas dengan suatu agenda yang tersurat dan tersirat.

Ramai juga yang menyahut seruan datuk Seri Anwar, termasuk Kamaruddin Jaafar bekas setiausaha agung ABIM dan beri jawatan setiausaha agung.

Demikian bersungguhnya Pas dalam memberi peluang kepada orang  Anwar Ibrahim menjawat jawatan tinggi dalam Pas.

Bermakna, jika Anwar Ibrahim menyertai Pas tidak mustahil jawatan presiden akan diberi kepadanya.

Macam mana boleh timbul isu lebih 20 tahun Pas menghalanngnya,sedangkan Jawatan setiausaha agung adalah jawatan yang penting dan bersetratigik dalam sesebuah parti politik.

Ustaz Fadzil Mohd Nor boleh korban apa sahaja untuk naikan Anwar Ibrahim.

Macam mana dia boleh kata, lebih 20 tahun pas cuba halang dia cergas dalam politik, sedangkan pas berusaha untuk hidupkan kembali tali hayat politiknya yang mati selama 6 tahun dalam penjara dan 5 tahun selepas bekas.

Orang Pas , termasuk para pemimpin sangat menghormati  Anwar Ibrahim sehingga sangguh berkorban apa sahaja, termasuk Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang(waktu itu)

Kalau pas halang Anwar Ibrahim mana maungkin Pas boleh bekerjasama dengan PKR sebelum PRU 1999.

Kalau hari ini memang betul Pas menghalang Anwar Ibrahim, kerana Anwar dahulu dah tak sama lagi dengan anwar sekarang.

Dahulu anwar seorang pejuang Islam tulen, tapi sekarang ini Anwar sudah lari dari perjuangan asal, beliau menganut fahaman Islam liberal. 

Cotnoh, beliau menyokong SIS yang diputuskan oleh JAKIM bahawa Misi dan visi SIS bercanggah dengan Islam.

Inilah punca Pas tetap dan akan menghalang Anwar untuk menang pada PRK PD agar tidak dilantik sebagai perdana menteri.

Bayangkan jika seorang perdana menteri yang berfahaman islam liberal di Malaysia ini.

Tak mustahil suatu masa nanti akan jadi macam kerajaan Indonesia yang  rakyat jelatanya bebas sebebasnya., termasuk boleh tukar agama bila bila masa sahaja. Tak salah.

Ini telah diperjuangkan oleh DAP anggota pakatan harapan agar rakyat jelata malaysia boleh murtad dan disokong oleh perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Di Indonesia, Ayah tidak boleh paksa anak anak mereka menganut Islam, mereka bebas boleh memilih apa agama yang mereka sukai.

Alasannya dalam islam tiada paksaan. Mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka dan tak mustahil apabila perdana menteri seorang islam liberal suatu masa nanti perempuan boleh berkahwin dengan perempuan dan lelaki boleh berkahwin dengan lelaki.

Untuk menutup perangainya, baru baru ini beliau berkata tiada tempat untuk LGBT di Malaysia ini, sedangkan beliau sendiri telah membantah hukuman sebat yang dilaksanakan oleh mahkamah syariah Terengganu keatas pesalah lesbian.

Bukan setakat itu sahaja, malah beliau tergamak mengatakan hukum sebat itu undang undang lapuk.

Wednesday, September 19, 2018

Mereka takut masuk penjara



Dikatakan seramai 18 orang Ahli parlimen umno akan keluar parti dalam masa terdekat ini.

Semalam, hari selasa, Datuk Seri Mustapa Mohamed Ahli parlimen Jeli Kelantan sudah isytihar keluar umno, sekaligus meletak jawatan yang disandang dalam parti yang sedang diuji itu.

Alasanya, bahawa umno sekarang ini sudah lari dari perjuangan sebenarnya.
Hari ini Bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman turut isytihar keluar parti dengan alas an bahawa umno gagal membela rakyat Sabah.

Datuk Seri Hishamuddin Husein, bekas menteri pertahanan dikatakan sudah jumpa Tun Dr Mahathir Mohammad.

Mungkin akan mengisytiharkan diri keluar umno dalam masa terdekat ini supaya salahlaku semasa sepanjang jadi menteri pertahanan dulu itu tidak disiasat.

Pada hemat penulis, tindakan mereka itu bukan apa, mereka takut masuk penjara,

Mengapa tidak? Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah arah SPRM supaya siasat bekas bekas menteri dan bekas bekas timbalan menteri.

Inilah yang membuat mereka tertekan, kerana sepanjang menjawat jawatan menteri dan timbalan menteri kebanyakannya terbabit dengan salahguna kuasa atas nama ketirisan.

Oleh itu, mereka mahu tidak mahu terpaksa keluar parti agar dapat mengelak daripada tindakan yang akan dikenakan.

Lebih lebih lagi kebanyakan mereka sudah ada fail sisatan SPRM di bahagian risikan dan siasatan yang mana memang tidak boleh lari lagi kecuali keluar parti atau menyertai parti yang memerintah Malaysia sekarang.

Demikianlah tindakan mereka yang ada dosa sepanjang diberi amanah oleh rakyat jelata untuk selamat diri daripada masuk penjara.


Tuesday, September 4, 2018

Harta menteri menteri Malaysia


Memang kita tidak tahu akan harta yang di miliki menteri menteri Malaysia, jika orang yang tahu tidak bagitahu.

Kita tahu harta dimilki menteri menteri, kerana dibagitahu oleh Dari Seri Anwar Ibrahim ketika ia mula dibebaskan dari penjara.

Beliau telah dibebaskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, setelah dijatuhkan hukuman penjara kes salahgunakuasa (rasuah).

Baru baru ini penulis di bagitahu oleh orang yang mungkin tahu akan harta yang di miliki menteri menteri Malaysia.

Bahawa menteri menteri mempunyai harta bukan ratus jutaan ringgit, malah berbilion ringgit.

Pasti ada yang tidak boleh percaya, kerana tak kan berbelion ringgit. Mari mana duit sebanyak itu, sedangkan gaji menteri menteri hanya RM 18,000. Sebulan.

Dahulu Anwar pernah bagitahu dalam kebanyakan ceramah perdananya bahawa setiap menteri ada harta bernilai RM 300 juta.

Hari ini kita dimaklumkan dengan maklumat bahawa Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis bekas menteri dan Duta di Amerika syarikat bertaraf menteri meningalkan harta bernilai RM 2.1 bilion.

Bermakna tiap menteri (bekas menteri) mempunyai harta bernilai bukan ratusan juta,malah berbilion juta. Banyak harta yang dimiliki mereka yang diamanah rakyat memerintah Malaysia ini.

Maka bukanlah fitnah namanya apabila ada pihak mengatakan perdana menteri keempat  dan ketujuh memiliki harta ratusan billion ringgit yang disimpan didalam Bank luar Negara.

Wednesday, August 29, 2018

Sabotaj pegawai tadbir

suatu maklumat di maklumkan kepada saya bahawa hanya dua tahun sahaja kerajaan Pas yang diterajui oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang (1999-2004)mendapt kerjasama pegawai tadbir negeri.

Lepas itu, pegawai tadbir negeri melakukan sabotaj demi sabotaj untuk jatuhkan kerajaan Pas bermenteri besarkan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

PRU 11 (2004-2008) kerajaan Pas tumbang dengan begitu teruk sekali hanya tinggal empat kerusi DUN sahaja.

Bahawanya maklumat yang dimaklumkan itu suatu realiti. oleh itu, kerajaan Pas yang diterajui Dr Ahmad Samsuri Mohktar PRU 14 (2018) wajar mengambil perhatian serius dengan pegawai tadbir negeri.

Kita bimbang takut takut akan berlaku perkara yang sama terhadap menteri besar baru Terengganu yang dikatakan masih selesa dengan pegawai tadbir.

Memang pada awalnya bekas menteri Terengganu Datuk seri Haji Abdul Hadi Awang dan anggota exco tidak curiga langsung dengan pegawai tadbir negeri.

Malah beliau pernah berkata, 80 peratus pegawai tadbir negeri menyokong Pas dan diakui sendiri oleh EXCO EXCO, termasuk EXCO kanan Datuk Mustafa Ali dan Datuk Wan Muntalib Embong.

Pada hal sudah ada tanda tanda akan berlaku sabotaj demi sabotaj terhadap usaha kerajaan termasuk meluluskan LOT LOT tanah kepada rakyat jelata diseluruh daerah.

Daerah Marang DO nya Hashim Mamat semacam tidak mahu memberi kerjasama sehingga kelulusannya sangat lembak dan bermasalah.

DO Besut (bukan Abdul Razak Ismail) melakukan kerenah menjentolakan tamanan lada yang diusaha oleh rakyat jelata atas tanah kerajaan sehingga membuat kebanyaka rakyat Besut murka dengan kerajaan Pas.

.

Saturday, August 25, 2018

Menteri besar Terengganu,

Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dikatakan tiada protokol, hendak kayuh basikal bersama isteri di pantai Batu Burok dilakukan macam rakyat jelata.

Demikian juga hendak daki bukit, dilakukan tanpa ada sebarang iringian, hatta pengawal peribadinya. dilakukan sendirian.

Pendek kata, macam orang biasa, macam orang kampong.hendak buat apa apa  aktiviti jasmani dilakukan apabila ada masa yang terluang.

Misalnya, baru baru ini tarasa hendak daki bukit Maras, Batu Rakit pergi bersendirian. Nasib baik disedari pihak unit medianya.

Beliau diekori pihak medianya kerana bimbang dan takut ada sesuatu yang tidak baik berlaku. maklumlah, menteri besar melakukan aktiviti tanpa ada peneman.