Bercakap
pasal Anwar Ibrahim bakal perdana menteri Malaysia. Dahulu,penulislah merupakan
orang yang sungguh sungguh yakin Anwar Ibrahimlah orangnya yang layak jadi
perdana Malaysia suatu masa nanti.
Dahulu,
semasa dalam ABIM penulis sangat yakin Anwar Ibrahim akan jadi perdana menteri
Malaysia suatu masa nanti kerana karismenya yang begitu tinggi.
Apabila Anwar Ibrahim memilih masuk umno ( masuk dalam
tong tahi) keyakinan penulis hari demi
hari hilang.
Malah penulis
berani buat kesimpulan sah beliau bukan seorang pemimpin yang boleh dan layak
jadi perdana menteri, kerana tahaf kesabaranya masih rendah sehingga gagal urus
emosi dengan baik
Bukan
setakat itu sahaja , penulis marah dan benci dengan ijtihad terjunnya ke dalam
tong tahi yang boleh menjejaskan imejnya sebagai presiden ABIM yang memperjuangkan
Islam dengan cogan kata Islam syumul.
Andaian
penulis bahawa Anwar Ibrahim tak layak jadi perdana menteri Malaysia menjadi meleset, kerana beliau semasa berada
dalam umno kelihatan semakin begitu gah dan berpengaruh berbanding dengan tokoh
gerakan pemuda umno sedia ada.
Andaian
penulis terus meleset, kerana kedudukan Anwar dalam umno naik begitu mendadak,
dari timbalan menteri jadi menteri penuh lantas menyandang jawatan ketua pergerakan
pemuda umno .
Tidak lama
kemudian jadi naib presiden dan timbalan presiden dan timbalan perdana menteri
dan menteri kewangan .
Penulis
tetap tegas mengatakan Anwar Ibrahim tak akan jadi perdana menteri Malaysia
miskipun dia sudah berada dekat akan menjadi perdana menteri. Hanya satu tangga
sahaja lagi.
Rupa rupanya
andaian penulis ada kebenaranya apabila Anwar Ibrahim ditangkap dan dipecat
kehaliannya oleh umno.sekaligus hilang jawatan timbalan perdana menteri dan
menteri kewangan.
Setelah didakwa
atas dua tuduhan rasuah dan liwat, maka dijatuhkan hukuman penjara dan
dibebaskan termasuk dibebaskan tududahan liwat terhadapnya.
Lima tahun
kemudian beliau boleh bergiat aktif dalam arena pilitik parti pembangkang.(PKR)
dengan cogan kata reformasi bertanding di parlimen permatang
Pauh menang dan jadi ketua pembangkan di Parlimen bersama
KETUM.
Sekali lagi
didakwa atas kes liwat dan dijatuhkan hukuman penjara. Sekarang dipenjarakan
dipenjara Sungai Buloh yang dianggap oleh penyokongnya sebagai penjara politik
bukan atas kes liwat.
Sekarang ini
ada pihak yang berusaha bersungguh sungguh untuk membebaskan Anwar Ibrahim atas
sebab ketidakadilan pemerintah terhadap bekas timbalan perdana menteri itu.
Dua tiga
hari ini masih ada suara yang mengatakan Anwar Ibrahimlah perdana menteri
Malaysia selepas ini. Dikuatkan dengan kenyataaan DR Yusof Qaradhawi presiden
ulama sedunia mengatakan Anwarlah orang masih layak jadi perdana menteri Iaitu
selepas Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Pada hemat
penulis, tak masuk akal Anwar boleh diangkat menjadi perdana menteri selepas
Mohd Najib di jatuhkan, kerana dalam umno masih ada timbalan perdana menteri
dan Anwar Ibrahim bukan lagi Ahli parlimen.Kena tunggu lima tahun lagi selepas
dibebaskan untuk membolehkan beliau masuk bertanding.
Yang
peliknya masih ada yang yakin Anwar Ibrahim akan jadi perdana menteri Malaysia,
sedangkan beliau merupakan seorang bekas timbalan perdana menteri (pemimpin)
yang sokong fahaman Islam libral.
Penulis
tidak tahu macam mana boleh ada orang yakin yang beliau akan menjadi perdana
menteri Malaysia, sedangkan usaha pertamanya sudah gagal dan termakan sumpah
ijtihadnya suatu masa dahulu .
1 comment:
Urrm. mungkin Mukhriz kut hehehe
Post a Comment