Salah satu rukun Islam ialah puasa bulan Ramadan.Kewajipan berpuasa bulan Ramadan adalah mutlak berdasarkan Al Quran sepertimana Firmannya yang bermaksud: “ Hai orang orang yang beriman,diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau didalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari hari yang lain. Wajib bagi orang orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidiyah, (iaitu) memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan penjelasan mengenai petunjuk itu dan poembeza (diantara yang hak dan yang batil). Oleh kerana itu, barangsiapa diantara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) pada bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau didalam perjalanan (lalu dia berbuka) Maka (wajiblah bagi berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari hari yang lain. Allah s,w.t menghendaki kemudahan bagi kamu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah S.W.T diatas petunjuknya yang diberikan kepada kamu. Supaya kamu bersyukur” (surah Al Baqarah ayat 183-186)
Rata rata
mengatakan mula berpuasa pada tahun ini ialah jatuh pada hari Isnin dan ada
yang tidak setuju mula berpuasa pada tahun ini jatuh pada hari Selasa.
Memang
mengikut kelandar 1 Ramadan 1437
bersamaan 6 Jun 2016 jatuh pada hari Isnin dan melihat anak bulan yang
ditentukan oleh pihak kerajaan diadakan pada petang hari Ahad, iaitu 29 Syaaban
1437 bersamaan 5 Jun 2016. Maka ratab
rata mengatakan puasa jatuh pada 6 Jun 2016.
Faktanya,
Jika anak bulan tidak kelihatan pada petang Ahad 5 Jun 2016 puasa tidak jatuh
pada hari Isnin dan ia akan disytihar mohar raja bahawa puasa jatuh pada hari
Selasa, iaitu pada 2 Ramadan 1437.
Penentukan
puasa tetap diadakan berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Janganlah
kamu berpuasa sehingga melihat anak bulan dan juga jangan kamu berbuka puasa
(mengakhiri bulan puasa) sehingga kamu melihat anak bulan. Apabila kamu
terhalang (untuk melihat bulan) maka genapkanlah hitunganya” ( Ibn Taimiyah
Majmu fatawa. Jilid v Hlm 133-134)
Maksud sabda
nabi, genapkanlah hitungannya, iaitu sempurnakan hitungan atau jemlah bulan
Syaaban menjadi 30 hari sebagaimana disebutkan dengan jelas dalam riwayat Abu
Hurairah yang dicantumkan oleh Bukhary dalam kitabnya Sahih Al Bukhary yang
bermaksud “ Puasalah kamu sekalian sekiranya sudah melihat anak bulan dan
berbuka puasalah kamu jikalau kamu sudah melihat bulan. Apabila bulan
tersebut tertutp atau tidak dilihat oleh kamu, maka genapknlah hitungan bulan
Sya’aban 30 hari.
Oleh itu,
puasa di Negara satu Malaysia pada tahun ini jatuh pada hari selesa iaitu 2
Ramadan 1437 bukan pada hari Isnin, I Ramadan 1437. Sepertimana yang dinyatakan
kebanyakan umat Islam dua tiga hari ini.
6 comments:
Kalau mula selasa, ia akan jadi 1 ramadan bukan 2hb.
Dah lama pengumuman puasa dan raya dengan perkataan Telah ditetapkan dan biasanye ikut kalender masehi..anak bulan tak pernah dinyatakan nampak atau tidak..apenak pelik dimalaysia ni..semua buleey..
http://pahangdaily.blogspot.my/2016/06/pas-tidak-mampu-menang-di-prk-kuala.html
http://greenboc.blogspot.my/2016/06/tolak-pas-kerana-pendirian-pas-sentiasa.html?m=1
http://www.kedahlanie.info/2016/06/kami-bersama-mat-sabu-kerana-dia-terus.html?m=1
http://mountdweller88.blogspot.my/2016/06/di-mana-islamnya-pas-setelah-pemergian.html?m=1
Post a Comment