Rasulullah
SAW pesan umatnya jangan marah. jangan marah. jangan marah.Akan tetapi hari ini
presiden Pas,Datuk Seri Haji Hadi Awang yang buat baik dengan umno dimarahi.dicaci
dan dihina.
Bukan
setakat doimarahi, malah ada yang sumpah seranah dan maki hamun dan ada yang
kata itu dan ini dengan pelbagai gelaran huduh dan buruk. Nak sebut malu.
Walaupun
Rasulullah saw berpesan sebanyak tiga kali agar jangan marah, bukan bermakna
tidak boleh marah langsung.Boleh marah, tapi kena pada tempatnya, Wajib marah
dengan orang buat jahat.
Marah dalam
hati dengan orang orang yang buat jahat, tanda aras bahawa kita masih ada iman
setebal selaput bawang. Maka marah kadang kadang kala jatuh wajib, haram dan
harus.
Tidak marah
langsung dengan orang orang yang jahat, bermakna kita redha dengan kejahatan
yang mereka lakukan.
Ada pula
yang kata, kita tidak marah dengan mereka yang melakukan kejahatan. Macam macam
pandapar yang telah sedang dan boleh kita dengar menerusi media maya.
Oleh itu, wajib
marah agar mereka sedar dengan kelakuan buruk yang boleh menjejaskan sebuah
parti dan kerajaan yang di terajui mereka.
Maka, marah
ahli akar umbi terhadap presiden pas memang ada asas iaitu tidak boleh berbaik
dengan pemimpin yang mungkar dan zalim.
Sesetengah
ahli akar umbi mengatakan apa yang dilakukan prisedien Pas itu jelas bercanggah
dengan pesan Tok Guru Nik Abdul Aziz ketika menjawat jawatan musyidul Am pas.
Mengapa
tidak? Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan jangan sekali kali percaya dengan umno. memang pun para pemimpin
umno tidak boleh dipercayai kerana mereka bercakap tak serupa bikin.mereka
kadang kadang berdusta, sedangkan berdusta itu amat dibenci oleh Rasulullah
SAW.
Lihat Hadis
diriwayat dari sayidatina Aishah yang bermaksud: tidak ada peribadi yang paling dibenci oleh Rasulullah SAW selain dari
berdusta.
Bukan
setakat berdusta, malah, mereka gembira dengan murka dan kebencian Allah.
Ingat, jangan sekali kali kita gembira
dengan murka dan kebencian Allah.
Akan tetapi
jangan lupa dengan kata kata Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang jadi isu di
perbincangkan diperingkat pusat dan negari oleh Lujnah penerangan dan lujnah
politik, implikasinya.
Apakah kata
kata itu? Kata kata itu berbunyi: kalau
umno mahu Islam kita bubar Pas.
Rasa rasa ,
inilah kata kata yang dijadikan pegangan presiden Pas yang sedang melayari
bahtera parti Islam se Malaysia itu.Sebab
itu adakan silaturrahim dengan Perdana menteri Datuk Seri Mohd najib Razak
Beliau
percaya umno parti orang melayu yang beragama Islam mahu kepada Islam.
Buktinya, umno menyokong RUU355 yang di bentang oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi
Awng di Parlimen Khamis (5 April 2017).
Atas sebab
itulah Haji Hadi dan Mohd Najib ada hubungan jinak menjinak dan berkata,Kuasa politik orang melayu ada pada parti
Pas dan umno. Jika mana mana parti nak tadbir Malaysia pilih pas atau umno.
Kita terbuka kepada mana mana parti nak bersama dengan pas, syaratnya mahukan
Islam.
Dahulu pucuk kepimpinan pas boleh percaya dengan
parti DAP butir tahi PAS yang penuh dengan tipu muslihat dan bertahaluf siyasi
dan sanggup apa sahaja hatta demi politik untuk tumbangkan Umno/BN tak kan
berbaik dengan umno yang mahukan islam tidak boleh.
Waktu
bersama sama pakatan rakyat presiden pas boleh berkata, boleh kawan dengan yahudi dan yang tidaknya zionis. Manakala
timbalan presiden Mat Sabu tergamak berkata, demi poitik agama boleh berkompromikan (politik menghalalkan cara.
Bermakna halal/haram belakang kira.
Sehubungan
dengan itu bagaimana pula dengan amanat Haji
Hadi yang mengatakan umno kafir. Ramai yang kata kena tarik balik
perkataan pas kata umno kafir baru boleh berbaik baik dengan umno.
Pada penulis
isu itu tidak timbul, kerana pas tak kata umno kafir. Yang kata umno kafir
orang umno sendiri yang rekacipta bahawa pas kata umno kafir sedangkan erti
sebenarnya orang umno kata umno kafir bukan pas yang kata umno kafir.
Sila rujuk
semula ucapan Haji Abdul Hadi Awang dalam suatu ceramah di kampung Banggol
Peradung, Kuala Nerus Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
No comments:
Post a Comment