Penulis ada
dengar kata kata rasa bimbang yang
melompat keluar dari mulut orang orang Pas di Terengganu.
Tidak dapat
dinafikan perasaan bimbang terpahat dihati orang orang Pas pasal tanding tiga penjuru
pada Pilihanraya umum ke 14 nanti.
Kalah dalam
pertandingan pada PRU memang perkara biasa pada Pas. Pasal apa mesti bimbang.
Kalah menang adalah anugerah Allah Subha nahu wataala.
Allah boleh
beri kemenangan dan Allah boleh beri kekalahan. Itulah hakNya. Maka jangan
bimbang dengan apa yang akan berlaku pada PRU 14 nanti
Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah, mudah mudahan
kamu mendapat kemenangan (surah Ali Imaran ayat 200)
Allah juga
boleh tarik balik kerajaan yang sedang memerintah dan memberi kepada golongan
yang lain untuk memerintah.
Itu, adalah
hak Allah. Dialah yang memberinya. Pasal apa mesti bimbang. Jangan bimbang.
Berusahalah untuk mencapai kemenangan yang diharap harapkan.
Bercakap
pasal tanding tiga penjuru pada PRU 14 nanti yang mungkin akan diadakan pada
tahun ini (September 2017)
Tarikh itu
disebut oleh salah seorang penyokong umno Selangor pada penulis baru baru ini.
Barangkali
itu, hanya ramalan seorang penyokong
tegar umno Selangor yang optimis umno/BN boleh memerintah semula negeri kaya
itu.
Akan tetapi
khusus di Terengganu, rata rata mengatakan pas boleh memerintah semula miskipun
tanding tiga penjuru.
Demikianlah
positifnya kepimpinan pas Terengganu di bawah pesuruhjaya dahulu (ustas Saiful
Bahri mamat, Adun Paka). Tak tahulah penulis dengan pesuruhjaya baru (Datuk Hussein Awang,ketua Dewan ulamak
pas Terengganu)
Pasal apa
boleh berlaku demikian? Tidak lain tidak bukan PKR,bersatu dan Amanah (pakatan
harapan) tiada satu cawangan pun di negeri kaya rakyat miskin ini.
Pakatan harapan
boleh bertanding tanpa ada jentera piliharaya sebagai punca sebenar calonnya
boleh menang.
Calon untuk
bertanding di semua DUN dan Lapan
parlimen di Terengganu memang tidak mempunya msalah.
Memang
pakatan harapan ramai calon untuk bertanding, malah mereka berebut rebut untuk
jadi calon.
Pas yang
banyak cawangan dan ramai jentera pilihanraya pun kalah sikr untuk memang
melawan umno yang banyak duit untuk membeli undi.
Macam mana
pakatan rakyat hendak masuk bertanding sedangkan satu cawangan pun tidak wujud.
Tidak dinafikan wujudnya cabang cabang diseluruh negeri Terengganu.
Macam mana
pakatan harapan hendak bertanding, sedangkan hendak mengadakan mesyuarat
bincang pasal PRU 14 baru baru ini gagal.
Hanya
beberapa orang sahaja yang hadir, manakala wakil parti bersatu tidak Nampak
muka.
Muka yang
jelas dan nyata dalam majlis yang gagal diadakan itu hanya Azam Ismail (Adun
Bandar) Datok Raja ( Ahli parlimen Kuala
Terengganu) dan Dr Syed Azman. (Adun Batu Burok) wakil bersatu tak nampak
hidung pun (dari sumber yang boleh di percayai.Mana pergi yang lain lain lagi.
Jika mesyuarat
membincangkan hal ehwal pilihanraya gagal diadakan macam mana nak bertanding
disemua DUN dan Parlimen pada PRU 14 nanti.
Pasal wang
pertaruhan yang ditetap SPR rasa rasa tidak jadi masalah sangat kerana DAP
parti yang paling kaya di Malaysia boleh bantu.
DAP boleh
bagi wang bila bila masa kepada parti parti pemakan dedak yang dijadikan alat
ini.
Rasa rasa DAP kena fikir juga dengan risiko untuk labur
wang yang begitu banyak, kerana tidak mustahil semua calon yang bertanding di
DUN dan parlimen di Terengganu hilang semua wang pertaruhan.termasuk wang
pertaruhan memasang poster sebanyak RM 3,000 disetiap DUN.
Kerugian
dalam arena perlaburan harus diambil kira oleh DAP miskipun wang yang dilabur
itu dapat percuma dengan Yahudi untuk menumbangkan umno/BN pada musim PRU 13
dan PRU 14 di Malaysia ini.
No comments:
Post a Comment