Tuesday, May 2, 2017

Mengapa mesti putus



Kebanyakan , termasuk orang pas tidak faham apakah itu “Tahaluf”.Tidak dinafikan para pemimpin Pas memahaminya, tetapi tidak akur dengan keputusan muktamad Imam Hassan Al Banna dan syed Qutb.
Imam Hasan Al Banna menolak fikrah tahaluf dengan parti parti ketika memberi ucapan dalam muktamar Ikhwan yang kelima.(sila rujuk Majmu’ Rasail) Sayed Qutb juga mengikut langkah Imam Hasan Al Banna dalam pemisahan multak (al-mufasalah)
Parti Ikhwan yang pernah bertahaluf siyasi parti lain di Mesir, kalah teruk dalam pilihanraya, termasuk (parti Masyumi) Parti Majlis Syuro Muslimin Indonesia di Indonesia.Pas pernah menerima nasib yang sama selepas tahaluf siaysi dengan BN dalam PRU 1978.
Atas sebab tidak faham tahaluf inilah maka ada sesetengah orang pas tidak bersetuju pas memutuskan hubungan dengan Parti Keadilan rakyat yang jelas dan nyatakan tidak mahu bekerjasama dengan parti Islam Se Malaysia.
Hari ini bukan sahaja tidak mahu beri kerjasama dengan pas, malah telah dan  terus menerus melakukan serangan yang bukan bukan pada  pas dan presidennya. Termasuk melakukan serangan terhadap kerajaan Kelantan.
Pada yang benar benar faham erti perkataan tahaluf siyasi pasti sangat setuju Pas putus hubungan dengan parti Keadilan rakyat. Malah banyak kawasan yang buat usul supaya pas putuskan hubungan dengan PKR.
Dewan Ulama PAS yang bersidang semalam bersetuju untuk membawa usul agar parti itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR tetapi usul tersebut, bagaimanapun tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan.
Jika Syura ulamak buat keputusan tidak bersetuju atau menolak usul tersebut,sah syura ulamak juga tidak faham perkataan tahaluf dan mengambil pedekatan yang dibuat oleh Dr Yusof Qardhawa yang berpendirian berbeza dengan kedua kedua tokoh Ikhwan
Perkataan Tahaluf ertinya bekerjasama dan tolong menolong atau bantu membantu satu sama lain. Pas tolong pkr dan pkr tolong pas. Pas bantu PKR dan PKR bantu pas. Kena tolong menolong dan bantu membantu, itulah yang dikatakan tahaluf.
Inilah yang dikatakan tahaluf siyasi. Jika pas tolong PKR dan PKR tidak tolong pas bermakna tidak berlaku timbalbalik dan harus diputuskan hubungan miskipun masih ada kebaikannya dalam arena politik tanahair.
 Mengapa mesti diteruskan hubungan dengan parti yang tidak tolong kita dan tidak boleh beri pertolongan. PKR tidak sokong RUU355 dibentangkan parlimen. Nampak dengan jelas dan sah tiada kerjasama dari pihak PKR.
Bukan setakat iutu sahaja, malah  PKR langgar banyak syarat tahaluf siyasi dengan PAS, sebab itu Muktamar Dewan ulamak PAS Pusat bersetuju untuk mengusulkan agar tahaluf siyasi antara PAS dan PKR diputuskan.

Kita difahamkan ianya  tertakluk pada keputusan Majlis Syura Ulama menurut peruntukan Perlembagaan PAS walaupun usul itu mendapat persetujuan sebulat suara perwakilan.


No comments: