Tindakan Ketua Parlimen DAP, Lim
Kit Siang mengumumkan Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar jika
mereka berjaya menawan Kelantan adalah mimpi disiang hari.
Bercakap pasal Husam Musa calon
menteri besar Kelantan teringat
penulis,bahawa umno
Kelantan pernah mengumumkan Datuk seri
Awang Adik sebagai calon menteri besar Kelantan suatu masa dahulu juga sia
sia.
Bayangkan, Umno parti nombor satu
di Malaysia juga gagal angkat Datuk Seri Awang Adik sebagai menteri besar
Kelantan Apatah lagi parti Pan yang diterajui Mohamad Sabu yang cabut lari
dari Pas itu.
Siapa sebenarnya Mohamad Sabu,
bekas timbalan presiden Pas yang cabut lari dari pas selepas kalah dalam
permilihan muktamar agung tahunan dan
jelas utamakan kepentingan diri sendiri serta gila pangkat.
Cuba anda bayangkan presiden PAN itu
berbanding Datuk Asri Muda, bekas Yang Dipertua Pas Malaysia yang digantung
dan pernah tubuh parti Hamin, hanya menang satu kerusi sahaja di Kelantan dalam
Pilihanraya umum suatu ketika dahulu.
Demikian juga umno, parti besar
punya ahli jutaan orang dan ratusan cawangan di Kelantan berbanding dengan
parti PAN yang bergabung dengan DAP, Bersatu dan PKR dalam pakatan harapan.
Setakat hari ini PAN, belum ada satu cawangan pun di negeri miskin rakyat
kaya itu. Demikian juga PKR yang juga tiada sebarang cawangan.Macam mana
hendak bertanding , sedangkan jentera parti tidak ada yang akan bekerja dalam
musim PRU 14 nanti.
Tidak dinafikan kalah/menang bukan
hak manusia. Allah boleh anugerahkan kepada mana mana parti untuk menang dan
memerintah sesebuah negeri dan negera.
Atas sebab itu kebanyakan rakyat
jelata gelak apabila nama Datuk Husam Musa diumumkan oleh Lim Kit Siang
sebagai calon menteri besar Kelantan baru baru ini.
Umno Kelantan masih belum yakin
dapat menumbangkan Pas Kelantan miskipun berlaku pertandingan tiga penjuru.
Kenapa? Kerana faktor rakyat
negeri kelantan tidak sama dengan rakyat kebanyakan lain lain negeri di
Melaysia ini.Rakyat Kelantan kelihatan berbeza dalam arena politik berbanding
rakyat lain lain negeri. Mereka tidak mudah dibeli. Bukan macam rakyat
Terengganu.macam ikan keli.
Rakyat Kelantan lebih suka Pas
memerintah negeri miskin rakyat kaya ini berbanding Umno/BN yang memerintah
selama dua belas tahun (1978-1990) dahulu.
Kenapa? Kerana apabila umno/BN
memerintah wujud puak puak yang akan
tercicir apabila Datuk seri Mohammad Yaakub jadi menteri besar berbanding Pas
memerintah hampir tiga puluh tahun itu.
Inilah punca rakyat Kelantan tidak
suka umno/BN menang. Apabila Datuk Seri Mohammad Yaakub menjadi menteri besar sudah
tentu puak dia sahaja yang dapat layanan baik, manaakala puak lain tersingkir.
Macam di negeri Terengganu sekarang
ini , puak Datuk seri Ahmad Said tersingkir. kebanyakan hilang segala
galanya. Malahan ada yang tiada apa apa projek diberi, kerana telah dibolot
oleh puak Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Inilah yang menakutkan orang umno
Kelantan.Sebab itu mereka tak suka umno/BN menang dan lebih suka pas
memerintah, kerana mereka mendapat layanan yang baik dan seksama.
Puak A dapat projek kerajaaan dan
puak B pun dapat juga. Oleh itu ramai yang gelak dengan calon menteri besar Kelantan
Husam Musa dari parti Pan,yang di umum Kit Siang itu.
Jika umno/BN, calon menteri
besarnya Datuk seri Awang Adik pernah gagal, maka jangan harap calon menteri besar dari Pan Datuk Husam
Musa boleh menang dan memerintah Kelantan pada PRU 14 nanti.
|
Sunday, July 16, 2017
Husam Musa menteri Besar Kelantan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment