Penulis
boleh setuju dengan pendapat bahawa Mat Sabu banyak jasa pada Pas. Akan tetapi
jasanya adalah jasa nagetif bukan jasa positif.
Oleh itu,
beliau layak digelar sepertimana yang disebut oleh Dr Harun Din,dalam Ijtimak
ulamak pas pusat suatu ketika dahulu, awas duri dalam daging, api dalam sekam
dan gunting dalam lipatan.
Semasa dalam
Pas Mat Sabu adalah seorang penceramah syok sendiri (SS). Mengapa tidak? Dalam
kebanyakan ceramahnya, beliau berkata sesukahatinya tanpa fikir implikasinya.
Waktu
berceramah beliau boleh berkata apa sahaja
dan sukahatinya melabel pemimpin umno dengan pelbagai lebal.
Sehubungan dengan itu Mat sabu yang dikatakan banyak
jasa pada Pas telah melebal Dr Mahathir Mohamad dengan label maha fira’un,
Bukan dia
tidak tahu Islam larang orang orang yang beriman berbuat demikian.macam mana
dia boleh berkata demikian.
Ini
menunjukkan jasa beliau kepada pas adalah jasa nagetif yang pasti mecemari nama
baik parti islam se malaysia.
Bukan itu
sahaja, malah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilebalkan dengan lebal yang
sangat buruk dan dilarang oleh Islam.
Tidak wajar
seorang pemimpin parti islam yang berpegang dengan hadis dan Al Quran tergamak
mengeluarkan kata kata buruk dan hodoh.
Pemangsa Mat
Sabu seterusnya tidak lain dan tidak bukan ialah Ketua menteri Melaka Datuk
Seri Rahim Tamby Chik yang terbabit dengan skandal pelajar sekolah.
Islam
melarang berkata yang buruk dan mengelar orang lain dengan nama dan benda benda
yang boleh mencemar nama baik seseorang miskipun ia ada asaanya.
Seperkara lagi, satu cetusan yang sangat
nagetif terhadap bangsa Melayu. Beliau membanding orang Asli dengan orang
Melayu dan berkata, orang asli lebih cerdik berbanding orang Melayu.
Satu cetusan
dan bandingan yang menyayat hati dan tidak wajar terhadap bangsa Melayu yang
menyokong umno dan Pas.
Cuba anda
bayangkan implikasi cetusan tersebut.Memang
ada orang asli yang lebih cerdik daripada orang melayu. Akan tetapi membanding
semua orang Melayu bodoh kerana memberi undi kepada umno sangat nagetif dari
segi politik.
Atas sebab
itulah penulis mengatakan jasa Mat Sabu kepada pas banyak nagetif berbanding
positif. Ia membuat nama baik pas jadi buruk dan hodoh pada mata masyarakat
umum.
Tidak dapat
dinafikan Mat Sabu sememang ada jasanya kepada Pas, tetapi jasanya adalah jasa
yang nagetif bukan jasa positif yang boleh bagi saham kepada parti islam Se
Malaysia.
Pada hemat
penulis yang pernah bermesyuarat bersama dalam Lujnah penerangan Pas Malaysia,
Mat Sabu seorang pemimpin yang sombong dan ego yang tinggi.
Beliau
pernah berbicara dengan berkata “aku”
kekitaan ini mengambarkan yang beliau seorang yang ada sifat sombong dan ego
dan sangat tidak layak jadi pemimpin dan duduk dalam Parti islam Se malaysia.
No comments:
Post a Comment