Wednesday, August 16, 2017
Ada usaha isikan arak dalam gelas pas
Masih ramai pemimpin Pas yang musing ketam, selepas pas putus hubungan dengan DAP dan PKR, termasuk Haji Subky Latif bekas ketua penerangan Pas Malaysia.
Oleh itu, tidak hairan masih ramai yang marah marah. Bukan setakat marah, malah teramat benci dengan presiden Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Penulis tidak pasti mengapa mereka marah sangat dan benci sangat dengan presiden Pas yang bertaraf ulamak sedunia itu.
Tidak sepatutnya mereka marah dan benci , kerana presiden sekarang seorang ulamak sedunia yang cukup sesuai sebagai presiden parti Islam se Malaysia.
Mohammad Sabu sudah pasti tidak sesuai dan sinonim, malah sangat tidak layak jadi presiden parti Islam se Malaysia.
Dia amat layak jadi Presiden Pan yang jadi alat DAP yang berusaha keras hendak jadikan Malaysia Negara kristian.
Atas sebab itu, Subky Latif melahirkan harapan bahawa bekas pemimpin PAS lain yang kini bersama Amanah akan kembali ke pangkuan parti Islam itu.
"Jika boleh saya mahu mereka kembali kepada PAS sebelum PRU14 atau sebelum mati. Biarlah semuanya mati dalam PAS," katanya.
Beliau kelihatan sangat sayangkan pemimpin yang tidak layak duduk dan diangkat menjadi pemimpin tertinggi, termasuk Mat Sabu, Husam Musa, Mahfuz Omar dan Khalid Samad.
Tidak dinafikan suatu hari nanti mereka yang tubuh parti Pan akan kembali kepangkuan parti Pas. Percayalah.kerana yang mereka marah dan benci hanya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang seorang sahaja.
Mereka tidak akan kembali kepangkuan parti Islam Malaysia selagi presiden pas disandang oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Kalau presiden Pas bertukar tangan kepada Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sudah tentu mereka berlumba lumba kembali semula kepangkuan parti Islam se Malaysia itu.
Mereka tak marah dan benci dengan Timbalan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mereka tidak marah dan benci dengan Naib presiden Datuk Nik Amar Nik Abdullah. Mereka tidak marah dan benci dengan Naib presiden Ustaz Idris Ahmad. Mereka tidak marah dan benci dengan naib presiden Datuk Iskandar Samad.
Yang mereka marah dan benci hanyalah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja. Pendek kata semua ahli jawatankuasa pas pusat disayangi mereka yang lari tubuh parti Pan sepertimana di nyatakan oleh Haji Subky Latif.
Sebab itu Haji Subky Latif amat sayang dan memuji muji Mat Sabu, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa ,termasuk yang kutuk presiden dan lari tubuh parti PAN.
Bukan setakat sayangkan mereka, malah mereka yang kutuk dan caci maki Datuk Seri haji Abdul Hadi Awang dianggap sebagai pemimpin yang baik dan ada harapan untuk naik dan diangkat duduk diatas suatu hari nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment