Sebelum ini
penulis terkejut apabila salah seorang ustazah Dalam TV berkata poligami bukan
sunnah.
Hari ini
(Hari Rabu 26 Julai 2017) salah seorang kawan kedai kopi Pekan Batu Enam Kuala
Nerus, berkata poligami tidak ikut sunnah.
Poligami
bukan sunnah tidak masuk akal, kerana poligami telah diamalkan oleh Rasulullah
SAW. Maka ia adalah sunnah.
Manakala poligami
tidak ikut sunnah, masuk akal dan munasabah, kerana Rasuluallah SAW berpoligami
setelah Siti Khadijah meninggal dunia.
Hari ini,
umat Islam berpoligami dua tiga dan empat semasa isteri pertama masih hidup.
Oleh itu,
sangat menusabah poligami umat Islam tidak ikut sunnah sepertimana yang telah
diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Mungkin atas
sebab itulah poligami yang diamalkan oleh orang Islam yang dikatakan tidak ikut
sunnah jadi kacau bilau.
Pendek kata
kebanyakan rumah tangga mereka yang berpoligami hancur lebur dan porak peranda.
Tidak
dinafikan ada rumah tangga mereka bahagia, akan tetapi kebanyakan hancur lebur
sepertimana yang berlaku dan hakikatnya tidak bahagia.
No comments:
Post a Comment