Pengurusan FELDA main silat mata
FELDA dikatakan bakal kehilangan hak milik tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM200 juta,
.Memang FELDA sudah tidak ada kena mengena lagi dengan tanah tersebut,kerana
telah di tukar hak milik kepada pihak
pemaju dengan projek bangunan 68 tingkat tujuh menara
Walaupun dikatakan tanah milik FELDA itu ditukar menerusi
transaksi yang meragukan sejak 2015 lagi,
Akan tetapi, pada penulis, Pertukaran itu memang sah dan
tidak meragukan, kerana dilakukan menerusi kaedah yang dibenarkan Akta tanah
Negara.Ia dilakukan mengikut prosedunya.
Mana mana pihak yang hendak
memajukan tanah milik mereka, hatta kerajaan sekalipun.Syarat utama kena tukar
hak milik dahulu baru boleh dimajukan.
Atas sebab itulah Kerajaaan Malaysia
telah kehilangan tanah Negara sebanyak 60 paeratus demi pembangunan citarasa
perdana menteri dan kroni kroninya.
Untuk tujuan pembangunan pihak
kerajaan kena tukar Status tanah hak milik kerajaan kepada hak milik pihak pemaju, miskpun hak asasi
bangsa Melayu hilang dan tersingkir
Pihak FELDA yang menukar hak milik tanah itu
kepada nama pemaju pasti dengan satu perjanjian peratusan yang akan diperolehi pihak
FELDA.
Kalau bangunan 68 tingkat yang
sedang dalam pembinaan itu pasti satu menara antara 7 menara akan jadi hak
milik FELDA.
Jadi sah FELDA tidak rugi, malah
menguntungkan.Apabila RM 200 juta dikatakan hilang hanya mainan silat mata
pihak pengurusan FELDA sahaja.
Perkataan FELDA hilang RM 200 juta
kerana tukar hak milik tanah tersebut tidak lojik sama sekali, kerana apabila
bangunan yang sedang dalam pembinaaan siap nanti beberapa buah akan jadi milik FELDA.
Tanah berharga RM 200 juta adalah
satu pelaburan yang menguntungkan bukan kehilangan sepertimana yang didakwa. 7
menara, menara ikonik Felda, KLVC
Tower1A, bangunan 68 tingkat lengkap dengan parkir bawah tanah dan helipad
adalah milik FELDA
Dakwaan FELDA kelihangan RM 200 juta
satu isu dan proses untuk mengambil RM 2 billion wang FELDA sepertimana yang dinayatakan jika mahu
diambil balik tanah itu FELDA kena bayar RM 2bilion.
Sekarang ini salah seorang ahli
lembaga FELDA telah mencadangkan agar tanah itu diambil balik atas alasan FELDA
tidak harus kehilangan hak milik tanah di Jalan Semarak itu.
Jika demikian, bagaimana pula dengan
sebuah lot tanah seluas 16 hektar
menempatkan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda, kini ditukar
nama kepada syarikat lain yang ada kaitan dengan pemaju utama itu pada 21 Julai
2016.
Ini adalah permainan kayu tiga dan
silat mata pihak pengurusan FELDA agar peneroka dan rakyat jelata tidak tidak
prejudis dengan pihka pengurusan FELDA.
Atau silat mata agar wang RM 2 bilion dapat
masuk dalam saku mereka yang rakus dengan jenayah kolar putih yang di lakukan
orang orang tertentu.
Ini juga merupakan kaedah mudah
untuk mereka yang diamanahkan menjaga harta FELDA dapat mengumpul harta
sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini.
Bayangkan FELDA pernah rugi RM 4.3
bilion dek kerakusan hawa nafsu lembaga
pengarah dan pihak pengurusan.
Jika hasrat tanah yang sudah
bertukar tangan itu hendak diambil balik , maka FELDA akan kehilangan sejumlah
RM 2 bilion lagi dan campur dengan Rm 4. 3 billion, jumlah kerugian akan jadi
RM 6. 3 bilion..
Pada hal FELDA tidak hilang apa apa
pun keatas tanah itu, malah ia akan mendapat pulangan melebihi angka RM 200
juta,atas nama pelaburan Tanah kini
dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang mempunyai 7
menara termasuk menara ikonik Felda,
KLVC Tower1A, bangunan 68 tingkat lengkap dengan parkir bawah tanah dan
helipad.
Ini harus difahami betul oleh
peneroka FELDA. Jangan sepanjang berada sebagai peneroka yang sering kena tipu dengan
jenayah lo;ar putih serta pinjaman demi pinjaman diberi untuk menutup mata para
peneroka..
Kesian dengan peneroka, kerana
sehingga hari ada diantara mereka yang terpaksa tanggung hutang sejumlah RM
46,000.00 setiap seorang.Paling sikit mereka yang kena tanggung sejumlah RM 25,
000.00 setiap seorang dan pernah lunas.
Pendek kata mereka (peneroka) memang
tidak pernah dapat lunas dengan hutang
dari Pihak FELDA punca hak milik tanah itu tetap jadi hak milik FELDA buat
selama lamanya, hatta kepada generasi kedua ke, ketiga ke dan genarasi keempat
ke.
Terbaharu, menurut carian BH di
Jabatan Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebuah lot tanah
seluas 16 hektar menempatkan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma
Felda, kini ditukar nama kepada syarikat lain yang ada kaitan dengan pemaju
utama itu pada 21 Julai 2016.
Hal ini bukan suatu yang aneh lagi,
kerana ketika Datuk Seri Mohd Najib Razak dilantik sebagai perdana menteri ada ura
ura university Malaya akan dijual dengan harga RM 10 bilion untuk dimajukan dan
university berkenaan akan dipindah ke lokasi baru.
Bukan itu sahaja, sudah melebihi 30
buah GLC dijual, termasuk bangunan milik Mas Air line dijualnya. malah hospital jantung Negara,
lubok emas itu juga hendak di jual.
Pendek kata sudah banyak harta
kerajaaan dijual atas alasan mahu jadikan Malaysia Negara maju setanding dengan
Negara maju didunia yang menjadi kebanggaan perdana menteri
Sehingga kini, Felda tidak membuat
pengumuman berhubung pindah milik itu atau transaksi pengambilalihan tanah
dengan pemaju utama terbabit.
No comments:
Post a Comment