Sunday, January 28, 2018

Tun Dr. Mahathir taubat politik


Dr MAZA kata Tun Dr Mahathir Mohammad orang baik. Manakala Dr Badrul Aimn pula berkata Tun Dr Mahahthir Mohammad sudah bertaubat.

Kata baik terhadap Tun Dr Mahathir Mohammad kelompat keluar darpada mulut seorang mufti yang punya autoriti dalam bidang pengetahuan agama Islam.

Sudah tentu ramai umat Islam yang percaya yang Dr Maza ini pasti tidak berbohong dengan pengakuan yang dibuat.

 Lebih lebih lagi suatu pengakuan yang dibuat Dr Badrul Amin yang Tun Dr Mahathir Mohammad sudah bertaubat.Taubat Tun Dr Mahathir itu adalah taubat politik.

Memang pada hakikatnya,mereka yang sudah bertaubat akan jadi orang baik dan layak jadi perdana menteri kali kedua selepas PRU 14 nanti yang mungkin akan diadakan pada Mei 2018 ini.

Kata kata Dr Maza dan Dr Badrul Amin itu tidak lain dan tidak bukan ialah untuk membersihkan keburukan dan kerosakan yang terpalit pada batang tubuh bekas perdana menteri  yang dikatakan berkuku besi.

Bercakap pasal bersih. Bukan senang untuk membersihkan keburukan dan kerosakan seseorang pemimpin yang pernah menjadi perdana menteri selama 20 tahun lebih itu.

Rakyat jelata nampak dengan jelas Tun Dr Mahathir Mohammad masih tidak bersih walaupun telah dikatakan baik dan sudah bertaubat.

Jika beliau orang baik dan sudah bertaubat, mana mungkin dia masih mempertikaikan dan mempersenda sendakan hukum hakam Allah Subhanahu wataala.

Mustahil seorang yang baik dan sudah bertaubat mulutnya masih mengungkap kata  kata yang kasar dan keras terhadap orang lain sehingga sangguh mengatakan presiden Pas sebagai kafir.

Hari ini kelihatan para pemimpin Negara berlumba lumba rebut kekuasaan dan kemewahan.

Hal ini pernah dinyatakan oleh Abu Jahal ketika di tanya oleh seorang pemuda dalam pertemuan empat mata dengan soalan apakah Muhammad itu orang yang benar atau pendusta.

Abu Jahal menjawap, Demi Allah, sesungguhnya Muhammad orang yang benar, tidak pernah dusta sedikit pun..

Pemuda itu bertanya lagi, apakah yang mencegah dan menghalang kamu untuk mengikutnya.

Lalu Abu Jahal menjawap, kami berlumba lumba dengan Bani Hasyim merebut kekuasaan dan kemewahan.

Nampak dengan jelas Tun Dr Mahathir yang dikatakan baik dan sudah bertaubat itu semacam punya niat untuk berlumba lumba merebut kekuasaan dan kemewahan.

Suatu masa dahulu (ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi perdana menteri) Para pemimpin Pas, termasuk Presiden dan Musyidul Amnya pernah bertindak membersihkan keburukan dan kerosakan Tun Dr Mahathir.

Dimana sahaja mereka berceramah, mereka  mengatakan Tun Dr Mahathir Mohammad ,bekas perdana menteri itu sudah bertaubat dan insaf.

Baju boleh jadi bersih apabila guna sabun pencuci, akan tetapi manusia tidak boleh dibersihkan, kecuali mereka bertaubat dan insaf

Bertaubatkah dan insafkah Tun Dr Mahathir Mohammad.PresidenPas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, minta dia bertuabat kerana setiap yang hidup akan mati dan bertemu dengan Allah di akhirat nanti.




No comments: