Baru baru ini presiden PAN Mohamad Sabu berkata tahaluf siyasi dengan parti kafir harus.
Ada ulamak mengatakan harus dan ada ulamak mengatakan haram.bermakna ada
dua pendapat yang harus diambil kira.
Harus hukumnya jika bertujuan untuk berdakwah Dan haram hukumnya jika
bertujuan berdakyah.
Jika ditanya apakah tujuan PAN bertahaluf siyasi dengan DAP sudah barang
tentu diberi jawapan kami semata mata untuk berdakwah.Ya ke?
Jawapan itu memang sedap di mulut sahaja, sedangkan sakit dihati.
Mengapa? Kerana DAP menganjurkan pesta
arak dan PAN tidak membantah.
Tidak membantah, atau membisu dan mendiamkan diri bererti PAN menyokong
pesta arak yang dianjurkan oleh DAP.
Jawpan itu tersasar jauh daripada erti atu pengertian sebenar konsepsi dakwah
dan ia lebih menjurus dengan pegertian
dakyah.
Hukum meminta bantuan dan membantu orang Islam atau parti milik orang
Islam memang tidak boleh dipertikaikan lagi.
Mengapa? Kerana ia adalah asal hubungan antara sesama Islam, sama ada
dalam bentuk individu, parti atau Negara berpandukan kepada kerjasama atas asas
kebaikan dan takwa (ta’awun ala birri wa al takwa)
Yang menjadi persoalan sekarang ialah hukum seorang muslim meminta
bantuan kafir atau membantu kafir dan minta bantuan parti kafir dan membantu
parti kafir.
Sekarang ini PAN meminta bantuan parti kafir (DAP) dan membantu parti
kafir (DAP) supaya menang PRU 14.
Minta bantuan dengan kafir seperti meminta bantuan Negara kafir, parti
kafir (DAP) dan kumpulan kumpulan bukan Islam (kafir NGO) tidak diharuskan.
Namun demkian harus meminta bantuan individu kafir sekiranya ada isyarat
yang
menunjukkan kepada amanah seseorang.
Sepertimana Saidina Abu Bakar Al
Siddif meminta dan memberi upah kepada Abdullah Uraiqit seorang musyrik Mekah memanandu perjalanan Rasulullah
SAW ke Madinah,
Ini adalah dalil yang jelas.
Dalil yang tidak diharuskan bekerjasama dengan parti dan kumpulan
kumplan kafir ialah hadis hadis sahih
Dalam sahih muslim ada menceritakan tentamg seorang musyrik mahu
menyertai Rasulullah SAW dalam peperangan Badar, Nabi bertanya sekiranya dia
telah Islam. Lelaki tersebut menafikan keislamannya. Nabi minta dia balik dan
bersabda bahawa Baginda tidak akan meminta tolong dengan seorang musyrik.
Dalam satu peperangan yang tidak dinyatakan nama peperangan tersebut
oleh perawinya. Baginda berkata bahawa tidak akan meminta bantuan orang orang
musyrik untuk memerangi orang orang musyrik yang lain.’
Sekarang ini PAN bekerjasama dengan DAP bukan sahaja untuk menang
pilihanraya umum dan menatkluki Putrajaya, akan tetapi untuk memerangai PAS
parti Islam se Malaysia .
Bermakna mempunyai dua tujuan. Pertama untuk memenang PRU 14 yang tiada kaitan
langsung dengan konsepsi dakwah dan ia lebih kepada berdakyah
Kedua, memerangi individu Islam yang tidak menyertai parti PAN, terutama
sekali memerangi parti Pas, termasuk bekerjasama untuk menjatuhkan kerajaan Pas
Kelantan pada PRU 14 ini.
No comments:
Post a Comment