Wednesday, March 28, 2018

Ini kali kedua cubaan Najib


Spekulasi yang bertiup kencang bahawa menteri Besar Terengganu selepas umno/BN menang pada PRU 14 ini bukan lagi Datuk Seri Razif Abdul Rahman.

Datuk Razif Abdul Rahman akan diganti dengan Datuk Seri Jailani Johari, Ahli Parlimen Hulu Terengganu  yang juga timbalan menteri komunikasi yang akan diletak bertanding di DUN Kuala Berang.

Spekulasi yang juga bertiup kencang bahawa menteri besar Terengganu selepas umno/BN menang PRU 14 ini tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Seri Ahmad Shabery Chik menteri pertanian yang akan diletak bertanding DUN Cukai.

Dan Datuk Seri Ahmad Said ADUN Kijal mantan menteri besar Terengganu yang di tendang Datuk Seri Mohd Najib Razak akan diletak bertanding Parlimen Kemaman.

Sesungguhnya, Pada PRU 13 Datuk Seri Mohd Najib Razak cuba dengan sedaya upaya untuk bawa balik SETPOL nya Datuk Jailani Ngah untuk jadi menteri besar Terengganu.

Akan tetapi gagal, kerana disekat  oleh Datuk Seri Ahmad Said menteri besar Terengganu dengan bantuan Datuk Mohd Jidin Shafee EXCO.

Dua Datuk Jailani dibawa balik oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak. Hanya seorang sahaja yang lepas iaitu Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Jailani Johari yang dilantik sebagai timbalan menteri komunikasi.

Manakala Datuk Jailani Ngah yang dibuat cubaan kali kedua ini  tak lepas kerana namanya tiada didalam senarai calon pada PRU 13.

Pada PRU 13 ini nama Datuk Jailani Ngah tak ada dalam senarai calon yang akan bertanding di DUN Batu Rakit, hanya Nama Cikgu Bazlan Abdul Rahman yang tercatat.maka tesingkirlah

Walaupun ada yang mengatakan ada beberapa nama yang dekat dengan Datuk Seri Najib Razak dipercayai akan disenaraikan sebagai calon menteri besar jika BN memenangi PRU 14 ini.

Akan tetapi setakat hari ini hanya satu nama sahaja yang disenaraikan akan bertanding di DUN Batu Rakit sekaligus ia merupakan  calon menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Razif Abdul Rahman.

wujud spekulasi bahawa Datuk Jailani Johari ahli parlimen Hulu Terengganu Timbalan menteri komunikasi yang akan bertanding di DUN Kuala Berang akan dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas PRU 14 ini.

Nama Datuk Jailani Ngah setiausaha politik Najib yang dikatakn akan dibawa balik dan bertanding di DUN Batu Rakit  menjadi calon menteri besar Terengganu tidak wujud.

Menteri besar sekarang, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman pula disebut-sebut akan diletakkan bertanding di kerusi parlimen Kuala Nerus yang kini diwakili PAS hanya spekulasi .

Terbaru nama Datuk Jailani Ngah  pengerusi program khas Haji 1Malaysia Developmnet Berhad (1MDB) dan merupakan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang undang-undang syariah sangat serasi dengan Terengganu Darul Iman.

Menurut sumber, pertukaran menteri besar itu dibuat berikutan dakwaan perlu menteri besar berkelulusan syariah selepas  Tan Sri Wan Mukhtar Ahmad kalah teruk di DUN Cukai Kemaman pada PRU 10

PRU 11 Datuk Seri Idris Jusoh, lulusan Sains politik USM sebagai menteri besar.PRU 12 Datuk seri Ahmad said juga lulusan sains politik USM dilantik menteri Terengganu atas sebab Datuk seri Idris Jusoh di murka Al Sultan.

Pada PRU 13 Datuk Seri Ahmad said dilantik semula, tetapi dengan syarat hanya satu tahun sahaja dan akan diganti dengan orang lain.

Setakat itu tiada nama lain yang dikatakn serasi dengan kemahuan Datuk Seri Najib, maka Datuk Seri Razif Abdul Rahman diangkat sebagai menteri besar dalam terpaksa. 

Pelantikan Razif sebagai menteri besar Terengganu pada Mei 2014 mencetuskan krisis kepimpinan dan hampir-hampir menyebabkan kerajaan negeri terbubar dek angkara Datuk Seri Ahamd Said yang dikatakan mengamuk akan isytihar beberapa ADUN yang setia akan keluar umno.

Macam macam spekulasi timbul termasuk wujud kelemahan pentadbiran serta ketua bahagian dan cawangan Umno Terengganu didakwa tidak lagi menyokong Ahmad Razif .

lebih lebih lagi Datuk Seri Razid Abdul Rahman telah ditarik balik gelaran datuk seri oleh Al Sultan kerana dilihat tiada kemampuan untuk memberi kestabilan kepada keadaan politik tempatan, konon.

Oleh kerana Datuk seri Mohd Najib Razak mengamlkan politik kroni dan nepotisme maka  cubaan kedua untuk bawa balik setpolnya itu untuk jadi menteri Terengganu bukan lagi spekulasi.

Ia adalah realistik, kerana nama lain termasuk 10 EXCO lebih tidak layak berbanding datuk Seri Razif Abdul Raham untuk mejawat jawatan menteri besar Terengganu.
Umno/BN Terengganu belum tentu menang pada PRU 14 yang akan diadakan 6 Mei 2018 ini.

Pas dikatakan akan menang  empat kerusi pada PRU 14 ini selain 14 kerusi yang sedia ada. Antara DUN yang akan di menanginya ialah DUN Jertih yang dimenangi  Mohamad Pehimi Yusof (umno/BN) dengan Majoriti 930 undi.

DUN Kermasik yang dimenangi Rosli Othman ( umno/BN) dengan majoriti 898 undi.DUN Jabi yang dimenangi  Mohd Iskandar Jaafar (umno/BN) dengan majoriti 782 undi. Dun Kuala Berang yang dimenangi Tengku Putera Tengku Awang (umno/BN) dengan majoriti  449 undi.

No comments: