Ustaz Wan Shuki Wan Ismail ketika berkhutbah di masjid
At Takwa Batu Enam baru baru ini ada berkata yang berbunyi: “ musuh dalam
selimut”.
Sebut sahaja musuh dalam selimut teringat penulis akan
kata kata itu yang keluar dari mulut Datuk Dr. Harun Din.
Beliau berkata, awas, musuh dalam selimut ketika membentang kertas kerja dalam ijtimak
ulama Pas Pusat di Taman Malewar lama dahulu.
Waktu itu memang ramai musuh dalam selimut dalam Pas.
Sebab itu Datuk Dr. Harun Din yang bimbang, ingatkan agar berhati hati dengan
para pemimpin yang jadi musuh dalam selimut.
Sehubungan itu penulis pernah tulis surat kepada
Presiden Pas ustaz Mohd Fadzil Noor agar berhati hati dengan salah seseorang
yang hendak di lantik sebagai setiausaha
Agung Pas.Nasib baik tak jadi lantik.
Berkaitan dengan isu tersebut penulis ada tulis surat
7 muka surat kepada musysidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar awas dengan
para pemimpin muda yang bukan lulusan pengajian Islam, dianggap berwibawa.
Penulis sebut beberapa nama yang penulis pernah
mesyuarat bersama dalam Lujnah penerangan pas pusat ketika Dr Daim Mariuk jadi
ketua penerangan.
Bukan semasa Pak Daim jadi ketua penerangan sahaja, malah
waktu Haji Subky Latif, Datuk Halim Abdul Rahman dan Ustaz Azizan Razak.
Penulis mengenali mereka, termasuk Mat Sabu,macam
penulis mengenai ustaz Ustaz Datuk Harun Taib, ustaz Datuk Abu Bakar Chik Cikgu
Datuk Mustafa Ali dan sering bersama sama dalam banyak siri pilihanraya kecil
seluruh pelusuk tanah air, termasuk pilihanraya kecil di Sarawak.
Malang sekali mereka ini didewa dewakan sehingga berjaya
menjawat jawatan paling tinggi dalam parti, termasuk Mat Sabu menang timbalan
presiden melalui perancangan licik puak musuh dalam selimut.
Akhir sekali
penulis dapat mengenali seramai 26 orang ahli jawatan pas termasuk yang dilantik
sah jadi musuh dalam selimut.
Sahih, sebab itu mereka yang kalah dalam muktamar
agung tahunan tidak lama dahulu lari tubuh parti baru yang disebut sebut parti
Islam sebenar oleh ustaz Ahmad Awang.
Yang tak lari Husam Musa dan telah di pecat. Datuk Mahfuz Omar liat nak keluar, akhir keluar juga
baru baru ini, manakala ADUN Batu Burok Dr
Syed Azman syed Ahmad bersama sama dengan PAN belum keluar parti.Mungkin nak tunggu
PRU 14 ini kot.
Persoalan yang timbul sekarang ramai lagi ke musuh
dalam selimut dalam pas kini.Mungkin ada tapi tak ramai macam sebelum ini.Ada
tetap ada, kerana zaman Rasulullah SAW pun tetap ada yang munafik.
Inilah cabaran untuk mendaulat undang undang Islam.Sebab,
ada suara suara yang datang dari dalam parti pas yang berbunyi, umno tak akan
tumbang jika pas tidak bersama pakatan harapan pada PRU 14 ini.
Bermakna mereka mahu pas sertai pakatan harapan untuk bersama
sama menumbangkan umno/BN pada PRU 14 nanti.
Atas sebab inilah ustaz Wan Shuki Wan Ismail sebut
dalam khutbahnya berhati hatilah dengan musuh dalam selimut, miskipun sudah
ramai yang lari tubuh parti Islam baru, konon.
Ingat, bahawa musuh musuh Allah, musuh Rasulullah SAW
dan musuh Islam telah membina masjid Dirra dahulu.
No comments:
Post a Comment