Thursday, April 19, 2018

Hebat calon pakatan harapan


Tengok pada hebatnya calon pakatan harapan yang akan bertanding di DUN kemunting Perak, sah, pembangkang boleh menang dan memerintah Negeri Perak selepas PRU 14 ini.

Mengapa tidak? Bayangkan seorang prof Ir.Dr. UTP telah dan sanggup  mengorbankan kerjayanya  sebagai seorang prof terjun dalam politik yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam..

Lainlah jika ia seorang prof bersara macam Almarhum Profesor Datuk Shahnon Ahmad yang pernah terjun dalam arena politik Pas. Politik Islam.

Ini seorang prof yang masih belum bersara sanggup mengorbankan kerjaya profesornya semata mata terjun dalam arena politik pakatan harapan.

Politik itu adalah politik kafir yang disokong puak puak kristian dan Yahudi dunia.

Pada hal dunia politik yang dipilih oleh Prof Ir Dr Muhd Fadhil Nuruddin yang akan diletak bertanding di DUN kemunting perak itu berada di zon merah (panas).

DUN Kemunting Perak milik Datuk Mohamad Zahir,  yang memperolehi 11,784 undi (UMNO/BN) mengalahkan calon Pas, Mohamad Fkhruddin, yang memperlohi 10,887 dengan majority 887 undi.

Macam mana calon pakatan harapan boleh menang? Atas fakta apakah dia boleh menang. Mungkin kerana dia seorang Prof Ir Dr pensayarah Universiti.

Jika ia tiga penjuru sudah tentu tidak masuk akal, kerana umno/BN memperolahi undi solid pada PRU 13. Demikian juga calon Pas.

Tidak dinafikan fakta pengundi atas pagar berubah angin pada PRU 14 yang digambarkan sangat terbeban dengan GST.

Apa apa pun pengundi atas pagar kebanyakannya mendapat BRIM sejumlah RM 1,200 dan akan ditambah menjadi RM 2,000 pada bayaran jun 2018 ini

Jika atas fakta calon pakatan harapan seorang Prof Ir Dr tidak wajar dijadikan hujah kerana ada  calon umno/BN yang ada gelaran PHD (dr)  tewas. Apatah lagi calon pakatan harapan yang  baru macuba nasib dalam  PRU 14 ini.

Mengapa? Kerana Dr. Asraf Wajdi Dasuki pensyarah Universiti islam Antaranagsa Malaysia pernah diletak bertanding di Parlimen Tumpat Kelantan pada PRU 12. dan kalah ditangan Kamaruddin Jaafar, setiausaha agung Pas.

Atas nama kroni beliau dilantik sebagai senator dan timbalan menteri di jabatan perdana menteri.

Dengar kabar Dr Asraf akan diletak bertanding di parlimen Pasir Puteh pulak yang dimenangi Nik Mazian Nik Mohamad  memperolehi 46,151 mengalahkan Mansur Salleh yang memperolehi 35,527 undi  pada PRU 13 dengan majority 10,624 undi.

Seorang lagi calon pakatan harapan yang juga hebat kerjajayanya sebagai doctor pakar Datuk Dr Abdul Halim Yusof yang akan diletak bertanding di parlimen Kubang Kerian pada PRU 14 ini.

Parlimen Kubang Kerian milik Ahmad Baihaki Atiqullah yang memperolehi 35,510 undi mengalah calon umno/BN Anuar Sufian yang memperolehi 18,769 undi dengan majority 16,741 undi.

Prof. Ir Dr. Muhd Fadhil  dan Datuk Dr Abdul Halim Yusof memang calon hebat untuk mengalahkan calon Pas di DUN kemunting Perak dan Parlimen Kubang Kerian Kelantan pada Pru 14.

Ingat, Dr Aziz Bari prof undang undang UIAM pernah bertanding atas tiket PKR pakatan rakyat di Parlimen Sabak Bernam pada PRU 13 memperoleh 14,741 undi,kalah ditangan Mohammad Faslah Fakeh (umno/BN) memperoleh 16,387 undi dengan majority 1,416.

Makumat tokoh hebat pakatan harapan ini bukan dari sumber rasmi pakatan harapan.Ia menerusi maklumat Facebook yang tersebar secara meluas selepas SPR mengumumkan tarikh penamaan calon 28 April 2018 dan hari mengundi 9 Mei 2018.

Dan ramai lagi professor  Profesor bersara daripada university seluruh Malaysia ini yang akan diletak bertanding parlimen atas nama pakatan harapan pada PRU 14 ini untuk tawan putrajaya.




No comments: