Tuesday, April 10, 2018

Betul kah Pas kena tipu


Sebelum ini macam macam tuduhan terhadap Pas. Itu dan ini. Pas dikatakan kena tipu oleh umno BN. Ada juga yang berkata atas darat kering Pas di tipu Najib.

Pada (Khamis) Lima April dua ribu lapan belas Dewan Rakyat tak jadi bahas usul persendirian Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang RUU 355.

Apabila  Rang undang-undang persendirian untuk mencadangkan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 tidak akan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Pada hal usul itu dijadualkan dalam aturan urusan mesyuarat hari ini.Tidak jadi bahas juga kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said hanya mencadangkan untuk membahaskan usul dibawa Menteri Kewangan.

Pas sekali lagi dituduh dengan macam macam tuduhan. Ada yang berkata Pas kena kencing  lagi.

Pelbagai sindiran dilakukan, termasuk menghina Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang  dan di hentam bertubi tubi oleh musuh politik yang mahu mmenghancurkan parti islam semalaysia itu.

Yang paliknya, ada yang berkata Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang musuh dalam selimut pas nombor satu.

Sehubungan dengan itu, Penulis berfikir sejenak dan dapat buat kesimpulan bahawa  semua  hamba syaitan adalah musuh politik Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.berhati hatilah.

Pada hemat penulis Pas seringkali tertipu dan ditipu. Mengapa tidak? Kerana orang munafik memang suka menipu.

Sifat orang munafik apabila berjanji tidak ditepati. Apabila diberi amanah di khianati. Apabila ber cakap mereka berbohong.

Persoalan yang timbul kini, Pas duduk dalam rumah orang. Bukan dalam rumah sendiri. Nak buat macam mana apabila tuan rumah tak nak hidang makanan waktu makan malam.

Bolehkah kita paksa tuan rumah menghidangkan makanan kepada kita. Menang kita tidak boleh paksa tuan rumah.

Tuan rumah janji hendak hidang makanan makan malam.Tunggu punya tunggu hidangan tak datang juga.

Itu adalah hak tuan rumah bukan hak kita. Kita kena keluar cari makan sendiri  untuk isi perut yang lapar.

Demikianlah dengan apa dilakukan oleh kerajaan yang berjanji hendak bahas RUU 355 pada khamis lepas.

Pas dan para pemimpinnya yang di tuduh dengan macam macam tuduhan  harus bersabar dan kena bersyukur.

InsyaAllah, Allah bersama orang orang yang bersabar dan bersyukur.Malah nama bail pas masih terpelihara dan tidak tercelar pun.

Pada hemat penulis dalam hal ini, RUU 355 telah dibentang, disokong dan tinggal belum dibahas, kerana  ini bukan bidang kuasa Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Pas datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah buat tanggungjawab beliau sebaik mungkin mengikut prosedur ditetapkan pihak kerajaaan.

Usul itu mencadangkan pindaan pada Akta 355 untuk hukuman lebih berat dikenakan ke atas pelaku kesalahan syariah.

Ia mencadangkan hukuman maksimum terhadap pesalah syariah dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan , daripada 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 sebatan .

Rakyat melihat isu ini bahawa kerajaan (tuan Rumah) lebih utamakan RUUnya sendiri berbanding RUU355 persendirian. Rakyat jelata boleh menilai hal ini.

Itu adalah bidang kuasa kerajaan dan bidang kuasa Pas ialah membawa usul RUU 355 untuk dibentang dan dibahaskan dan dilulus untuk memperkasakan mahkamah syariah.



No comments: