Friday, March 2, 2018

Pakatan Harapan puak amar maaruf nahi mungkar?


Untuk meraih undi orang Melayu Lim Guan Eng yang dikata sebagai seorang kafir zimmi oleh Datuk Dr Danial Zainal Abidin mengatakan pakatan harapan adalah puak amar maaruf nahi mungkar.

Sebelum ini, ketika bersama dengan Pas, Lim Guan Eng  mengatakan kerajaan Pulau Pinang  memerintah ikut kerajaan Umar Abdul Aziz.

Percayalah.semua itu adalah bohongan belaka. Peliknya orang Melayu Islam masih percaya dengan kata kata seumpama itu

Kebanyakan orang Melayu dan orang Pas sendiri percaya merut sehingga tergamak pucuk kepimpinan parti mengatakan Kafir DAP adalah kafir zimmi.Atas hujah Kafir yang mahukan Islam.

Sehari dua ini, Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang mengulangi bahawa DAP takut kerana ada orang kafir china yang mahukan Islam.

Buktinya, Orang china kristian di Aceh pilih undang undang  Islam. Sedangkan orang china di Malaysia sangat berbeza faham berbanding orang china (kafir) di Indonesia.

Mereka tidak punya power dalam arena politik berbanding dengan mereka yang duduk di Malaysia. China kafir Malaysia boleh tubuh parti politik dan boleh jadi kerajaan jika menang dalam suatu pilihanraya lima tahun sekali.

Bukan setakat itu sahaja, malah china Malaysia apabila dapat memerintah Malaysia boleh buat apa sahaja hatta  pinda perlembagaan Negara yang sedia ada atas kapasiti majority dua pertiga.China kafir di Indonesia tiada apa apa kuasa dalam bidang politik,

Oleh itu,  mahu tidak mahu mereka kena akur dan pasrah dengan undang undang Islam di Aceh. Amat berbeza dengan china kafir di Malaysia. Mereka dibenarkan oleh perlembagaan persekutuan untuk berkuasa atas nama negara demokrasi.

Minggu ini Lim Guan Eng buat kenyataan media bahawa pakatan harapan DAP, BERSATU, Amanah dan Parti Keadilan rakyat (PKR) dikatakan sebagai satu puak yang akan  mengajak berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan.

Perkara ini seiring dengan firman yang maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang orang yang berjaya.(surah Ali Imran ayat 104).

Menurut tafsir Al Jalaalain, bahawa kalimah al khair (kebajikan) yang disebut dalam ayat ini, maksudnya ialah Islam. Dalam hadis pula Rasulullah SAW  menerangkan al-khair  yang tersebut dalam ayat ini ialah menurut ajaran Al Quran dan sunnahku (tafsirAl-Alusi 4: 19).

Barangkali kebanyakan orang Melayu Islam di Malaysia percaya dengan apa yang dikatakan oleh Lim Guan Eng.

Bukan setakat orang Melayu beragama Islam yang percaya merut, malah sudah ada pendakwah yang iktiraf kafir DAP bukan kafir harbi. Bermakna mereka adalah kafir zimmi kerana mereka warga Negara Malaysia.

Dan dikuatkan hujah itu dengan kenyataan media Mufti Perlis, Dr Maza bahawa lebih baik berada dibawah kerajaan kafir yang adil daripada berada dibawah kerajaan islam yang zalim.

Pada hal Allah menjelaskan menerusi firman yang maksudnya: Sesiapa uang menyembah tuhan yang lain bersama sama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya  hitungan nya (balasan amalnya yang jahat itu) disediakan disisi Tuhannya. Sesungguhnya orang orang yang kafir tidak akan berjaya.(surah Al Mukminum ayat 117)

Kita nak tanya ada ke kerajaan kafir yang adil, sedangkan setiap orang kafir telah menzalimi diri sendiri . terutama sekali mereka telah menolak hidayah Allah dan Allah menjelaskan yang dia tidak memberi pertunjuk kepada mereka yang kafir.

Sehubungan dengan itu, Allah telah menjelas dan menyatakan mereka ini (kafir) akan membuat bencana dan kerosakan di muka bumi ini.

Lihat Firman Allah yang maksudanya: “Dan apabila dikatakan kepada mereka jangan kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi. Mereka menjawab. Sesungguhnya kami orang orang yang hanya membuat kebaikan (surah Al Baqarah ayat 11)

Allah memberitahu kita sebagaimana firman yang maksudnya: Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang orang yang sebenar benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedari (surah Al Baqarah ayat 12)

Orang orang kafir sedar yang mereka telah melakukan bencana dan kerosakan di muka bumi ini. Yang tak sedar, ialah orang orang Melayu yang mengaku beragama Islam.
Pelik, masih ada yang percaya dengan tipu daya orang orang kafir dan berkata mereka mahukan Islam. Kalau mereka mahukan Islam, mereka pasti akan masuk Islam.

Sekarang jauh sekali nak masuk Islam, malah kebanyakan bergerak cergas menghina Islam bersama orang  orang Islam yang mempersenda sendakan hukum huduh yang diperjuangkan PAS.

Yang peliknya,sehingga boleh percaya yang orang DAP (kafir) mereka satu puak yang akan menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kejahatan.

Pada hal Allah telah menyatakan dengan sejelas jelasnya akan perangai orang kafir dalam ayat diatas.

Lagi pelik, ada sesetengah para pendakwah mengatakan kita tidak boleh buruk sangka dengan manusia hatta manusia kafir sekalipun.Hatta yang membunuh 2.5 juta umat islam di Palestin?

Yang mendukacitakan,antaranya ada yang tergamak isytihar kafir DAP adalah kafir zimmi.

Ingat, kita dilarang menyakit kafir zimmi, akan tetapi tidak boleh diberi tempat istimewa kepada mereka termasuk tidak boleh diangkat jadi pemimpin masyarakat.

Malaysia adalah Negara demokrasi, maka mereka boleh tubuh parti bergiat aktif dan boleh untuk menjatuhkan kerajaan umno/BN yang di terajui Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Hari ini di jaja seluruh pelusuk Negara bahawa DAP hendak menjatuhkan kerajaan umno/BN menerusi pakatan harapan.Memang tidak jadi sebarang kesalahan, kerana itu adalah hak mereka yang dibenarkan oleh perlembagaan Persekutuan.

China di Indonesia tiada hak berbuat macam China di Malaysia, namun demikian mereka kena akur dan pasrah dengan undang undang Islam di Aceh dan memilih berhukum dengan undang undang islam.

DAP hendak menjatuhkan kerajaan tidak pelik, kerana itu adalah agenda orang orang China yang ada kerakyatan (warga Negara) sejak sekian lama.

Yang lagi pelik, orang orang China parti MCA dan orang orang China parti GERAKAN bersubhat sama untuk jatuhkan kerajaan umno/BN sejak dahulu dan selama lamanya.

Buktinya, DAP menang PRU 13 sebanyak 39 kerusi, hanya beberapa kerusi saja di menangi MCA. Manakala GERAKAN KO terus.

Apa macam Tun Dr Mahathir,pengerusi  Pakatan harapan,Datuk Dr Danial Zainal Abidin, pendakwah tersohor dan Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin mufti Perlis.

  

No comments: