Sunday, October 21, 2018

Kafir zimmi tidak anti Islam?


Tiba tiba ada pula yang berkata Lim Guan Eng anti Islam.Macam mana ada pihak boleh berkata demikian rupa, sedangkan dia seorang kafir zimmi.

Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh Datuk Dr Danial Zainal Abidin mutiara ilmuan Islam di Malaysia, Lim Guan Eng seorang kafir zimmi.

Pelik jugak.

Mengapa tidak? Lim Guan Eng Seorang kafir zimmi yang diiktiraf oleh mutiara ilmuan Islam boleh di fitnah sedemikian rupa.

Jika Lim Kit Siang dikatakan seorang yang anti Islam wajar, kerana sejarah telah membuktikan beliau seorang kafir harbi yang mendokong fahaman komunis sejak dahulu hingga kini.

Anaknya Lim guan Eng disahkan oleh Datuk Danial Zainal Abidin sebagai seorang kafir zimmi.

Hal ini pernah ditegaskan oleh Timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa pemimpin DAP lebih islamik berbanding para pemimpin umno.

Bukan setakat itu sahaja, malah DAP dikatakan lebih baik berbanding umno yang memerintah malaysia selama 60 tahun itu.

Lojik jugak dengan kata kata mereka itu, kerana Kafir Zimmi (iaitu kafir yang jinak/berjanji setia dan tidak memerangi Islam)

Kafir zimmi telah dijelaskan oleh Allah Swt. di dalam Al Qur'an sepertimana firmanya yang maksudnya:

"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil". (Surah Al-Mumtahanah  ayat 8).

Dari ayat ini, para mufassirin dan fuqaha menegaskan : Kafir Zimmi adalah orang kafir yang diam dan hidup dalam wilayah pentadbiran ummat Islam, mereka berjanji setia kepadanya, mengikut peraturannya, membayar jizyah, hidup bersama muslimin dan tidak memusuhi Islam. Mereka dijaga kebajikan dan dijamin keselamatan oleh Negara Islam.

Rasulullah Saw perintah kita untuk menjaga kepentingan dan kehormatan kafir zimmi ini sepertimana sabda Baginda :

"Barangsiapa yang melakukan kezaliman terhadap orang kafir yang ada perjanjian dengan pemerintah Islam, atau membatalkan haknya, memberatkan kepadanya lebih dari kadar kemampuannya, mengambil daripadanya dengan cara yang tidak baik, maka aku akan mempertahankannya di hari Kiamat".(Hadis sahih riwayat imam Abu Daud  (No. 2654).

Allah Swt. telah memerintahkan supaya para mukminin berlaku adil kepada semua manusia (termasuklah kafir zimmi) dan tidak menjatuhkan hukuman hanya kerana mengikut perasaan, hawa nafsu atau dorongan kebencian seterusnya menyebabkan ketidakadilan.

Firman Allah yang maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil, Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana (adil) itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Teliti dengan apa yang kamu kerjakan”.(Surah Al Maidah ayat 8).

No comments: