Wednesday, October 17, 2018

Macam mana royalti minyak Terengganu


Itu adalah suatu pertanyaan yang dating dari mulut pas akar umbi Terengganu kepada penulis.

Sebelum ini, sebaik sahaja pakatan harapan menang PRU 14 dan memerintah Malaysia.

Penulis ada sebut jangan harap yang kerajaan pakatan harapan memberi royalty minya 5 persen kepada kerajaan Terengganu.

Apa kata mereka? Mereka kata, jangan nagetif dengan kerajaan pakatan harapan kerana kerajaan baru ini tak sama berhanding kerajaan BN.

Betul kerajaan pakatan harapan tak sama dengan kerajaan barisan nasional.
Barisan nasional yang diterajui Tun Dr Mahathir tarik balik pemberian royalty 5 peratus kepada Terengganu.

Tun Dr Mahathir Tarik balik pemberian tersebut atas sebab kerajaan Terengganu bertukar tangan kepada Pas PRU 1999.

Itu puncanya dan penulis sebut jangan harap kerajaan pakatan harapan akan beri royalti minyak 5 peratus itu kepada Terengganu.

Malang sekali, masih ada yang kata yang penulis nagetif dengan kerajaan Pakatan harapan yang diterajui Tun Dr Mahathir.

Sekarang ini kita boleh tenguk hakikatnya.Pelbagai alasan diberikan Tun Mahathir apabila ada wartawan bertanya soalan pasal Royalti minyak 5 peratus kepada Terengganu.

Jawapan terakhir Tun Dr Mahathir bahawa kes royalty minyak 5 peratus kepada Terengganu ada dalam mahkamah (saman).

Inilah alasan yang sengaja diberi oleh Tun Dr Mahathir. Pada hal kes rasuah Lim Guan Eng boleh ditarik begitu sahaja agar menteri kewangan bebas sebebasnya.

Demikian juga dengan kes Rasuah Datuk Seri Shafie Afdal yang ditarik balik oleh mahkamah.

Mereka boleh buat apa sahaja. Rakyat jelata tidak buta mereka tenguk dan tahu maklumat tersebut.

Mengapa pasal bayaran royalty minyak 5 peratus kepada Terengganu dan Kelantan disebut tidak boleh dibuat kerana kesnya masih di mahkamah (saman).

Kalau kes Lim Guan Eng dan kes Shafie Afdal boleh dibuat, mengapa tidak pada kes saman Terengganu dan Kelantan masih di mahkamah terhadap kerajaan Pusat.

Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penjara boleh dibuat  dengan sebgitu segera, mengapa tidak terhadap kes saman Terengganu dan Kelantan terhadap kerajaan pusat.

Sah ini bersuaian dengan peribahasa  hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Bukan setakat seribu dalih, malah sudah sejuta dalih.Lebih lebih lagi menteri Kewangan, menteri yang anti Pas dan islam.

faham, faham fahamlah wahai ahli pas akar umbi.Itulah perangai mereka yang jadi hamba iblis yang sombong dan takbur dengan alasan aku lebih mulia berbanding Adam AS yang dijadikan dari tanah yang busuk.




No comments: