Monday, September 6, 2010

Ajaran sesat anjuran kerajaan UMNO/BN

Tahniah pada persatuan pelajar Islam UITM yang membantah iklan agenda slogan satu Malaysia yang di terbitkan TV3.

Mungkin rakyat Negara Malaysia sudah sedia maklum, bahawa Umno sejak sekian lama telah menyamakan agama Islam dengan agama agama lain dan cuba dengan sedayaupaya untuk satukan rakyat sebagai firman Allah yang bermaksud:

“ pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan nabi nabi sebagai pemberi kahbar gembira (kepada orang orang yang beriman dengan balasan syurga) dan pemberi amaran (kepada orang orang yang ingkar dengan balasan azab neraka) dan Allah menurunkan bersama sama nabi itu kitab kitab suci (yang mengandungi keterangan keterangan yang) benar” (syrah Al Maidah ayat 213)

Beberapa orang menteri cabinet menyuarakan, bahawa mana mana agama sama sahaja, termasuk Datuk paduka Dr Rias Yatim, Menteri Penerangan dan Komunikasi yang secara jelas dan terang terangan mengaku mana mana agama sama sahaja.

Maka amat wajarlah persatuan pelajar islam UITM mengadakan tunjuk perasaan membantah iklan menyamatarafkan agama Islam dengan agama lain.

Peranan menyamataraf agama Islam dengan agama agama lain yang dimainkan pihak kerajaan Umno/BN tidak berhenti disitu sahaja, malah diambil tanggungjawab oleh ustaz /ustazah yang mengajar di majid dan surau.

Tugasan disebalik agama Islam sama sahaja dengan lain lain agama diselit dengan kata kata “kita tidak boleh kata orang kafir itu kafir tanpa mengambil kira ayat Allah firmanya yang bermaksud:

“ sesungguhnya orang orang yang kufur (ingkar) kepada Allah dan rasul rasulnya, dan orang orang yang hendak membezakan (iman mereka di antara Allah dan rasul rasul itu dan orang orang yang berkata, kami beriman kepada setengah rasul rasul itu dan kami kufur ( ingkar) kepada setengah (yang lain) serta bertujuan hendak mengambil jalan (lain) di antara (iman dan kufur) itu.” (surah al Nisa ayat 150).

Itu sangat malang, sekali bagi kita, sedangkan Allah telah menyatakan dengan sejelas jelas bahawa manusia diatas muka bumi ini terbahagi kepada dua. Islam dan kafir. Islam ialah orang orang yang menyerah diri kepada Allah manakala kafir yang ingkar dengan perintah Allah.Bagaimana dapat disatukan.

Inilah agenda kerajaan UMNO/BN. Orang kafir tidak boleh mengatakan mereka kafir atau dilabelkan kafir dengan hujah kalau mereka masuk Islam? Lojik kah begitu. Kalau lojik bagimana pula dengan orang Islam.Jika orang kafir tidak boleh dikatakan kafir, maka orang Islam juga tidak dikatakan Islam, mungkin besok dia akan jadi kafir setelah rosak akidahnya.

Adakah mereka yang jelas kafir itu Islam? Atau kerana mereka adalah berketurunan anak cucu nabi Adam punca kita tidak boleh mereka kafir? Jika begitu bermakna tiada orang kafirlah di atas muka bumi, sedangkan Allah telah menjelaskan Islam dan kafir antara orang orang yang akan menjadi penghuni syurga dan neraka di akhirat nanti.

Ini semua dihasilkan oleh ajaran sesat yang tumbuh sejumlah 82 kumpulan di Negara Malaysia setakat ini. Oleh itu tidak harus kita membiarkan ajaran ini menular dengan lebih luas dan wajar mana mana persatuan termasuk NGO Islam membantah kegiatan menyamakan agama Islam dengan agama agama lain.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday, August 24, 2010

Kafir, munafikin dan Islam

Masih ramai manusia yang tidak faham apakah itu “munafik” dan apakah itu “Kafir” serta apakah itu “Islam” yang menjadi pokok perdebatan sejak dahulu hingga kini. Munafik ialah mereka yang masuk Islam berlindung disebaliknya.

Sebagai contoh, macam Abdullah bin Ubay. Yang mengaku Islam juga boleh jadi munafikin apabila diberi amanah tidak amanah, apabila berjanji mungkin dan apabila bercakap berbohong . Tinggal solat jumaat tiga kali berturut juga munafik.

“Kafir” ialah mereka engkar dengan perintah Allah SWT, sepertimana Yahudi dan Keristian atau seangkatannya, bagi umat Islam yang mengaku beragama Islam dan meninggalkan solat lima waktu sehari semalam dengan sengaja juga kafir. “Islam” ialah mereka yang patuh dengan perintah Allah menyerah diri seratus peratus kepada Allah yang maha pencipta.

Bangsa memang banyak, manakala manusia telah diklasfikasikan kepada dua , iaitu kafir dan Islam. Islam terbahagi kepada 73 puak manakala kafir berpecah kepada 72 puak semuanya tak boleh pakai, cuma kafir zimmi saja boleh diambil kira setengak wujudnya Negara Islam.

Kita tidak lupa dengan munafikin dan kafir hatta apa bangsa sekali pun biar dimana mereka berada adalah bagaikan “penyakit barah” kepada tubuh badan. Ia akan menyebarkan rancunnya apa berlaku percubaan serta ujian.

Apatah lagi ujian tipudaya mereka dapat dilihat sewaktu dalam kegentingan. Semasa aman mereka adalah bebanan berat kepada orang lain dan dalam waktu bahaya mereka merupakan kuman yang menular dalam badan.

Manuafikin beria ia mendkwa beriman, manakala yang kafir pula harbi atau apa pun melahirkan kata kata yang baik, termasuk mencanang, mahu ikut pentadbiran Umar Abdul Aziz yang sama sekali tidak masuk akal.

Dikalangan orang Islam, termasuk orang PAS percaya dengan kata kata mereka dan di dengar serta di yakin bahawa inilah peluang untuk berdakwah tanpa menyedari tertipu dengan perkataan dan hasrat mahu kepada Islam itu.

Usah orang macam kita mereka Berjaya melakukan tipu daya terhadap Rasulullah SAW serta orang Islam di Madinah beberapa kali.

Semasa perang Uhud umpamannya, mereka Berjaya menyebabkan satu pertiga tentera Islam pulang dari medan perang tanpa bertempur. Mereka juga mencetuskan fitnah untuk merosakan hubungan antara orang orang Islam yang diterajui Nabi Yang maha mulia.

Mereka bertanggungjawab menyebarkan berita palsu peristiwa “hadish al-Ifk” di Madinah. Kemudian dalam peperangan Ahzab mereka mengecewakan orang Islam dan menimbulkan kekeliruan tentang dakwah Islamiah serta mencetuskan keraguan tentang janji Allah dan menggesa para pejuang meninggalkan tempat pertahanan.

Kafir dan manafikin ini menyimpan sikap jahat terhadap orang orang Islam agar menghadapi kekalahan dalam serba serbi, termasuk dakwah islamiah tidak akan berkembang dan tersebar. Sikap ini sudah didedah oleh Allah SWT agar tidak tertipu.

Tapi malangnya masih ramai orang Islam bertindak lebih bijak daripada Allah dan Rasulullah SAW.

Apa tidak tidaknya? Orang Palestin menggunakan kaedah berdamai melalui beberapa perjanjian dan menolak peperangan yang di wajib oleh Allah SWT. Inilah punca Negara Palestin sudah hampir habis dicerobohi.

Monday, August 16, 2010

Mana ada orang kafir setuju dengan Islam

Oleh kerana kita berada dalam bulan ramdhan bahawa dalam ibadat puasa ia dapat menghaluskan perasaan dan mencegah dari dosa disamping mendekatkan diri kepada Allah SWT.Bagi orang mukmin sahaja.

Bagi yang bukan mukmin amalannya sama sahaja. Yang berzina tetap dengan agendanya. Yang minum arak tetap juga dengan agendanya. Yang berjudi tetap juga dengan agendanya, yang makan rasuah tetap juga dengan agendanya dan bagi yang makan riba tetap juga dengan agendanya. Halal haram tiada beza bagi mereka.

Dalam bulan puasa seorang mukmin dapat merasakan kaAgungan nikmat Allah SWT yang dianugerahkan kepada manusia, iaitu nikmat Al-Quran.

Dia dapat merasakan kelebihan serta pengawasan Allah SWT.

Kitab suci Al-Quran diturunkan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya ini.

Justeru itu waktu malamnya akan dihabiskan untuk beribadat, merenungi serta bersyukur kepada Allah SWT.

Selain daripada itu dalam bulan ramdhan juga terdapat malam Lailatul Qadar, iaitu malam memperingati turunnya Al-Quran yang merupoakan bulan yang lebih baik dari seribu bulan.

Sesiapa yang diberi hidayah serta berpegang teguh dengan metodologinya, maka sesungguhnya dia telah diberi hidayah kepada kebaikan seluruhnya dan telah mencapai kedudukan yang paling tinggi sama ada didunia mahupun diakhirat.

Sebenrnya seorang mukimin itu hatinya sentiasa sebak dengan hakikat iman, menjadi insan rabbani yang hatinya terdapat cetusan dari cahaya Ilahi.

Kemudian dia menyedari kekuasaan Allah SWT lalu berusaha melaksanakan metodologinya dalam kehidupan.

Kekuatan seorang mukmin itu tidak boleh dikalahkan kerana dia disokong oleh kekuatan Allah SWT.

Seorang mukmin juga akan terus berjuang menentang pengaruh kejahatan sehingga dia menemui Tuhannya sama ada dengan kemenangan atau syahid.

Sebuah hadis Qudsi daripada Rasulullah SAW Firman Allah yang bermaksud:

"Tiada yang lebih aku sukai dari hambaku yang berusaha mendekati aku selain daripada ia melakukan apa yang difardukan keatasnya. Dan begitulah hambaku mendekatiku dengan mengerjakan perkara perkara sunat sehingga aku mencintainya. Apabila aku mencintainya maka aku adalah pendengaran yang ia mendengar dengannya dan pengelihatannya yang ia melihat dengannya dan tangannya yang ia mengancam dengannya dan kakinya yang ia berjalan dengannya. Apabila aia meminta padaku maka aku akan memberinya dan apabila ia berlindung denganku maka aku akan melindunginya" (Riwayat Al-Bukhari).

Namun bercakap pasal orang kafir mempersenda-sendakan Islam ini tidaklah pelik.

Kerana itulah perangai orang kafir. Itulah sikap orang kafir. Mana ada orang kafir baik sangka dengan Allah SWT.

Orang kafir pasti buruk sangka dengan Allah SWT sejak dahulu sampai hari kiamat. Macam juga syaitan. Mana ada syaitan boleh baik sangka dengan musuhnya.

Yang peliknya orang melayu yang mengaku beragama islam turun memainkan peranan mempersenda sendakan Islam.

Misalnya Tun Mahathir Mohammad semasa jadi presiden UMNO dan perdana menteri terang terang mempersenda sendakan Islam.

Bukan dia seorang sahaja malahan yang duduk dibelakangnya turut ikut serta mempersenda sendakan Islam agama yang mereka anuti.

Apa dia kata kepada Islam? Jika hudud dilaksanakan maka "kudunglah tangan tangan orang Melayu".Bila tiada tangan macam mana hendak bekerja untuk cari makan dan menyara hidup keluarga? Mereka Islam sanggup hina agama sendiri.

Bukan setakat itu sahaja, malah ada yang lebih berani dan mengatakan, "kalau hendak makan sup tangan pergilah ke kelantan".

Yang paling menyayat hati kita ada yang tergamak yang mengatakan "kalau mahu maju tinggal dahulu Islam ini".Ini jelas telah menghina agama Islam.

Oleh itu saya tidak pelik jika orang kafir yang ada di negara ini mempersenda sendakan Islam dan perlembagaan, kerana itu adalah kerja mereka.

Malahan itulah perjuangan mereka melalui agenda menghapuskan umat Islam siatas muka bumi Allah ini sepertimana yang pernah dilakukan oleh kerajaan Rusia dahulu.

Wednesday, August 4, 2010

Bayaran pampasan berbeza satu sama lain

Ketika minum pagi di kedai kopi di wakaf Beruas Kuala Terengganu, saya diberitahu oleh orang Bukit Besar bahawa kerajaan Terengganu tidak berlaku adil pada rakyat.

Mana ada kerajaan berlaku adil, terutama sekali pada rakyat yang sokong pembangkang.Inilah padahnya rakyat didahulukan, slogan omomg kosong Datuk Seri Mohd Najib perdana menteri Ke Enam.

Memang tak adil, bayangkan tanah sawah yang diambil untuk dijadikan Bandar baru di Bukit Besar itu bayarannya berbeza satu sama lain. Pada hal status tanah sama tapi malangnya, ada yang dibayar setengah ekar sebanyak RM 180, bermakna RM 360, satu ekar.

Manakala orang lain pula dibayar lebih rendah atau murah. Inilah yang menjadi rungutan penduduk kampong Bukit Besar dan sekitarnya sebagai tanda tidak puashati dengan pihak kerajaan yang memerintah sekarang.

Tapi, itu dibayar juga walaupun murah. Yang malangya ada tanah orang kampong yang diambil untuk buat jalan tidak dibayar langsung.semacam ada unsur khianat yang amat sangat.

Tengok caranya macam Yahudi merampas tanah orang Palestin. Tapi itu Yahudi Tak kan orang Melayu buat macam yahudi juga pada rakytanya sendiri

Bukan setakat tidak dibayar pampasan, malahan dirampas begitu sahaja tanpa sebarang notis oleh pihak kerajaan yang diterajui oleh Datuk Ahmad Said.

Nampak macam tidak benar, tapi ini adalah cerita benar dan bukan sangkaan atau rekaan. Boleh jalan siasatan sendiri jika rasa cerita ini tak betul.

Cerita tiada niat untuk merosakkan reputasi menteri Besar. Tetapiu ia adalah cerita benar yang berlaku pada rakyat yang didahulukan menerima beban oleh kerajaan yang memerintah sekarang.

Tuesday, July 27, 2010

Ajak bersatu, tapi masih buat jahat

Pelik juga ya.hendak bersatu, tapi buat jahat pada Kerajaan PAS. Bukan setakat itu sahaja malahan korek itu dan korek ini. Macam mana ni.

Disini nampak jelas tiada keikhlasan. Yang hairannya orang tengah tak nampak yang dia sudah jadi alat.

Malang sungguh nasib orang tengah.Tak sedar juga.Hendak kata tak faham, dia tersangat arif. Hendak kata salag faham, dia dianggap cukup faham dengan isu itu.

Mungkin dia dah nampak, tapi buat buat tak nampak.

Kalau tak nampak sungguh tak apalah. Macam orang buta.

Orang kata gajah macam tiang kena terimalah, kerana mereka tak nampak sungguh.

Tapi yang hairanya mereka nampak kuman dibserang laut, tapi tak nampak gajah didepan mata.

Lagi pelik, kerana ada orang sokong orang macam itu. Mungkin kerana mereka ulamak. Mana mungkin ulamak ajak orang masuk neraka.Kan dia ulamak mana mungkin tertindak demikian.

Kita kena ingat, ada ulamak riwayat ulamaklah yang dahulu masuk neraka, kerana jahat dengan agamanya.

Ada riwayat ada orang awam yang dulu masuk syurga, kerana baik budi pekertinya.

Apa yang hendak dihairankan, yang hairannya ajak orang bersatu, tetapi masih jahat buat yang tak patut.

Kan Allah larang buat zalim dengan sesiapa jika memerintah. Tapi buat zalim juga.

Thursday, July 15, 2010

PAS dan UMNO tak mungkin bersatu?

Sesetengah Nampak bahawa UMNO dan PAS boleh bersatu. Dan sesetengah pula mahu supaya UMNO dan PAS menjadi satu. Jika UMNO dan PAS bersatu barulah dapat melaksanakan Undang undang Islam yang diperjuangkan PAS selama ini.

Memang kebanyakan bijak pandai Islam Negara ini mengharapkan begitu, tetapi, betul kah begitu> Apakah UMNO bersedia berkorban apa sahaja, kerana syaratnya ialah pengorbanan.

Jika UMNO tidak mahu berkorban apa sahaja jangan diharap ia boleh menjadi realiti.

PAS walaupun sudah membuka pintu kepada orang kafir masih tidak boleh menghulurkan tangan untuk bersatu dengan UMNO.Seolah olah sudah” serik” dengan apa yang pernah diperlakukan UMNO selama berada didalam Barisan.

Ini dapat kita buat kesimpulan adalah mustahil PAS dan UMNO dapat disatukan, tetapi kehendak Allah Subha nahu wataala tiada sesiapa pun tahu.

Kita sedia maklum “pengorbanan” syarat utama untuk UMNO dan PAS bersatu. Jika mana mana pihak tidak sanggup berkorban apa sahaja jangan diharap dapat disatukan. Lebih lebih lagi masing masing ada agenda, termasuk agenda peribadi yang menjadi penghalang besar untuk bersatu.

Kalau kita tengok perkembangan umat islam seluruh dunia dan ini pernah disebut oleh Rasulullah SAW bahawa umat islam akan berpecah kepada 73 puak sah PAS dan umno tidak akan bersatu sampai kiamat miskipun ada usaha untuk menyatukannya.

Perpecahan umat islam yang berlaku di Malaysia sangat jelas dan ketara sejak sekian lama sehingga wujudnya puak puak yang mendakwa puaknya sahaja yang betul termasuk UMNO yang mendakwa ia betul dan ikut menegak dan melaksanakan Islam.

Yang paling malang sekali wujudnya puak puak yang mengaku “nabi” yang jelas dan nyata sesat dan rosak akidahnya. Puak puak ini mengaku puaknya adalah puak Islam yang berbeza pandangan. Malahan mereka mendakwa mazhab mereka tidak sama dengan mazhab yang dipegang oleh UMNO dan PAS.

Kita tidak nafi mereka juga umat Islam, tetapi mereka terdiri dari puak yang ditolak oleh Allah subha nahu wataala, kerana amalan mereka bercanggah dengan amalan yang diajar Oleh Rasulullah SAW.

Apabila PAS mengatakan UMNO menolak Islam, Ada pihak yang mengatakan UMNO menegakkan Islam. Mereka ini buklan calang calang manusia, malahan mereka adalah golongan ulamak yang ada ijazah PHD dan gelaran Professor di pusat pusat pengajian tinggi awam negara.

Walau bagaimana pun UMNO dan PAS kemungkinan satu masa nanti bekerjasama juga atas sebab ketuanan Melayu sepertimana yang pernah berlaku pada tahun 1969 (13 Mei) atau dengan kata lain PAS diperlakukan oleh pakatan rakyat yang memerintah Negara.

Ketuanan Melayu walaupun tudak menjadi teras dan dasar pada PAS, tetapi jiwanya adalah jiwa Melayu yang disebut oleh Allah subha nahu wataala “ berbangsa bangsa” itu jelas dan nyata punyai ikatan yang saling bahu membahu miskipun duduk dalam parti yang berbeza.

Yang memisahkan Melayu PAS dengan melayu UMNO ialah soal dasar dan perlembagaan parti. UMNO dasarnya adalah dasar kebangsaan manakala PAS dasarnya ialah Islam (Al Quran dan as sunnah) yang sama sekali tidak boleh di terima oleh kafir.

Usah orang kafir, UMNO sendiri pun enggan menerima undang undang syariat. Bukan setakat enggan menerimanya malah mereka mempersenda hukum hudud yang digubal dan diluluskan oleh kerajaan negeri Terengganu ketika memerintah pada tahun (1999-2004).

Saturday, July 3, 2010

Terengganu berhutang RM60 juta dengan TNB?

Bulan Mei 2010 hampir semua rakyat Terengganu bising bising, kerana BIL leterik naik mendadak. Pendek kata melambung begitu tinggi. Boleh dikatakan setaip hari ada saja yang bising pasal bil naik begitu tinggi.

Sesetengah merungut BIL bulan April hanya RM60.00 sahaja, manakala BIL bulan Mei naik jadi RM80.00.

Saya naik hairan mengapa boleh jadi begitu. Demikian juga dengan BIL rumah saya bulan Mei RM 90.00, tetapi bulan JUN naik kepada RM 146.00.

Bulan Jun 2010 Datuk Ahmad Said, Menteri Besar yang kecewa ,kerana kerja bersih bumbung stadium yang runtuh dahulu belum dilaksanakan lagi miskipun tender RM 20 juta sudah lulus meminta para wartawan jangan buat fitnah.

Saya tidak nafi menang ada penulis yang buat fitnah. Apakah tulisan bertajuk: Terengganu berhutang RM 60 juta dengan TNB itu suatu fitnah.

Kalau ia fitnah pohon dimaafkan, kerana saya mendapat maklumat dari TNB iaitu dari simber yang tidak meragukan bahawa hutang keseluruhan Terengganu kepada TNB sebanyak RM 167 juta. Betul ke begitu.

Terkejut juga mendengarnya.Hendak kata tak ada duit mustahil. Lebih lebih banyak projek mega dilaksanakan, termasuk membina jambatan Jeram dan jalan Kubang jela ke Jeram Hilir sepanjang 5.6 kilo meter berharga RM 406 juta.Kalau tak ada duit macam mana projek berjalan lancar.

Kalau tak betul mana mungkin orang TNB susah hati kerana didesak oleh TNB pusat bekerja keras untuk punggut hutang tertunggak di negeri minyak ini.

Kerja keras ini bermula Jun, iaitu memotong meter meter rumah rakyat yang hutangnya tertunggak. Tapi malangnya tidak dilakukan pada pihak kerajaan negeri yang berhutang sebanyak RM60 juta itu.

Nampaknya rakyat jugalah yang menjadi mangsa.

Patut pun TNB mengalami kerugian. Adalah mustahil TNB yang tiada persaing dalam urus niaga rugi. Rupa rupanya kerajaan negeri dan pusat sendiri yang membuat GLC milik kerajaan Malaysia rugi.

Rakyat yang didahulukan jugalah yang menjadi mangsa. Sama ada ya atau tidak kenalah Tanya menteri Besar Terengganu yang berusaha membazirkan wang rakyat melalui projek MEGA yang tak MEGA.

Maaf datuk, apa yang saya sebut ini sumbernya datang dari TNB pusat. Bukan Terengganu sahaja yang “buat tahi dan tinggal tahi” malah semua negeri di Negara ini berhutang dengan TNB dengan angka puluhan juta ringgit.