Thursday, March 15, 2018

Pas Kelantan lebih jahat daripada Yahudi zionis?

Dua tiga hari ini kecoh pas Kelantan, bukan Pas Pusat di tuduh lebih jahat daripada  Yahudi zionis.
Hujahnya majlis penbandaran Pasir Puteh hendak roboh pasar Lama pekan tersebut.

Yang peliknya Pas Kelantan dituduh jahat macam yahudi, akan tetapi ada agamawan di Malaysia yang bercermah dalam TV berkata, tiada masalah dengan Yahudi.

Apabila tiada masalah dengan Yahudi, maka boleh, kalau nak jadikan kawan.


Boleh, kalau nak berkawan, bermakna Yahudi tidak jahat. Mengapa tuduh Pas Kelantan jahat  macam Yahudi zionis.

Kalau jahat macam mana dihujahkan boleh dijadikan kawan.

Lagi pelik ada agamawan di Malaysia berkata,  tidak boleh kata kafir musuh Islam.

Bukan satakat tidak boleh kata kafir musuh Islam ,malah ada sesetangah agamawan yang berkeliaran sebagai pendakwah berkata, tidak boleh kata kafir itu kafir. Hujjahnya, kalau dia islam kan?

Kalau begitu Islam pun tidak boleh kita kata dia islam, kerana mana tahu dia masuk kristian (jadi kafir). Sebab sehingga hari sudah ratusan ribu orang melayu islam jadi kafir (kenyataan media mufti Perak Datuk Seri Harusani Zakaria)

Yahudi boleh dijadikan kawan dan orang kafir tidak boleh kata  dia musuh islam dan tidak boleh kata dia kafir bukan isu baru, Malah sudah lama bertapat di Malaysia ini.

Hari ini kerajaan satu Malaysia sudah bawa masuk yahudi yang dahulu sangat sukar untuk memasuki  Negara ini.

Bukti, Yahudi tidak jahat miskipun membunuh 2.5 juta umat islam di Palestin

Atas sebab yahudi boleh dijadikan kawan dan kafir tidak boleh kata yang dia musuh islam.Kerajaan Malaysia bawa masuk yahudi ke dalam Negara ini.

Allah berkata yahudi (kafir) adalah musuhnya . musuh Rasulullah SAW dan musuh Islam.

Hari ini ada agamawan di Malaysia berkata kita tidak boleh tuduh mereka musuh Islam.Sebaliknya boleh buat kawan, kalau mahu jadikan kawan.

Sekarang ini semua sedia maklum dan sudah faham,bahawa Allah telah berkata dalam Al Quran kafir adalah musuh Islam. 

Anehnya ada agamawan berkata kafir bukan musuh Islam (tidak boleh kata mereka musuh Islam)

Allah yang kata kafir musuhku, musuh Rasulullah SAW dan musuh Islam.Orang Melayu  Pasir putih Kelantan tuduh Pas lebih teruk daripada Yahudi.

Dan juga ada yang berkata pas Kelantan lebih teruk daripada zionis, kerana hendak roboh pasar lama Pasir puteh.

Kita kena umno. Umno  parti orang Melayu. Pas juga parti orang melayu di beri nama parti Islam semalaysia.Kita kena Pan, juga orang Melayu serpihan Pas.

Keempat empat parti ini (umno, Pas, BERSATU dan PAN) bermusuh satu sama lain. Lebih lebih lagi dalam demam piliharaya umum ke.4

Hari ini umno dan pas walaupun masih bermusuh, tetapi telah, boleh dan sedang bekerjasama pada konsepsi amar maaruf.

Manakala konsepsi  nahi mungkar tiada kaitan dengan pas .Pas masih tidak setuju dengan kemungkaran yang dilakukan oleh umno.

BERSATU yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pan yang di terajui Mohamad Sabu menganggap pas adalah musuh utama yang diserang bertubi tubi.

Serangan itu dikepalai pengerusi Pakatan harapan Tun Dr Mahathir Mohammad dengan kerjasama Mohamad Sabu

Yang peliknya mereka orang melayu. Sudah tentu orang melayu itu orang umno, orang BERSATU dan orang PAN buat tuduhan,  pas Kelanatan jahat macamyahudi. Jahat, kerana nak roboh pasar lama pasir puteh.

Mereka seakan yakin usaha majlis bandaran Pasir Puteh yang dating hendak  merobohkan pasar lama pasir Puteh itu semacam ada persamaan dengan usaha Yahudi yang telah dan  sedang meroboh rumah rumah umat islam di Palestin.

Samakah? nak roboh pasar lama pasir Puteh dengan yahudi yang meroboh rumah rumah umat islam di palestin.

Sudah tentu tak sama. Yahudi roboh rumah rumah umat Islam palestin untuk dijadikan hak mereka .

kerja tersebut adalah kerja merampas hak umat islam.Tapi kerja majlis bandaran pasir Puteh nak roboh hak milik kerajaan Kelantan.

Pasar lama Pasir Puteh bukan hak milik perniaga pekan tersebut. Ia adalah milik kerajaan dan kerajaan sudah sediakan pasar baru yang dikatakan sangat trategik berbanding pasar lama.

Meroboh pasar lama pekan pasir Putih Kelantan itu sudah tentu jauh bezanya dengan yahudi yang meroboh rumah rumah umat islam di Palestin..

Peniaga peniaga pasar lama pekan pasir Putih sudah diberi amaran untuk pindah ke pasar baru yang disediakan oleh kerajaan pas Kelantan.

Perniaga peniaga enggan pindah. Mereka Enggan berpindah. Enggan  merupakan sifat degil.Degil sifat yahudi

Allah memberitahu kepada kita Yahudi orang yang paling degil. Jadi degil itu ada pada yahudi.Jika kita degil maka kita memiliki sifat yahudi.

Macam mana mereka menuduh pas Kelantan jahat macam  yahudi,sedangkan apa yang dilakukan itu suatu yang tidak bercanggah dengan Islam.

Kerajaan Pas Kelantan nak roboh bangunan lama pasar pekan pasir Puteh dan sudah disediakan sebuah pasar baru yang dikatakan juga strategic dan baik untuk perniaga tempatan.

Yahudi adalah musuh Allah musuh Rasulullah SAW dan musuh Islam, Sekarang ini pas pula di katakan Yahudi oleh orang  musuh politiknya  di Pasir Puteh Kelantan.

Tak semena mena pas Kelantan pula yang jadi musuh Allah, musuh Rasulullah SAW dan musuh islam.Wow. Ya ke.Tak munasabah langsung. macam tak masuk akal je.

Sesungguhnya  ini  bersesuai dengan hujah Ustaz Ahmad Awang,yang berkata, pas bukan parti Islam sebenar. Parti islam sebenar adalah parti Pan yang diterajui Mat Sabu.

Inilah karenah orang  politik yang pernah menjadi reality sebelum ini dan tidak musthil ia akan lebih buruk dan teruk dalam waktu sedang demam pilihanraya umum yang bakal diadakan bila bila masa sahaja daripada sekarang.

Saturday, March 10, 2018

Apa yang anda fikirkan?


Penulis fikir seribu kali fikir, malah sudah pergi kepada angka jutaan kali fikir. Fikir mengenai Pas dan pucuk kepimpinannya.

Pucuk memang lembik dan lembut berbanding dahannya. Demikian juga akarnya. Akar memang kuat dan kukuh.

Maka, Akar umbilah membuat pas masih boleh bertahan miskipun sudah banyak kali ditimpa musibah.

Musibah yang paling buruk dan teruk, selepas ditendang BN pada 1978 sehingga hampir hampir kehilangan nyawa.

Pada tahun 1982 dapat disambung semula nyawa yang hampir hampir putus itu.
Kemudian pada tahun 1990 Pas bekerjasama dengan Parti Semangat 46 yang di terajui Tengku Razaliegh Hamzah yang dijenamakan sebagai Angkatan. Angkatan perpaduan ummah.

Pas Kalah selama 12 tahun di Kelantan dan dapat menang dan memerintah semula selama 28 tahun sampai hari ini dan dikatakan akan kekal selepas PRU 14 nanti.

Mohamad Sabu yang dikatakan sangat gemar memandu laju lebih had itu juga turut menang jadi MP parlimen Kubang Kerian Kota Bahru Kelantan selama dua penggal.

Menteri Besar waktu itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga gemar memandu laju, tetapi  tak sampai lebih had laju menang bergaya dalam siri siri PRU,

kecuali pada PRU 12 hampir hampir nak putus nyawa dan Pas kalah teruk di Terengganu yang bermenteri besar Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang juga di katakan gemar memandu laju, tapi tak lebih had berbanding Mat Sabu yang sering terlebih had yang dihadkan.

Pas menang di Kelantan dikatakan atas sebab bekerjasama dengan parti serpihan umno iaitu semangat 46.Kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menteri besar kemenangan Pas mendapat pertolongan dari langit.

Pas menang di Terengganu pada PRU 11 atas sebab bekerjasama dengan parti keadilan rakyat parti serpihan umno yang diketumi  Datuk seri Anwar Ibrahim reformasi.

Kata kebanyakan pemimpin Pas Terengganu kemenangan itu adalah pertolongan dari umno. Pas menang kerana umno bukan kerana Allah

Dan Kalah teruk di Terengganu pada PRU 12 kerana masih tidak mahu ambik pengajaran, lantas pada tahun 2008 bekerjasama pulak dengan DAP anak PAP Singapura parti anti Melayu dan anti Islam.

Ketika bekerjasama dengan DAP Pas menang parlimen 26 kerusi. DAP menang 39 kerusi dan PKR menang 30 kerusi.Dapat menafikan  dua pertiga Umno/BN

Tak disangka sangka pas menang dan memerintah Kedah bermenteri besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang juga dikatakan gemar memandu laju.

Ketika bekerjasama dengan DAP presiden pas kelihatan masih gemar memandu laju lebih laju daripada biasa. Luar biasa sekali.

Sebelum ini beliau memandu dengan had kelajuan yang belum lebih had kelajuan.
Tak disangka sangka presiden semakin ghairah dengan kegemaran memandu laju.Kadang kadang terlebih had yang telah dihadkan

Dinyatakan oleh sesetengah pucuk kepimpinan bahawa kristian hari ini tidak lagi memusuhi Islam. Boleh kawan dengan Yahudi.Orang orang DAP kafir zimmi.

Presiden masih berminat untuk memandu laju ketika bekerjasama dengan umno atas nama amar maaruf nahi mungkar,walaupun tidak bergabung.

Dahulu bukan main marah dengan Yahudi, sekarang ini sudah tak marah lagi dengan yahudi yang hari  hari bunuh umat Islam Palestin.  

Hari ini kerajaan umno/BN dah bawa masuk Yahudi, iaitu bawa masuk musuh dalam rumah sendiri, kerana Pas dah tak marah lagi.

Cuba anda bayangkan apabila yahudi dan sudah boleh masuk dalam Negara Malaysia. Apakah yang akan berlaku suatu masa nanti.

Dahulu Yahudi tidak boleh masuk Negara kita kerana Pas sangat murka . Hari ini apabila sudah bekerjasama dengan umno/BN pas dah tak marah lagi.Baguslah tu.

Oleh itu, sewenang wenangnya yahudi musuh Allah dan musuh Rasulullah SAW yang telah membunuh 2.5 juta umat Islam di Palestin diberi tempat istimewa dalam Negara ini.

Dikatakan,sudah ada gereja  kecil dibina di Bukit Jalil?

Pada hal Rasulullah SAW melarang kafir zimmi membaiki gereja yang rosak dan larang memberi tempat istimewa kepada kafir zimmi yang miskipun dinyatakan, barang siapa memusuhi kafir zimmi maka mereka itu memusuhiku.

Hari ini pas sudah buat keputusan bahawa 9 calon orang bukan Islam akan bertanding atas tiket pas di negeri Sembilan atas sebab china Aceh menerima undang undang Islam.

Memang china dan India Kafir yang jadi penyokong Pas tak sama dengan china India yang duduk dalam DAP.

Mereka orang orang kafir. Tapi mereka dalam DAP itu adalah kaum kafir yang dinyatakan Allah “Dan (ingat) Allah tidak beri petunjuk kepada kaum kafir.

Hakikatnya China Aceh memang tak sama dengan china Malaysia. China Aceh tidak boleh berpolitik manakala china Malaysia bebas berpolitik dan boleh ambil kuasa bila bila masa.

China Malaysia ada persamaan dengan China Negara China yang tidak membenarkan umat Islam Negaranya berpuasa. Jika berpuasa mereka dipaksa berbuka.Umat Islam dihalang belajar agama di masjid masjid.

Cuba anda bayangkan betapa hadis sahih lagi hasan diatas.Bagaimana pula dengan perkara ini.

Inilah yang penulis duk fikir dan fikir berkali kali mengapa presiden pas masih minat dan gemar memandu laju lebih had yang telah dihadkan.

Masih tidak serik serik dengan kemalangan yang berlaku keatas bahtera pas yang sedang berlayar dilautan bergelora.

Termasuk berani membuat keputusan yang bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW yang membuat ahli akar umbi benggung seketika dibuatnya.

Apakah ianya feqah politik yang dibenarkan oleh Islam?


   

Friday, March 2, 2018

Pakatan Harapan puak amar maaruf nahi mungkar?


Untuk meraih undi orang Melayu Lim Guan Eng yang dikata sebagai seorang kafir zimmi oleh Datuk Dr Danial Zainal Abidin mengatakan pakatan harapan adalah puak amar maaruf nahi mungkar.

Sebelum ini, ketika bersama dengan Pas, Lim Guan Eng  mengatakan kerajaan Pulau Pinang  memerintah ikut kerajaan Umar Abdul Aziz.

Percayalah.semua itu adalah bohongan belaka. Peliknya orang Melayu Islam masih percaya dengan kata kata seumpama itu

Kebanyakan orang Melayu dan orang Pas sendiri percaya merut sehingga tergamak pucuk kepimpinan parti mengatakan Kafir DAP adalah kafir zimmi.Atas hujah Kafir yang mahukan Islam.

Sehari dua ini, Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang mengulangi bahawa DAP takut kerana ada orang kafir china yang mahukan Islam.

Buktinya, Orang china kristian di Aceh pilih undang undang  Islam. Sedangkan orang china di Malaysia sangat berbeza faham berbanding orang china (kafir) di Indonesia.

Mereka tidak punya power dalam arena politik berbanding dengan mereka yang duduk di Malaysia. China kafir Malaysia boleh tubuh parti politik dan boleh jadi kerajaan jika menang dalam suatu pilihanraya lima tahun sekali.

Bukan setakat itu sahaja, malah china Malaysia apabila dapat memerintah Malaysia boleh buat apa sahaja hatta  pinda perlembagaan Negara yang sedia ada atas kapasiti majority dua pertiga.China kafir di Indonesia tiada apa apa kuasa dalam bidang politik,

Oleh itu,  mahu tidak mahu mereka kena akur dan pasrah dengan undang undang Islam di Aceh. Amat berbeza dengan china kafir di Malaysia. Mereka dibenarkan oleh perlembagaan persekutuan untuk berkuasa atas nama negara demokrasi.

Minggu ini Lim Guan Eng buat kenyataan media bahawa pakatan harapan DAP, BERSATU, Amanah dan Parti Keadilan rakyat (PKR) dikatakan sebagai satu puak yang akan  mengajak berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan.

Perkara ini seiring dengan firman yang maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang orang yang berjaya.(surah Ali Imran ayat 104).

Menurut tafsir Al Jalaalain, bahawa kalimah al khair (kebajikan) yang disebut dalam ayat ini, maksudnya ialah Islam. Dalam hadis pula Rasulullah SAW  menerangkan al-khair  yang tersebut dalam ayat ini ialah menurut ajaran Al Quran dan sunnahku (tafsirAl-Alusi 4: 19).

Barangkali kebanyakan orang Melayu Islam di Malaysia percaya dengan apa yang dikatakan oleh Lim Guan Eng.

Bukan setakat orang Melayu beragama Islam yang percaya merut, malah sudah ada pendakwah yang iktiraf kafir DAP bukan kafir harbi. Bermakna mereka adalah kafir zimmi kerana mereka warga Negara Malaysia.

Dan dikuatkan hujah itu dengan kenyataan media Mufti Perlis, Dr Maza bahawa lebih baik berada dibawah kerajaan kafir yang adil daripada berada dibawah kerajaan islam yang zalim.

Pada hal Allah menjelaskan menerusi firman yang maksudnya: Sesiapa uang menyembah tuhan yang lain bersama sama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya  hitungan nya (balasan amalnya yang jahat itu) disediakan disisi Tuhannya. Sesungguhnya orang orang yang kafir tidak akan berjaya.(surah Al Mukminum ayat 117)

Kita nak tanya ada ke kerajaan kafir yang adil, sedangkan setiap orang kafir telah menzalimi diri sendiri . terutama sekali mereka telah menolak hidayah Allah dan Allah menjelaskan yang dia tidak memberi pertunjuk kepada mereka yang kafir.

Sehubungan dengan itu, Allah telah menjelas dan menyatakan mereka ini (kafir) akan membuat bencana dan kerosakan di muka bumi ini.

Lihat Firman Allah yang maksudanya: “Dan apabila dikatakan kepada mereka jangan kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi. Mereka menjawab. Sesungguhnya kami orang orang yang hanya membuat kebaikan (surah Al Baqarah ayat 11)

Allah memberitahu kita sebagaimana firman yang maksudnya: Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang orang yang sebenar benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedari (surah Al Baqarah ayat 12)

Orang orang kafir sedar yang mereka telah melakukan bencana dan kerosakan di muka bumi ini. Yang tak sedar, ialah orang orang Melayu yang mengaku beragama Islam.
Pelik, masih ada yang percaya dengan tipu daya orang orang kafir dan berkata mereka mahukan Islam. Kalau mereka mahukan Islam, mereka pasti akan masuk Islam.

Sekarang jauh sekali nak masuk Islam, malah kebanyakan bergerak cergas menghina Islam bersama orang  orang Islam yang mempersenda sendakan hukum huduh yang diperjuangkan PAS.

Yang peliknya,sehingga boleh percaya yang orang DAP (kafir) mereka satu puak yang akan menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kejahatan.

Pada hal Allah telah menyatakan dengan sejelas jelasnya akan perangai orang kafir dalam ayat diatas.

Lagi pelik, ada sesetengah para pendakwah mengatakan kita tidak boleh buruk sangka dengan manusia hatta manusia kafir sekalipun.Hatta yang membunuh 2.5 juta umat islam di Palestin?

Yang mendukacitakan,antaranya ada yang tergamak isytihar kafir DAP adalah kafir zimmi.

Ingat, kita dilarang menyakit kafir zimmi, akan tetapi tidak boleh diberi tempat istimewa kepada mereka termasuk tidak boleh diangkat jadi pemimpin masyarakat.

Malaysia adalah Negara demokrasi, maka mereka boleh tubuh parti bergiat aktif dan boleh untuk menjatuhkan kerajaan umno/BN yang di terajui Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Hari ini di jaja seluruh pelusuk Negara bahawa DAP hendak menjatuhkan kerajaan umno/BN menerusi pakatan harapan.Memang tidak jadi sebarang kesalahan, kerana itu adalah hak mereka yang dibenarkan oleh perlembagaan Persekutuan.

China di Indonesia tiada hak berbuat macam China di Malaysia, namun demikian mereka kena akur dan pasrah dengan undang undang Islam di Aceh dan memilih berhukum dengan undang undang islam.

DAP hendak menjatuhkan kerajaan tidak pelik, kerana itu adalah agenda orang orang China yang ada kerakyatan (warga Negara) sejak sekian lama.

Yang lagi pelik, orang orang China parti MCA dan orang orang China parti GERAKAN bersubhat sama untuk jatuhkan kerajaan umno/BN sejak dahulu dan selama lamanya.

Buktinya, DAP menang PRU 13 sebanyak 39 kerusi, hanya beberapa kerusi saja di menangi MCA. Manakala GERAKAN KO terus.

Apa macam Tun Dr Mahathir,pengerusi  Pakatan harapan,Datuk Dr Danial Zainal Abidin, pendakwah tersohor dan Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin mufti Perlis.

  

Tuesday, February 27, 2018

Mat Sabu, Husam Musa.Apa macam



Sebelum ini kerajaan Pas Kelantan dikatakan akan tumbang dengan teruk dan buruk. Hari ini Kelantan dikatakan Kekal di tangan Pas.

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi,timbalan perdana menteri ketika melawat negeri itu, minta, sudah 28 tahun dah dengan Pas,marilah pulak dengan BN.

Kelantan,  kata penganalisis politik  Prof Mohd Fuad Mat Jali.Kekal di tangan Pas. Apa macam Mat Sabu apa macam Husam Musa yang pernah berkata Pas akan hilang Kelantan pada PRU 14  nanti.

Sebelum ini penulis ada dengar. Telinga yang mendengar bahawa Pas hanya boleh menang dua kerusi sahaja pada PRU 14 nanti

Semua kerusi DUN yang dimenangi akan kalah. Cuma kerusi DUN Pasir Pekan yang dimiliki Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakub dan kerusi yang dimiliki timbalan menteri besar Datuk Nik Amar Nik Abdullah kekal.

Dua kerusi itu sahaja yang boleh di menangi oleh Pas. Manakala lain lain kerusi akan hilang dan akan dirampas oleh calon calon dari parti Amanah.Dirampas parti amanah ke atau dirampas umno/BN?

Apa macam Cikgu Wan Abdul Rahim wan Abdullah orang kuat yang kelihatan tak berapa kuat dah sekarang ini.

Husam musa kelihatan masih kuat semangatnya. Tapi kuatnya itu hanya kuat lajak daripada laju, macam motosikal tua tiada power.

Bercakap pasal kelantan kekal di tangan Pas, teringat penulis penganalisis politik yang jarang bercakap.Tapi cakapnya kebanyakannya jadi realistik.

Hari ini beliau,  Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin,parti yang akan menang dalam PRU parti yang akar umbinya kuat gerak kerjanya.
Miskipun rebutan undi Melayu pada PRU14 adalah sengit.

Apa tidaknya. Dahulu perebutan undi Melayu hanya terbahagi kepada tiga sahaja.iaitu umno, Pas dan PKR. Hari ini sudah jadi lima iaitu parti Amanah, juga bersatu yang  mengharapkan undi orang melayu.

Di Negeri Kelantan undi melayu yang dahulunya terbahagi kepada dua. undi untuk umno dan undi untuk pas dan kali ini undi untuk Amanah dan undi untuk bersatu pulak pada PRU 14 nanti.

Kata Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin perebutan undi Melayu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 dijangka sengit dan akan dimenangi oleh parti yang mempunyai gerak kerja terkuat di akar umbi.

Parti yang gerkkerja terkuat di akar umbi tidak lain dan tidak bukan ialah parti umno dan parti Pas.Maka jangan diharap amanah  menang  dan memerintah Kelantan selepas  PRU 14 nanti.

Amanah yang dikatakan akan menang dan memerintah hanya dapatannya dapat  goyang punggung dan goyang jari jemari sahaja. Tidak lebih daripada itu. Percayalah.

Apa tidaknya. Sekarang ini parti amanah tidak ada jentera pilihanraya . Demikian juga parti Bersatu yang mendakwa dia kuat dan berpengaruh.

Gerak kerja akar umbi parti ada dalam cawangan cawangan parti. Sekarang ini berapa banyak kah cawangan yang dapat dtubuhkan oleh amanah dan bersatu di seluruh negara. Hatta dikelantan sekali pun mana ada cawangan amanah dan bersatu yang ditubuhkan.

Apa macam Datuk Kamaruddin Mat Nor dengan ramalan  penganalisis politik Prof Mohd Fuaz Mat Jali yang mengatakan pas kekal sebagai kerajaan selepas PRU 14 nanti.

 kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin sehebat mana pun seseorang pemimpin itu tetapi tanpa akar umbi yang boleh bergerak, sukar untuk mereka mendapatkan sokongan.

Oleh itu, harapan pakatan harapan untuk menumbangkan kerajaan Pas di kelantan akan jadi mimpi siang hari. Apatah lagi untuk memerintah Malaysia selepas PRU 14 yang bakal diadakan pada Mei ini.



Wednesday, February 21, 2018

Lim Guan Eng kafir zimmi?



Datuk Dr Danial Zainal Abidin yang berkata dan isytihar bahawa Lim Guan Eng kafir zimmi  menyanggah fatwa Mufti Pahang bahawa  DAP kafir harbi dalam satu kenyataan media tidak lama dahulu.

Datuk Dr Danial Zainal Abidin kecewa dengan fatwa Mufti Pahang dan berkata Lim Guan Eng rakyat Negara ini ada Kad pengenalan.

Dan lantas  berkata, setiap warga Negara Malaysia, termasuk Lim Guan Eng ketua menteri Pulau Pinang, setiausaha agung DAP, dia kafir zimmi.

Inilah fatwa yang dibuat oleh Dr Danial Zainal Abidin dalam suatu syarahan dakwah menyanggah fatwa mufti Pahang yang mengatakan DAP kafir harbi.

Bercakap pasal kafir zimmi teringat penulis, bahawa untuk menentukan seeorang itu sama ada mereka kafir harbi dan kafir zimmi, ia mesti menerusi suatu akad iaitu akad zimmah dan hukum hukumnya.

Akad zimmah adalah jaminan bagi orang orang kafir yang memenuhi seruan kaum muslimin untuk menyerah upeti dan membuat perjanjian pula dengan kaum muslimin untuk mengikuti hukum syariat Islamiah, dalam bidang had, seperti pembunuhan pencurian dan yang berkaitan dengan martabat.

Orang  yang mengurus dan layak mengadakan akad zimmah adalah imam atau wakilnya dari pimpinan angkatan tentera bersenjata sahaja. Selain keduanya tidak mempunyai hak untuk mengurus hal itu.

Berbeza dengan memberikan perlindungan atau yang setiap muslim lelaki atau perempuan dapat melakukannya sepertimana maksud hadis Ummu Hani binti Abu Talib telah memberi perlindungan kepada seorang lelaki musyrik pada waktu kejatuhan kota Mekah, lalu ia datang dan menceritakanya kepada Rasulullah. Beliau bersabda kita melindungi dan memberi tanggungan kepada orang yang  kamu telah lindungi dan beri jaminan, wahai Ummu Hani ( Bukhari)

Ahli zimmah harus beerbeza dengan kaum muslimin, baik dalam hal berpakaian atau pun yang lainnya, agar mereka mudah dikenali. Mereka jangan dikuburkan di perkuburan kaum muslimin dan jangan mengucap salam lebih dahulu kepada mereka, dan jangan menletakkan mereka ditempat terkemuka didalam suatu masjlis.

Ahli zimmah dilarang melakukan beberapa hal, antara lain dilarang membangun gereja, menjualnya, atau memperbaharui yang telah hancur sepertimna sabda Rasulullah yang maksudnya: “Jangan membangun gereja ditempat umat Islam dan jangan memperbaharui bangunan gereja yang sudah roboh”

Jangan meninggikan bangunannya melebihi ketinggian bangunan rumah kaum muslimin sepertimana sabda Rasulullah yang maksudnya:  Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya (Baihaqi, hadis hasan).

Dilarang terang terangan  meminum minuman arak , makan daging babi dihadepan kaum muslimin dan dilarang makan dan minum pada siang hari di bulan Ramadhan.
Sebaliknya wajib bagi mereka menyembunyikan segala yang haram bagi kaum muslim kerana takut akan menjadi fitnah bagi kaum muslimin.

Akad zimmah batal kerana beberapa hal, antara lain tidak mahu menyerahkan upeti. Tidak mahu berpegang kepada hukum hukum syariat sebagaimana di persyaratkan didalam akad.

Bertindak melampaui batas terhadap kaum muslimin seperti membunuh, merompak dijalanan, memberi tempat kepada pihak musuh Islam.termasuk tidak bersetuju kerajaan hendak memperkasakan undang undang Islam dan menganjurkan pesta arak.

Menyebut nama Allah, Rasulnya dan kitabnya dengan sebutan yang buruk , termasuk mengatakan Al Quran kitab yang ditiru daripada kitab terdahulu.

Kewajipan kaum muslimin sekaligus merupakan hak bagi Ahli zimmah, adalah menjaga nyawa, harta, kerhormatan mereka.

Dilarang menyakiti mereka selama mereka memenuhi janjinya serta tidak melanggarnya sepertimana sabd Rasulullah yang mekasudnya;

 “Barangsiapa yang menyakiti kafir zimmah, maka aku akan menjadi musuh orang itu pada hari kiamat nanti.”

Jika mereka melanggar janjinya dan membatalkannya dengan mengerjakan sesuatu yang membatalkan perjanjian, maka halallah darahnya dan hartanya (maka harbilah mereka) akan tetapi tidak halal darah wanita dan anak anaknya kerana seseorang tidak boleh diseksa atas perbuatan orang lain.



Sunday, February 18, 2018

Hebat Mohamad Sabu



Memang Mohammad Sabu seorang tokoh politik yang hebat. Hebat sungguh. Sungguh hebat.

Mengapa tidak? Bayangkan ketiga tiga tokoh daripada parti Islam Semlaysia (PAS) yang selama ini sangat dikagumi dan disanjungi itu dipertikaikan.

Dengan kata lain Mohammad Sabu ketika berceramah di Kelantan baru baru ini mempertikaikan ketokohan bekas presiden Pas ustaz Fadzil Mohd Nor.

Bukan setakat itu sahaja beliau mempertikaikan ketokohan bekas mursyidul Am PasTok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini beliau cuba memburuk buruk nama baik Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di khlayak ramai menerusi siri ceramahnya.

Hari ini beliau berkata "Sekarang saya menjadi Presiden Parti AMANAH. Saya tidaklah sehebat Ustaz Fadzil Mohd Noor, tidak langsung sehebat Tok Guru Nik Abdul Aziz, juga tidak sehebat Tok Guru Haji Hadi. Saya hanyalah pemimpin kecil, memimpin sebuah parti.

Kata beliau lagi,Sebarang keputusan kami ambil secara perundingan, secara perbincangan. Kerana dalam AMANAH tak ada pemimpin yang boleh dictate, yang boleh mengatakan "ini", "buat ini", "jangan buat itu". Kerana kita cuba selesaikan dalam bentuk musyawarah dan keputusan terbaik kita ambil. Sebab itulah saya tidaklah menjadi ketua setahap pemimpin-pemimpin yang saya sebut tadi."

Bermakna belaiu buat keputusan secara rundingan dan ketiga tiga tokoh dua orang bekas pemimpin pas buat keputusan secara peribadi yang dinyatakan buat ini dan jangan buat itu.

Sesungguhnya dari segi agama Islam keputusan yang yang terbaik dibuat secara rundingan (syura) dan amat buruk jika setiap keputusan dibuat mengikut hawa nafsu (peribadi).

Yang pelik lagi aneh Tun Dr Mahathir Mohammad yang di tuduh diktatur dan maha firaun serta zalim dikagum dan sanjungi semula.

Pada hal Tun Dr Mahathir yang dikatakan sudah berubah oleh Anwar Ibrahim masih itu tak nampak tanda tanda yang dia sudah berubah.

Ini menunjukkan dia (Tun DR Mahathir) dikatakan oleh Dr Badrul Amin sudah bertaubat, akan tetapi kelihatan masih belum bertaubat lagi.

Kalau Tun Dr Mahathir sudah bertaubat mana mungkin masih mempersenda sendakan Islam dengan isu jika babi disembelih sebut nama Allah.

Kesimpulannya, bahawa Tun Dr Mahathir yang bekerjasama dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang jelas dan nyatakan menentang syariat Allah itu lebih baik berbanding Ustaz Fadzil Mohd Nor, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.