Sunday, May 11, 2008

kuasa Melayu semakin hari semakin terhakis



Betulkah sokogan umno tidak merosot? Kalau tidak merosot mana mungkin prestasi parti itu menurun dalam musim pilihanraya umum ke 12 lepas.

Pelik juga menurun dikatakan tidak merosot. bermakna masih kuat.Macam mana boleh kita dakwa yang umno masih kuat sedangkan sudah merosot.Mungkin kuat tetapi tidak kukuh.

Inilah sikap nagetif yang dimiliki oleh para pemimpin orang Melayu sejak dahulu sehinggalah sekarang ini.

Menurut kamus dewan Bahasa dan Pustaka: istilah merosot ialah tergelincir turun.bermakna sudah berada dibawah. Kemerosotan ialah perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan dll) ada hubungan dengan kejatuhan dan kemunduran. Manakala istilah “nurun” ialah duduk dari tempat yang lebih tinggi ketempat yang lebih rendah. Menakala istilah menurun ialah menjadi “kurang” daripada biasa.

Apabila sebut sahaja kurang maka ianya mempunyai hubungkait dengan “nilai” yang juga disebut “mutu” atau “kualiti”yang lawannya ialah “kuantiti”. Benar Umno sekarang ini masih ada kuantitinya, tetapi kualiti sudah kurang berbanidng sebelum.

Walaupun perdana menteri Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi bukan melayu tulen tetapi beliau juga memiliki sikap nagetif Melayu “biar papa asal bergaya”. Sebab itu beliau tidak mahu mengaku yang UMNO tidak mengalami kemerosotan sokongan daripada orang Melayu biarpun prestasi parti itu agak menurun dalam pilihan raya umum ke 12 lepas.

Kita bimbang dan takut-takut para pemimpin dibawah kepimpinannya “menurun” iaitu kemasukan roh halus kedalam tubuh mereka dan berada didalam keadaan tidak sedar Umno akan hancur lebur di makan ana-ana.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mungkin tidak sedar kualiti Umno sudah hilang. Kalau beliau sedar mana mungkin beliau mengatakan UMNO masih kekal tunjang kekuatan Melayu, itulah hujahnya.

Kita tidak nafi Umno tunjang kekuatan melayu sebelum ini. Tetapi apakah tunjang itu masih kuat dan kukuh? Kalau masih kuat dan kukuh, mana mungkin boleh merosot dan menurun.

Kita setuju para pemimpin Umno era ini mendakwa yang UMNO tetap dengan perjuangan asal dan tetap mempertahankan maruah Melayu. Sesiapa sahaja boleh mendakwa,Tetapi apakah Umno dahulu dan sekarang berupaya mempertahankan maruah Melayu?

Memang orang Melayu tidak meninggalkan UMNO sebab itu Umno masih ada 79 kerusi parlimen dan mempunyai 85 peratus sokongan. Apakah benar kuasa Melayu belum terhakis sepertimana yang didakwa oleh perdana menteri itu.

Sikap tidak apa dan tidak mahu mengaku lemah yang ditunjukkan itu juga telah lama bersarang didalam jiwa orang melayu. inilah yang membuat kekuatan orang melayu terhakis tanpa disedari seluar dalamnya hampir hampir terlondah.

Sebab itulah para pemimpin melayu yang jadi perdana menteri satu demi satu,timbalan perdana satu demi satu, menteri menteri satu demi satu dan timbalan menteri satu demi satu dan menteri besar-menteri besar satu demi satu dan exco-exco satu demi satu sebuk buat harta setelah diberi amanah oleh rakyat.

Bukan setakat itu sahaja malah para pemimpin kini menolak dakwaaan yang UMNO tunduk kepada tekanan parti komponen BN dan menafi sepenuh-penuhnya. Ini juga satu penyakit yang dihidapi dan perlu dirawat segera. Kalau tidak penuh ranahlah orang Melayu.

Kalau benar umno tidak tunduk kepada desakan kompenen BN mana mungkin boleh jadi begini. Rasuah bermaharaja lela. Salahgunakuasa berleluasa.Penyeleweangan suatu yang lazim. Oleh kerana sangat takut dengan desakan, Ketua pergerakan pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Husein memohon maaf tanpa buat kesilapan.

Apakah mencium keris semasa di perhimpunan agung Umno itu merupakan suatu kesilapan sehingga terpaksa memohon maaf. Tindakan memohon maaf itu menunjukkan para pemimpin Umno takut dengan desakan dan tekanan. Bermakna Umno tunduk membuta tuli.

Apakah ia merupakan satu ancaman terhadap kepimpinan Umno? Kerana hanya mencium keris lambang kekuatan Melayu para pemimpin sudah mengelabah tidak tentu hala.

Tergamak Perdana Menteri mengatakan tidak timbul soal tunduk dengan tekanan, kerana apa juga keputusan yang dibuat dalam BN ia dilakukan secara konsensus.Betulkah ianya dilakukan secara consensus.

Kalau keputusan yang dibuat dalam BN dilakukan secara konsensus mana mungkin kedudukan orang melayu semakin hari semakin lemah selemahnya.Kuasa orang Melayu Pulau Pinang boleh dijadikan contoh.

Kalau kuasa umno tidak lemah mana mungkin Datuk Seri Abdullah memberikan pesanan kepada ahli-ahli parti dengan berkata, “Kita tidak ada masa untuk bertelagah atau memikirkan mengenai apa jawatan yang perlu kita pegang semata-mata kerana ada Mesyuarat Agung.’’

Ini menunjukkan kuasa Umno sudah lemah.Kalau tidak mana mungkin memngaingatkan ahli-ahlinya supaya jangan berbalah. Semua orang ketahui bahawa berbalah itu punca lemahnya kuasa. Bukan setakat lemah malah umno boleh runtuh dan hancur jika asyik bergelagah sesame sendiri.

Kita sedia maklum bahawa selepas enam dekad, UMNO telah mengalami pelbagai peristiwa, rintangan dan cabaran politik dalam sejarahnya. Ujian dan cabaran ini datang dalam pelbagai bentuk.

Yang terbesar adalah masalah parti-parti serpihan yang tumbuh dan tertubuh apabila beberapa pemimpin yang tidak puashati dengan Umno dan kepimpinan telah membawa pengikut-pengikut mereka keluar parti.

Tertubuhnya Pas pada tahun 1951; Parti Negara yang dipimpin sendiri oleh Datuk Onn, Pengasas UMNO; Parti Melayu Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan yang mutakhir ini adalah PKR di bawah pimpinan "de facto leader"nya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak dinafikan apapun yang berlaku, sejarah telah membuktikan bahawa UMNO terus dengan perjuangannya untuk membela orang-orang Melayu, orang-orang Islam dan di samping itu menjadi pelopor kepada perjuangan untuk semua orang Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa

Tetapi apakah ia suatu yang reality atau dia hanya dakwaan semata-mata.Kalau dia reality mengapa para pemimpinnya keluar parti menubuhkan parti lain yang lebih baik berbanding dengan Umno yang ada masa itu.

Atau dilakukan semata-mata bagi mendapat tempat dan perhatian semua rakyat dalam negara ini.Tidak lebih daripada itu.

kita memang tidak pernah lupa, di sebalik peristiwa-peristiwa bahawa UMNO terus memenangi setiap pilihan raya umum bermula dari pilihan raya pertama pada tahun 1955 dan seterusnya, selama 12 kali berturut-turut termasuk pilihan raya umum ke 12 lalu.

Tapi kita hairan dengan keputusan pilihan raya umum (PRU) lalu yang menunjukkan sokongan orang Melayu di beberapa negeri semakin terhakis dan UMNO tidak lagi dilihat sebagai tunjang kekuatan Melayu?

Kalau diperhatikan secara teliti akan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, UMNO dikatakan tidak mengalami kemerosotan,kerana memenangi 85 peratus daripada kerusi yang ditandinginya, tetapi bagaimana majoriti yang telah diperoleh oleh calon-calon UMNO kurang daripada yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2004.Apakah tidak merosot namanya? Kuatitinya masih ada tetapi kualiti sudah hilang.

Kita percaya orang Melayu tidak meninggalkan UMNO secara total.tetapi kualitinya sudah merosot. Bagaimana boleh mendakwa kuasa orang Melayu belum terhakis, sedangkan prestasi jatuh dan menurun.Apakah benar UMNO masih kekal sebagai tunjang kekuatan Melayu.

Kita boleh berkata umno tunjang kekuatan orang Melayu,tetapi tunjang yang dipacang itu sudah bergoyang iaitu tidak kuat lagi berbanding sebelum ini. Apakah akan jadi pada sepohon pokok yang rendang apabila tunjangnya bergoyang. Sudah tentu lama kelamaan pohon tadi akan mati dan tumbang.percayalah.

Kalau tunjang kekuatan orang melayu masih kuat mana mungkin sebaik sahaja tamat Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu, perdana menteri dan timbalannya turun padang menemui semua ahli Perhubungan UMNO Negeri di seluruh negara yang terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian UMNO di setiap bahagian.

Apakah yang diperolehi sewaktu turun padang, tidak lain dan tidak bukan pelbagai pandangan, saranan, pendapat dan cara-cara memperkukuhkan semula kedudukan parti.Ini menunjukkan umno sudah lemah.Kalau tidak mana mungkin ketua-ketua bahagian Umno seluruh Negara bersuara demikian.

Kalau Umno tidak lemah mana mungkin di adakan pertemuan bersiri secara tertutup yang telah diadakan di kediaman rasmi perdana menteri. Untuk mendapat natijah yang lebih baik diadakan pertemuan dengan lawatan Jawatankuasa Pengurusan ke negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Pertemuan-pertemuan selanjutnya akan diadakan dari semasa ke semasa sehingga Disember ini semata-mata untuk membaiki kelemahan Umno.

Kalau umno tidak lemah mana mungkin diadakan usaha mengukuhkannya.lebih-lebih lagi untuk meyakinkan rakyat tentang kemampuan Kerajaan Umno/Barisan Nasional yang tidak ada upaya memberikan khidmat yang terbaik sepanjang memerintah Negara.Bukan itu sahaja malah Umno/BN sejak dahulu hingga kini tidak melaksanakan tanggungjawabnya dan tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto.

No comments: