Friday, May 23, 2008

Tindakan Tun Mahathir Mohammad tidak lojikal

Memang tindakan mahu supaya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan dari jawatan yang disandang itu adalah tidak lojik sekali.

Mengapa saya kata begitu? Anda, mungkin sudah tahu jawapannya. Pertama, kekalahan BN dalam musim pilihanraya umum ke 12 , 8 Mac 2008, bukan salah Perdana menteri seorang sahaja.

Jadi mengapa mesti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sahaja yang mesti letak jawatan, sedangkan orang lain juga turut melakukan kesilapan besar dalam melayari bahtera Umno/BN.

Adalah tersangat tidak kena, Datuk Seri Abdullah yang jadi presiden Umno/BN seorang sahaja didesak untuk meletakkan jawatan. Apakah timbalan presiden/Timbalan perdana Datuk Seri Najib Tun Razak, Naib-naib presiden Tan Sri Mahyuddin Yassin dan Datuk Seri Ali Rustam tidak turut bersalah.

Benarkah orang lain tidak bersalah? Adakah patut presiden seorang sahaja yang bersalah dalam kes ini dan semua Ahli Majlis Tertinggi tidak bersalah dan boleh bebas dengan kelemahan Umno/BN.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedar bahawa hasil kelamahan yang ada pada dirinya yang menyebabkan Umno/BN kalah teruk dalam pilihanraya umum ke 12 lalu, tetapi bukan dirinya seorang sahaja yang harus dipertanggungjawabkan.

Lebih-lebih lagi kepimpinan Umno/BN adalah kepimpinan yang dibentuk atas nama kolektif yang harus dipertanggungjawabkan oleh semua pihak dalam umno/BN, termasuk presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan semua ahli majlis tertinggi umno yang dilantik tiga tahun sekali itu.

Jadi tiada sebab mengapa mesti dia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seorang sahaja yang mesti letak jawatan. Tiada sebab mengapa Tun Mahathir Mohamad mendesak Presiden seorang sahaja meletakkan jawatan.

Apakah rasionalnya. Oleh kerana tiada rasional, Sebab itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetap berkeras dan cuba membela diri dengan desakan itu. Jika beliau bertindak meletakkan jawatan, sudah tentu nampak sangat kesilapan yang dilakukan. Oleh kerana dia berada di pihak yang benar dan mahau tidak mahu tetap menpertahankan integertinya sebagai seorang presiden.

Manakala Tun Dr Mahathir Mohamad pula hanya salah seorang ahli umno biasa sahaja yang walaupun dikatakan masih mempunyai pengaruh dalam Umno, tetapi adalah tidak wajar memdesak presiden undur diri.

Kedua, mungkin atas sebab terlalu marah yang teramat sangat dengan beberapa tindakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, termasuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Salleh Abbas dan tiga hakim yang dipecatnya.

Bayangkan orang yang dia pecat dibebaskan. Siapa tidak marah. maka mahu tidak mahu akan berusaha dengan sedayaupaya untuk memberhentikan Presiden Umno yang di sifatkan sangat jahat terhadap dirinya yang sangat berjasa.

Langkah pertama yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad tidak memberi apa-apa kesan terhadap kedudukan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, apatah lagi tergugat pun tidak. Malah kedudukan Tun kelihatan semakin hari semakin terjejas reputasinya. maka langkah kedua diambilnya iaitu dia sendiri keluar dari Umno dan sehari kemudian diikuti isteri Tun Hasmah dan anaknya Muhkzani.

Namun demikian, boleh dikatakan hampir semua media di Negara ini menyatakan betapa terkejutnya dengan tindakan Tun Mahathir Mohamad yang bertindak secara drastik keluar umno, tanpa menyedari akan keberkesanannya melalui tindakan itu.


Setakat hari tiada orang lain yang akan berbuat demikian atau dengan kata lain tiada orang lain yang akan mengikut jejak langkah yang kurang bijak itu. Kasihan seorang yang bijaksana telah bertindak mengikut kehendak hawa nafsu amarah.


Tidak dinafikan ada beberapa cawangan di Kedah yang dikatakan akan ikut jejak langkah kurang cerdik itu, tetapi, itu hanya gemik politik sahaja. Tidak lebih dari itu. Atau dengan kata lain bahawa laporan itu hanya mainan “media” sahaja.

Anda boleh lihat sendiri akan perkembangan yang telah, sedang dan akan berlaku selepas ini berkaitan dengan desas desus politik negara, sama ada siapakah yang jadi abu dan siapa pula yang jadi arang. Dan apa pula tindakan Muhkriz dalam strateginya membantu ayahnya menyahkan presiden Umno itu.

No comments: