Sunday, September 27, 2015

Politik suku agama suku?



Apakah muslahat disebelik kata kata yang berbunyi: “Pas bersedia menerima DAP jika parti itu meminta maaf dan menerima dasar-dasar Islam yang diperjuangkan selama ini”

Pada hemat penulis PAS seolah olah sudah macam telur berada diujung tanduk kini.Bayangkan Amanah yang jadi pengkhianat PAS dan belum tentu statusnya dimasuk dan diterima pakatan rakyat.

Atas sebab itulah, barangkali membuat PAS memikirkan masa depannya yang pasti akan berada dalam terkiar kiar sendirian nanti dan rugi besar dalam politik mutakhir ini.

 kata kata yang keluar dari mulut Nik Zawawi Salleh yang berbunyi: " bermusuh dalam politik tidak sepatutnya berterusan sampai bila-bila"ini boleh dijadikan bukti yang pas berada dalam kebimbangan yang amat sangat dengan pencaturan politik kini. 

kenyataan Nik Zawawi Salleh yang berbunyi: " bermusuh dalam politik tidak sepatutnya berterusan sampai bila-bila"  seolah olah politik berbeza dengan bukan politik sepertimana sedia maklum bahawa politik suku agama suku yang menjadi amalan umno selama ini juga boleh diamalkan PAS.

fahaman ini ditentang bulat bulat oleh PAS, kerana  politik tidak boleh dipisahkan dengan agama Islam (aldin) kalau dipisah maka pincanglah pentadbirannya.Sebelum ini pas tidak boleh bertahaluf dengan orang kafir, tetapi pada tahun 2008 dibolehkan bertahaluf dengan DAP, miskipun reality mempersenda sendakan hokum hudud.

Sehubungan dengan itu, politik hari ini politik yang bercampur baur kemaslahatannya, antara kemaslahatan Islam dengan kemaslahatan musuh musuh Islam.Disamping aspek keburukan yang pelbagai corak, kerosakan akhlak orang orang politik, jarang wujud kesetiaan dalam kalangan orang politik, jarang bercakap benar, berleluasanya sikap menghklianati janji dan saling jatuh menjatuh satu sama lain, termasuk menghina golongan ulama dan memuliakan golongan kafir..

Oleh itu, tidak mustahil DAP akan minta maaf sepertimana yang dimahukan oleh PAS itu.Cuma tunggu masanya sahaja. Apakah pas boleh percaya lagi dengan banyak banyak pembohongan yang dilakukan oleh DAP sebelum ini. dengan kata kata yang berbunyi orang china mahukan Islam sedangkan orang umno tolak hudud kononnya.

Lebih lebih lagi, Ibnu Abbas pernah berkata, musuh Allah berbohong. Bayangkan sifat bohong musuh musuh Allah yang dinyatakan sahabat Nabi SAW itu. Walau pun bukan hadis akan tetapi ia bertepatan dengan banyak ayat ayat Allah untuk dijadikan panduan dalam berpolitik diatas muka bumi Allah ini.

DAP boleh bertindak minta maaf untuk mencapai matlamatnya. DAP bukan sahaja boleh berkata yang dia menerima islam dan hudud asalkan citacitanya tercapai. Malah itulah sikap dan sifat orang kafir yang mana telah dijelaskan sejelas jelasnya oleh Allah dalam Al Quran dan Sejarah telah membuktikan sepanjang perjanjian Yahudi dengan kerajaaan Nabi SAW di Madinah seribu empat tiga puluh enam tahun dahulu mereka mengkhianati perjanjian dan sangat tidak setia dengan apa apa yang diikrarkan.


No comments: