Monday, October 4, 2010

Kerajaan Terengganu pernah disaman RM3 bilion

Mengapa? Sudah tentu ada yang tidak kena tu. Sebab itu kena saman. Puncanya terlalu dan mudah percaya dengan cadangan musuh lalu membuat keputusan tanpa ambil kira sama ada syarikat yang terbabit benar benar berkemampuan dan berkelayakan.

Sebelum membuat keputusan menerima dan memberi satu satu projek pihak kerajaan boleh membuat carian rasmi untuk mendapat maklumat sesebuah syarikat secara penuh dan lengkap termasuk kedudukan kewangannya.

Ini semata mata untuk mengelak daripada kena tipu yang banyak berlaku zaman abad ke 21 ini. Jika tidak berbuat demikian, pakai percata dan terima bulat bulat cakap orang tengah sudah tentu ia akan menerima padah sepertimana pernah terjadi pada kerajaan Terengganu .

Apabila membaca berita Datuk seri Azizan Razak menteri Besar Kedah mempelawa syarikat yang menderma rapelika cek sejumlah RM 4 bilion kepada kerajaan Kelantan teringat saya dengan kes saman sejumlah RM 3 bilion terhadap kerajaan Terengganu waktu di perintah PAS dulu.

Puncanya ialah hasil daripada terlalu percaya dengan sebuah syarikat RM 2.00 yang jelas tidak mampu membayar premium sejumlah RM 5 juta yang dikenakan untuk mengeluarkan balak yang diberikan kepada syarikat itu.

Oleh kerana syarikat tersebut tidak dapat mengeluarkan wang sebanyak itu mahu tidak mahu Kerajaan Terengganu waktu terpaksa tarik balik pemberian kawasan balak dantidak lama kemudian disaman sejumlah RM 3 bilion.

Saya rasa kerajaan Kedah jangan jadi macam kerajaan Terengganu yang terlalu ghairah untuk menerima pelabur untuk membangunkan negeri .

Untuk makluman semua terlalu banyak pelabur datang untuk melabur di negeri Terengganu waktu itu, termasuk pembinaan lebuhraya dari jabur ke Kuala Terengganu yang berharga RM 2.3 bilion.

Yang membimbangkan pelabur pelabur yang dating itu menggunakan orang orang tertentu, termasuk orang orang yang dekat dengan menteri besar dan EXCO EXCO yang menentukan dasar kerajaan sepertimana yang berlaku atas kerajaan Kelantan baru baru ini.

Namun Ustaz Azizan Razak hendaklah berwaspada dengan syarikat yang ingin melabur di Kedah, kerana hari ini betapa banyak syarikat yang bermodal hanya RM 2.00 atau dengan kata lain syarikat tersebut adalah syarikat “putar alam” punca kena saman.

Kerajaan Kelantan pernah disaman dek terlalu percaya dengan orang tertentu yang boleh mencalar nama baik kerajaan membangun bersama Islam.

Waspadalah dengan kegiatan syarikat syarikat yang beroperasi sebagai syarikat putar alam ini. Harap jangan mudah percaya, kerana ini akibatnya sentiasa ditipu yang pernah berlaku pada Kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Sunday, September 26, 2010

Kembalikan jawatan perdana menteri pada Mahahtir

Tun Mahathir Mohammad sebut Datuk Seri Anwar Ibrahim pemimpin yang gila nak jadi perdana menteri. Memang semua manusia gila. Gila ada 99 gila Cuma satu sahaja yang tak gila, iaitu Allah.

Jika Anwar gila hendak jadi perdana menteri, maka apa kurang dengan Tun Mahantir yang kelihatan macam gila sunguh untuk menjadi perdana menteri.

Masakan tidak. Beliau pernah berkata orang lain tidak layak, termasuk Tun Hussin onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Kita setuju mereka tak layak, termasuk Tun Mahathior sendiri ,kerana selama 22 menjadi perdana menteri kuasa politik melayu hampir hilang. Demikian juga kuasa ekonomi .

Sekarang Mahathir dengan Wira Negara Negara Datuk Ibrahim Ali mengadakan rood show seluruh Negara untuk menjatuh Najib Razak. Sama ada ada yang sedar atau tidak tetapi itulah realitinya.

Nampak dengan jelas Tun Mahamad Mohammad seorang saja yang layak menjawat jawatan perdana menteri apabila dia berkata Tun Abdullah Ahmad Badawi tak layak jadi perdana menteri.

Bukan setakat berkata malahan beliau “keluar umno” dengan ikrar yang dia tidak masuk umno jika Tun Abdullah tak letak jawatan.

Setelah jawatan perdana menteri bertukar tangan kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak Tun Mahathir masuk semula Umno dan berkerja keras melalui NGO Perkasa untuk mendapat balik jawatan perdana menteri itu.

Lebih lebih lagi Najib terpalit dengan penahanan Taek Jho Low yang di tahan di Perancis bersama Paris Hilton artis Hollywood.

Inilah masanya untuk memainkan peranan untuk mencalar nama baik perdana menteri ke 6 melalui isu Anwar gila nak jadi perdana menteri.

Sejarah telah membuktikan , Tun Mahathir sendiri pernah berkata Datuk Seri Najib juga tidak layak jadi perdana menteri. Memang sah Najib juga tidak layak. Hanya Tun Mahathir seorang sahaja yang layak setakat hari ini.

Oleh itu, umno kena berusaha bersungguh untuk mengembalikan semula jawatan perdana menteri kepada Tun Mahahtir Mohammad agar mudah melayu jadi hancur lebur bersama melayu mudah lupa.

Itulah yang saya nampak. Sebab itu beliau dan Ibrahim Ali yang tak boleh percaya ini sedang memainkan peranan untuk mengembalikan jawatan perdana menteri kepada Mahathir melalui perhimpunan NGO PERKASA yang sudah menjual bangsa agama dan Negara.

Seperkara lagi yang saya nampaknya , Mahathir macam orang lemas. Bayangkan orang lemas,apa apa sahaja dicamparnya baik batang pisang, hatta bauya sekalipun sanggaup dipeluknya.

Nampak sangat yang dia sudah kena penyakit gila nak jadi perdana menteri semula mnakala Ibrahim Ali kepingin bangat untuk jadi timbalan perdana menteri apabila jawatan perdana menteri kembali semula pada Mahathir.

Wah hebatnya Melayu Mahathir Mohammad dan Ibrahim Ali ini.

Monday, September 13, 2010

Zaib Ibrahim bakal menang jawatan timbalan presiden PKR?

Zaid Ibrahim ketika dalam umno dulu pernah menyaman "hudud" itu digelar "wira" oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diletak bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor.

ketika dalam PKR beliau berkata, hudud tidak boleh dilaksanakan, kerana atas sebab demokrasi.

Memang PKR tidak setuju perlaksanakan hudud. Apatah lagi DAP yang terang terangan menentang hudud tapi disedari oleh para pemimpin PAS akan elemen itu.

Azmin Ali belum ada sebarang gelaran setakat hari ini. Cuma beliau merupakan orang sangat berjasa kepada Anwar Ibrahim dan masih setia.

Apa yang diperkatakan bahawa dia tidak campur tangan dalam pertandingan itu suatu yang wajar, kerana ia terserah kepada perwakilan yang membuat keputusan.

Suara Anwar miskipun masih ada power dalam PKR, tetapi tidak sama semasa beliau berada dalam umno dulu, lebih lebih lagi ketika bertanding jawatan ketua pergerakan pemuda umno.

Kita kena ingat Anwat boleh buat Ghaffar Baba angkat tangan dan mustahil kalau tidak dipecat dan didakwa Tun Mahathir juga turut kecundang jika berlaku pertandingan jawatan presiden umno dulu.

Mahu tidak mahu Tun Mahathir dan kucunya terpaksa memecat dan mendakwa atas satu dakwa yang tak masuk akal yang disifat macam macam boleh berlaku jika dirancang dengan agenda jahat.

Sama ada Anwar diam atau tak masuk campur langsung dalam perebutan jawatan timbalan presiden yang dikosongkan dan dikatakan penuh dilema buat Anwar ini merupakan perkara biasa pernah berlaku dalam mana mana parti politik,

terutama sekali umno yang sering haru biru apabila berada didalam musim permilihan jawatan, termasuk tidak kurang juga yang terbabit dengan politik wang yang dihalalkan oleh Mohd Najib Abdul Razak.

oleh kerana orang PKR adalah kebanyakannya orang umno, maka tidak mustahil akan berlaku politik wang untuk merebut jawatan itu nanti, lebih lebih bagi mereka yang banyak wang.

Monday, September 6, 2010

Ajaran sesat anjuran kerajaan UMNO/BN

Tahniah pada persatuan pelajar Islam UITM yang membantah iklan agenda slogan satu Malaysia yang di terbitkan TV3.

Mungkin rakyat Negara Malaysia sudah sedia maklum, bahawa Umno sejak sekian lama telah menyamakan agama Islam dengan agama agama lain dan cuba dengan sedayaupaya untuk satukan rakyat sebagai firman Allah yang bermaksud:

“ pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan nabi nabi sebagai pemberi kahbar gembira (kepada orang orang yang beriman dengan balasan syurga) dan pemberi amaran (kepada orang orang yang ingkar dengan balasan azab neraka) dan Allah menurunkan bersama sama nabi itu kitab kitab suci (yang mengandungi keterangan keterangan yang) benar” (syrah Al Maidah ayat 213)

Beberapa orang menteri cabinet menyuarakan, bahawa mana mana agama sama sahaja, termasuk Datuk paduka Dr Rias Yatim, Menteri Penerangan dan Komunikasi yang secara jelas dan terang terangan mengaku mana mana agama sama sahaja.

Maka amat wajarlah persatuan pelajar islam UITM mengadakan tunjuk perasaan membantah iklan menyamatarafkan agama Islam dengan agama lain.

Peranan menyamataraf agama Islam dengan agama agama lain yang dimainkan pihak kerajaan Umno/BN tidak berhenti disitu sahaja, malah diambil tanggungjawab oleh ustaz /ustazah yang mengajar di majid dan surau.

Tugasan disebalik agama Islam sama sahaja dengan lain lain agama diselit dengan kata kata “kita tidak boleh kata orang kafir itu kafir tanpa mengambil kira ayat Allah firmanya yang bermaksud:

“ sesungguhnya orang orang yang kufur (ingkar) kepada Allah dan rasul rasulnya, dan orang orang yang hendak membezakan (iman mereka di antara Allah dan rasul rasul itu dan orang orang yang berkata, kami beriman kepada setengah rasul rasul itu dan kami kufur ( ingkar) kepada setengah (yang lain) serta bertujuan hendak mengambil jalan (lain) di antara (iman dan kufur) itu.” (surah al Nisa ayat 150).

Itu sangat malang, sekali bagi kita, sedangkan Allah telah menyatakan dengan sejelas jelas bahawa manusia diatas muka bumi ini terbahagi kepada dua. Islam dan kafir. Islam ialah orang orang yang menyerah diri kepada Allah manakala kafir yang ingkar dengan perintah Allah.Bagaimana dapat disatukan.

Inilah agenda kerajaan UMNO/BN. Orang kafir tidak boleh mengatakan mereka kafir atau dilabelkan kafir dengan hujah kalau mereka masuk Islam? Lojik kah begitu. Kalau lojik bagimana pula dengan orang Islam.Jika orang kafir tidak boleh dikatakan kafir, maka orang Islam juga tidak dikatakan Islam, mungkin besok dia akan jadi kafir setelah rosak akidahnya.

Adakah mereka yang jelas kafir itu Islam? Atau kerana mereka adalah berketurunan anak cucu nabi Adam punca kita tidak boleh mereka kafir? Jika begitu bermakna tiada orang kafirlah di atas muka bumi, sedangkan Allah telah menjelaskan Islam dan kafir antara orang orang yang akan menjadi penghuni syurga dan neraka di akhirat nanti.

Ini semua dihasilkan oleh ajaran sesat yang tumbuh sejumlah 82 kumpulan di Negara Malaysia setakat ini. Oleh itu tidak harus kita membiarkan ajaran ini menular dengan lebih luas dan wajar mana mana persatuan termasuk NGO Islam membantah kegiatan menyamakan agama Islam dengan agama agama lain.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday, August 24, 2010

Kafir, munafikin dan Islam

Masih ramai manusia yang tidak faham apakah itu “munafik” dan apakah itu “Kafir” serta apakah itu “Islam” yang menjadi pokok perdebatan sejak dahulu hingga kini. Munafik ialah mereka yang masuk Islam berlindung disebaliknya.

Sebagai contoh, macam Abdullah bin Ubay. Yang mengaku Islam juga boleh jadi munafikin apabila diberi amanah tidak amanah, apabila berjanji mungkin dan apabila bercakap berbohong . Tinggal solat jumaat tiga kali berturut juga munafik.

“Kafir” ialah mereka engkar dengan perintah Allah SWT, sepertimana Yahudi dan Keristian atau seangkatannya, bagi umat Islam yang mengaku beragama Islam dan meninggalkan solat lima waktu sehari semalam dengan sengaja juga kafir. “Islam” ialah mereka yang patuh dengan perintah Allah menyerah diri seratus peratus kepada Allah yang maha pencipta.

Bangsa memang banyak, manakala manusia telah diklasfikasikan kepada dua , iaitu kafir dan Islam. Islam terbahagi kepada 73 puak manakala kafir berpecah kepada 72 puak semuanya tak boleh pakai, cuma kafir zimmi saja boleh diambil kira setengak wujudnya Negara Islam.

Kita tidak lupa dengan munafikin dan kafir hatta apa bangsa sekali pun biar dimana mereka berada adalah bagaikan “penyakit barah” kepada tubuh badan. Ia akan menyebarkan rancunnya apa berlaku percubaan serta ujian.

Apatah lagi ujian tipudaya mereka dapat dilihat sewaktu dalam kegentingan. Semasa aman mereka adalah bebanan berat kepada orang lain dan dalam waktu bahaya mereka merupakan kuman yang menular dalam badan.

Manuafikin beria ia mendkwa beriman, manakala yang kafir pula harbi atau apa pun melahirkan kata kata yang baik, termasuk mencanang, mahu ikut pentadbiran Umar Abdul Aziz yang sama sekali tidak masuk akal.

Dikalangan orang Islam, termasuk orang PAS percaya dengan kata kata mereka dan di dengar serta di yakin bahawa inilah peluang untuk berdakwah tanpa menyedari tertipu dengan perkataan dan hasrat mahu kepada Islam itu.

Usah orang macam kita mereka Berjaya melakukan tipu daya terhadap Rasulullah SAW serta orang Islam di Madinah beberapa kali.

Semasa perang Uhud umpamannya, mereka Berjaya menyebabkan satu pertiga tentera Islam pulang dari medan perang tanpa bertempur. Mereka juga mencetuskan fitnah untuk merosakan hubungan antara orang orang Islam yang diterajui Nabi Yang maha mulia.

Mereka bertanggungjawab menyebarkan berita palsu peristiwa “hadish al-Ifk” di Madinah. Kemudian dalam peperangan Ahzab mereka mengecewakan orang Islam dan menimbulkan kekeliruan tentang dakwah Islamiah serta mencetuskan keraguan tentang janji Allah dan menggesa para pejuang meninggalkan tempat pertahanan.

Kafir dan manafikin ini menyimpan sikap jahat terhadap orang orang Islam agar menghadapi kekalahan dalam serba serbi, termasuk dakwah islamiah tidak akan berkembang dan tersebar. Sikap ini sudah didedah oleh Allah SWT agar tidak tertipu.

Tapi malangnya masih ramai orang Islam bertindak lebih bijak daripada Allah dan Rasulullah SAW.

Apa tidak tidaknya? Orang Palestin menggunakan kaedah berdamai melalui beberapa perjanjian dan menolak peperangan yang di wajib oleh Allah SWT. Inilah punca Negara Palestin sudah hampir habis dicerobohi.

Monday, August 16, 2010

Mana ada orang kafir setuju dengan Islam

Oleh kerana kita berada dalam bulan ramdhan bahawa dalam ibadat puasa ia dapat menghaluskan perasaan dan mencegah dari dosa disamping mendekatkan diri kepada Allah SWT.Bagi orang mukmin sahaja.

Bagi yang bukan mukmin amalannya sama sahaja. Yang berzina tetap dengan agendanya. Yang minum arak tetap juga dengan agendanya. Yang berjudi tetap juga dengan agendanya, yang makan rasuah tetap juga dengan agendanya dan bagi yang makan riba tetap juga dengan agendanya. Halal haram tiada beza bagi mereka.

Dalam bulan puasa seorang mukmin dapat merasakan kaAgungan nikmat Allah SWT yang dianugerahkan kepada manusia, iaitu nikmat Al-Quran.

Dia dapat merasakan kelebihan serta pengawasan Allah SWT.

Kitab suci Al-Quran diturunkan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya ini.

Justeru itu waktu malamnya akan dihabiskan untuk beribadat, merenungi serta bersyukur kepada Allah SWT.

Selain daripada itu dalam bulan ramdhan juga terdapat malam Lailatul Qadar, iaitu malam memperingati turunnya Al-Quran yang merupoakan bulan yang lebih baik dari seribu bulan.

Sesiapa yang diberi hidayah serta berpegang teguh dengan metodologinya, maka sesungguhnya dia telah diberi hidayah kepada kebaikan seluruhnya dan telah mencapai kedudukan yang paling tinggi sama ada didunia mahupun diakhirat.

Sebenrnya seorang mukimin itu hatinya sentiasa sebak dengan hakikat iman, menjadi insan rabbani yang hatinya terdapat cetusan dari cahaya Ilahi.

Kemudian dia menyedari kekuasaan Allah SWT lalu berusaha melaksanakan metodologinya dalam kehidupan.

Kekuatan seorang mukmin itu tidak boleh dikalahkan kerana dia disokong oleh kekuatan Allah SWT.

Seorang mukmin juga akan terus berjuang menentang pengaruh kejahatan sehingga dia menemui Tuhannya sama ada dengan kemenangan atau syahid.

Sebuah hadis Qudsi daripada Rasulullah SAW Firman Allah yang bermaksud:

"Tiada yang lebih aku sukai dari hambaku yang berusaha mendekati aku selain daripada ia melakukan apa yang difardukan keatasnya. Dan begitulah hambaku mendekatiku dengan mengerjakan perkara perkara sunat sehingga aku mencintainya. Apabila aku mencintainya maka aku adalah pendengaran yang ia mendengar dengannya dan pengelihatannya yang ia melihat dengannya dan tangannya yang ia mengancam dengannya dan kakinya yang ia berjalan dengannya. Apabila aia meminta padaku maka aku akan memberinya dan apabila ia berlindung denganku maka aku akan melindunginya" (Riwayat Al-Bukhari).

Namun bercakap pasal orang kafir mempersenda-sendakan Islam ini tidaklah pelik.

Kerana itulah perangai orang kafir. Itulah sikap orang kafir. Mana ada orang kafir baik sangka dengan Allah SWT.

Orang kafir pasti buruk sangka dengan Allah SWT sejak dahulu sampai hari kiamat. Macam juga syaitan. Mana ada syaitan boleh baik sangka dengan musuhnya.

Yang peliknya orang melayu yang mengaku beragama islam turun memainkan peranan mempersenda sendakan Islam.

Misalnya Tun Mahathir Mohammad semasa jadi presiden UMNO dan perdana menteri terang terang mempersenda sendakan Islam.

Bukan dia seorang sahaja malahan yang duduk dibelakangnya turut ikut serta mempersenda sendakan Islam agama yang mereka anuti.

Apa dia kata kepada Islam? Jika hudud dilaksanakan maka "kudunglah tangan tangan orang Melayu".Bila tiada tangan macam mana hendak bekerja untuk cari makan dan menyara hidup keluarga? Mereka Islam sanggup hina agama sendiri.

Bukan setakat itu sahaja, malah ada yang lebih berani dan mengatakan, "kalau hendak makan sup tangan pergilah ke kelantan".

Yang paling menyayat hati kita ada yang tergamak yang mengatakan "kalau mahu maju tinggal dahulu Islam ini".Ini jelas telah menghina agama Islam.

Oleh itu saya tidak pelik jika orang kafir yang ada di negara ini mempersenda sendakan Islam dan perlembagaan, kerana itu adalah kerja mereka.

Malahan itulah perjuangan mereka melalui agenda menghapuskan umat Islam siatas muka bumi Allah ini sepertimana yang pernah dilakukan oleh kerajaan Rusia dahulu.

Wednesday, August 4, 2010

Bayaran pampasan berbeza satu sama lain

Ketika minum pagi di kedai kopi di wakaf Beruas Kuala Terengganu, saya diberitahu oleh orang Bukit Besar bahawa kerajaan Terengganu tidak berlaku adil pada rakyat.

Mana ada kerajaan berlaku adil, terutama sekali pada rakyat yang sokong pembangkang.Inilah padahnya rakyat didahulukan, slogan omomg kosong Datuk Seri Mohd Najib perdana menteri Ke Enam.

Memang tak adil, bayangkan tanah sawah yang diambil untuk dijadikan Bandar baru di Bukit Besar itu bayarannya berbeza satu sama lain. Pada hal status tanah sama tapi malangnya, ada yang dibayar setengah ekar sebanyak RM 180, bermakna RM 360, satu ekar.

Manakala orang lain pula dibayar lebih rendah atau murah. Inilah yang menjadi rungutan penduduk kampong Bukit Besar dan sekitarnya sebagai tanda tidak puashati dengan pihak kerajaan yang memerintah sekarang.

Tapi, itu dibayar juga walaupun murah. Yang malangya ada tanah orang kampong yang diambil untuk buat jalan tidak dibayar langsung.semacam ada unsur khianat yang amat sangat.

Tengok caranya macam Yahudi merampas tanah orang Palestin. Tapi itu Yahudi Tak kan orang Melayu buat macam yahudi juga pada rakytanya sendiri

Bukan setakat tidak dibayar pampasan, malahan dirampas begitu sahaja tanpa sebarang notis oleh pihak kerajaan yang diterajui oleh Datuk Ahmad Said.

Nampak macam tidak benar, tapi ini adalah cerita benar dan bukan sangkaan atau rekaan. Boleh jalan siasatan sendiri jika rasa cerita ini tak betul.

Cerita tiada niat untuk merosakkan reputasi menteri Besar. Tetapiu ia adalah cerita benar yang berlaku pada rakyat yang didahulukan menerima beban oleh kerajaan yang memerintah sekarang.