Wednesday, August 16, 2017
Ada usaha isikan arak dalam gelas pas
Masih ramai pemimpin Pas yang musing ketam, selepas pas putus hubungan dengan DAP dan PKR, termasuk Haji Subky Latif bekas ketua penerangan Pas Malaysia.
Oleh itu, tidak hairan masih ramai yang marah marah. Bukan setakat marah, malah teramat benci dengan presiden Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Penulis tidak pasti mengapa mereka marah sangat dan benci sangat dengan presiden Pas yang bertaraf ulamak sedunia itu.
Tidak sepatutnya mereka marah dan benci , kerana presiden sekarang seorang ulamak sedunia yang cukup sesuai sebagai presiden parti Islam se Malaysia.
Mohammad Sabu sudah pasti tidak sesuai dan sinonim, malah sangat tidak layak jadi presiden parti Islam se Malaysia.
Dia amat layak jadi Presiden Pan yang jadi alat DAP yang berusaha keras hendak jadikan Malaysia Negara kristian.
Atas sebab itu, Subky Latif melahirkan harapan bahawa bekas pemimpin PAS lain yang kini bersama Amanah akan kembali ke pangkuan parti Islam itu.
"Jika boleh saya mahu mereka kembali kepada PAS sebelum PRU14 atau sebelum mati. Biarlah semuanya mati dalam PAS," katanya.
Beliau kelihatan sangat sayangkan pemimpin yang tidak layak duduk dan diangkat menjadi pemimpin tertinggi, termasuk Mat Sabu, Husam Musa, Mahfuz Omar dan Khalid Samad.
Tidak dinafikan suatu hari nanti mereka yang tubuh parti Pan akan kembali kepangkuan parti Pas. Percayalah.kerana yang mereka marah dan benci hanya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang seorang sahaja.
Mereka tidak akan kembali kepangkuan parti Islam Malaysia selagi presiden pas disandang oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Kalau presiden Pas bertukar tangan kepada Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sudah tentu mereka berlumba lumba kembali semula kepangkuan parti Islam se Malaysia itu.
Mereka tak marah dan benci dengan Timbalan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mereka tidak marah dan benci dengan Naib presiden Datuk Nik Amar Nik Abdullah. Mereka tidak marah dan benci dengan Naib presiden Ustaz Idris Ahmad. Mereka tidak marah dan benci dengan naib presiden Datuk Iskandar Samad.
Yang mereka marah dan benci hanyalah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja. Pendek kata semua ahli jawatankuasa pas pusat disayangi mereka yang lari tubuh parti Pan sepertimana di nyatakan oleh Haji Subky Latif.
Sebab itu Haji Subky Latif amat sayang dan memuji muji Mat Sabu, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa ,termasuk yang kutuk presiden dan lari tubuh parti PAN.
Bukan setakat sayangkan mereka, malah mereka yang kutuk dan caci maki Datuk Seri haji Abdul Hadi Awang dianggap sebagai pemimpin yang baik dan ada harapan untuk naik dan diangkat duduk diatas suatu hari nanti.
Thursday, August 3, 2017
Betulke Mat Sabu banyak jasa
Penulis
boleh setuju dengan pendapat bahawa Mat Sabu banyak jasa pada Pas. Akan tetapi
jasanya adalah jasa nagetif bukan jasa positif.
Oleh itu,
beliau layak digelar sepertimana yang disebut oleh Dr Harun Din,dalam Ijtimak
ulamak pas pusat suatu ketika dahulu, awas duri dalam daging, api dalam sekam
dan gunting dalam lipatan.
Semasa dalam
Pas Mat Sabu adalah seorang penceramah syok sendiri (SS). Mengapa tidak? Dalam
kebanyakan ceramahnya, beliau berkata sesukahatinya tanpa fikir implikasinya.
Waktu
berceramah beliau boleh berkata apa sahaja
dan sukahatinya melabel pemimpin umno dengan pelbagai lebal.
Sehubungan dengan itu Mat sabu yang dikatakan banyak
jasa pada Pas telah melebal Dr Mahathir Mohamad dengan label maha fira’un,
Bukan dia
tidak tahu Islam larang orang orang yang beriman berbuat demikian.macam mana
dia boleh berkata demikian.
Ini
menunjukkan jasa beliau kepada pas adalah jasa nagetif yang pasti mecemari nama
baik parti islam se malaysia.
Bukan itu
sahaja, malah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilebalkan dengan lebal yang
sangat buruk dan dilarang oleh Islam.
Tidak wajar
seorang pemimpin parti islam yang berpegang dengan hadis dan Al Quran tergamak
mengeluarkan kata kata buruk dan hodoh.
Pemangsa Mat
Sabu seterusnya tidak lain dan tidak bukan ialah Ketua menteri Melaka Datuk
Seri Rahim Tamby Chik yang terbabit dengan skandal pelajar sekolah.
Islam
melarang berkata yang buruk dan mengelar orang lain dengan nama dan benda benda
yang boleh mencemar nama baik seseorang miskipun ia ada asaanya.
Seperkara lagi, satu cetusan yang sangat
nagetif terhadap bangsa Melayu. Beliau membanding orang Asli dengan orang
Melayu dan berkata, orang asli lebih cerdik berbanding orang Melayu.
Satu cetusan
dan bandingan yang menyayat hati dan tidak wajar terhadap bangsa Melayu yang
menyokong umno dan Pas.
Cuba anda
bayangkan implikasi cetusan tersebut.Memang
ada orang asli yang lebih cerdik daripada orang melayu. Akan tetapi membanding
semua orang Melayu bodoh kerana memberi undi kepada umno sangat nagetif dari
segi politik.
Atas sebab
itulah penulis mengatakan jasa Mat Sabu kepada pas banyak nagetif berbanding
positif. Ia membuat nama baik pas jadi buruk dan hodoh pada mata masyarakat
umum.
Tidak dapat
dinafikan Mat Sabu sememang ada jasanya kepada Pas, tetapi jasanya adalah jasa
yang nagetif bukan jasa positif yang boleh bagi saham kepada parti islam Se
Malaysia.
Pada hemat
penulis yang pernah bermesyuarat bersama dalam Lujnah penerangan Pas Malaysia,
Mat Sabu seorang pemimpin yang sombong dan ego yang tinggi.
Beliau
pernah berbicara dengan berkata “aku”
kekitaan ini mengambarkan yang beliau seorang yang ada sifat sombong dan ego
dan sangat tidak layak jadi pemimpin dan duduk dalam Parti islam Se malaysia.
Sunday, July 16, 2017
Husam Musa menteri Besar Kelantan?
|
Tindakan Ketua Parlimen DAP, Lim
Kit Siang mengumumkan Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar jika
mereka berjaya menawan Kelantan adalah mimpi disiang hari.
Bercakap pasal Husam Musa calon
menteri besar Kelantan teringat
penulis,bahawa umno
Kelantan pernah mengumumkan Datuk seri
Awang Adik sebagai calon menteri besar Kelantan suatu masa dahulu juga sia
sia.
Bayangkan, Umno parti nombor satu
di Malaysia juga gagal angkat Datuk Seri Awang Adik sebagai menteri besar
Kelantan Apatah lagi parti Pan yang diterajui Mohamad Sabu yang cabut lari
dari Pas itu.
Siapa sebenarnya Mohamad Sabu,
bekas timbalan presiden Pas yang cabut lari dari pas selepas kalah dalam
permilihan muktamar agung tahunan dan
jelas utamakan kepentingan diri sendiri serta gila pangkat.
Cuba anda bayangkan presiden PAN itu
berbanding Datuk Asri Muda, bekas Yang Dipertua Pas Malaysia yang digantung
dan pernah tubuh parti Hamin, hanya menang satu kerusi sahaja di Kelantan dalam
Pilihanraya umum suatu ketika dahulu.
Demikian juga umno, parti besar
punya ahli jutaan orang dan ratusan cawangan di Kelantan berbanding dengan
parti PAN yang bergabung dengan DAP, Bersatu dan PKR dalam pakatan harapan.
Setakat hari ini PAN, belum ada satu cawangan pun di negeri miskin rakyat
kaya itu. Demikian juga PKR yang juga tiada sebarang cawangan.Macam mana
hendak bertanding , sedangkan jentera parti tidak ada yang akan bekerja dalam
musim PRU 14 nanti.
Tidak dinafikan kalah/menang bukan
hak manusia. Allah boleh anugerahkan kepada mana mana parti untuk menang dan
memerintah sesebuah negeri dan negera.
Atas sebab itu kebanyakan rakyat
jelata gelak apabila nama Datuk Husam Musa diumumkan oleh Lim Kit Siang
sebagai calon menteri besar Kelantan baru baru ini.
Umno Kelantan masih belum yakin
dapat menumbangkan Pas Kelantan miskipun berlaku pertandingan tiga penjuru.
Kenapa? Kerana faktor rakyat
negeri kelantan tidak sama dengan rakyat kebanyakan lain lain negeri di
Melaysia ini.Rakyat Kelantan kelihatan berbeza dalam arena politik berbanding
rakyat lain lain negeri. Mereka tidak mudah dibeli. Bukan macam rakyat
Terengganu.macam ikan keli.
Rakyat Kelantan lebih suka Pas
memerintah negeri miskin rakyat kaya ini berbanding Umno/BN yang memerintah
selama dua belas tahun (1978-1990) dahulu.
Kenapa? Kerana apabila umno/BN
memerintah wujud puak puak yang akan
tercicir apabila Datuk seri Mohammad Yaakub jadi menteri besar berbanding Pas
memerintah hampir tiga puluh tahun itu.
Inilah punca rakyat Kelantan tidak
suka umno/BN menang. Apabila Datuk Seri Mohammad Yaakub menjadi menteri besar sudah
tentu puak dia sahaja yang dapat layanan baik, manaakala puak lain tersingkir.
Macam di negeri Terengganu sekarang
ini , puak Datuk seri Ahmad Said tersingkir. kebanyakan hilang segala
galanya. Malahan ada yang tiada apa apa projek diberi, kerana telah dibolot
oleh puak Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Inilah yang menakutkan orang umno
Kelantan.Sebab itu mereka tak suka umno/BN menang dan lebih suka pas
memerintah, kerana mereka mendapat layanan yang baik dan seksama.
Puak A dapat projek kerajaaan dan
puak B pun dapat juga. Oleh itu ramai yang gelak dengan calon menteri besar Kelantan
Husam Musa dari parti Pan,yang di umum Kit Siang itu.
Jika umno/BN, calon menteri
besarnya Datuk seri Awang Adik pernah gagal, maka jangan harap calon menteri besar dari Pan Datuk Husam
Musa boleh menang dan memerintah Kelantan pada PRU 14 nanti.
|
Monday, July 10, 2017
Perhimpunan Jubli Jerusalem?
Bercakap pasal perhimpunan jubli Jerusalem teringat dengan syarahan Mohamed Razali Abdul Rahman
bekas pengarah strategik orang melayu islam DAP yang pernah dilatih oleh Mossad.
Memang DAP mempunyai hubungan istimewa dengan Israel. Kalau tidak
istimewa mana mungkin !7 orang anggota pakar stratigek DAP dilatih oleh Mossad.
Betapa istimewanya hubungan Israel dengan DAP, termasuk Mohamed Razali
Abdul Rahman yang pernah dilatih hampir tiga tahun oleh Israel.
Untuk makluman, kata Mohamed Razali, tiap tiap bulan Lim Guan Eng akan
pergi ke Singapura. Dia biasa mengikut banyak kali rombongan beliau ke
Singapura pada hari Sabtu petang dan
akan balik Ahad petang.
Katanya, di Singapura kita akan jumpa dua orang sahaja, satu bekas
perdana menteri Singa[pura Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil duta Israel. Dua ni
yang akan kita jumpa.
Jelas beliau lagi, sewaktu kita jumpa duta Israel atau wakilnya pihak
Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU 13. Benda
ini antara projek Israel singapura dan DAP.
Tambahnya, bila saja bubar parlimen, masa itulah duit akan masuk
dan juga pakar pakar Istrael. Mereka merupakan beberapa warga asing akan
menyusup masuk ke bumi Malaysia.
Oleh iru hujahnya,himpunan jubli jesusalem yang dikatakan diadakan di
Melaka bukan rekaan akan tetapi ia suatu reality yang didalangi oleh DAP
sebagai agenda sembunyi bersama diantara Singapura dan Israel.
Maka isu hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Israel suatu masa
dahulu bukan khabar angin, akan tetapi ia suatu realiti yang tidak boleh
dinafikan.
Bermakna bukan DAP sahaja yang ada hubungan akrab dengan Israel, malah
PKR juga punya hubungan dengan Israel.
Wednesday, June 28, 2017
Allah larang lelaki berkahwin
Macam mana
Profesor Dr Siti Musdah Mulia boleh berkata muslimah boleh kahwin lelaki kafir,
sedangkan dalil qati’e firman Allah yang bermaksud: “janganlah kamu nikahi perempuan musyrik sebelum mereka beriman”.
Macam mana
benda yang dilarang dengan perkataan janganlah oleh Allah kepada lelaki Islam dengan
perempuan kafir,dikatakan perempuan Islam boleh berkahwin dengan lelaki kafir.
Ayat ini bukan
sahaja ditujukan kepada lelaki beriman semata mata,akan tetapi khusus kepada
semua lelaki beragama Islam.
Jika lelaki
Islam dilarang dengan perkataan janganlah
kamu nikahi perempuan musyrik sebelum beriman. macam mana dibolehkan kepada
perempuan yang bersifat lemah itu.
Sudah tentu perempuan (muslimah) sangat sangat dilarang
menikahi lelaki kafir.
Tidak
dinafikan dihalalkan kepada lelaki islam nikahi perempuan kafir, tetapi
perempuan kafir dhimmah sepertimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas bahawa
lelaki Islam diharuskan berkahwin dengan mereka selagi mereka ahli al-dhimmah.
Sehubungan
dengan itu ada yang berpendapat lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan
kafir ahli kitab.
Ia
berdalilkan firman Allah yang bermaksud: “
Dan dihalalkan mengahwini wanita yang menjaga kehormatan diantara orang orang
yang diberi kitab sebelum kamu”.
Perkataan kitab sebelum kamu Iaitu kitab injil yang diturunkan
kepada Nabi Isa AS, Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud AS dan kitab
Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa AS. Bukan kitab Bable dan Kitab Talmud
yang paling berbahaya itu.
Oleh itu, Hanya
sebahagian sahaja dihalalkan lelaki Islam nikahi perempaun ahli kitab sepertimana
perkataan diantara orang orang yang
diberi kitab sebelum kamu.
Mengapa
tidak? Kerana ada sebahagian orang orang yang diberi kitab Taurat dan Injil
syirik kepada Allah, iaitu Yahudi yang berpegang dengan kitab Talmud dan
Nasrani yang berpegang dengan kitab
Bable.
Hujahnya, Yahudi
dan Nasrani tidak sekali kali setuju dan
benci dengan Islam dan tidak sekali kali akan redha dengan Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu,
tidak semua perempuan ahli kitab halal dikahwini oleh lelaki Islam, kerana
sangat berbahaya.Miskipun dikatakan Saidina Uthman Affan pernah berkahwin
dengan Nailah seorang wanita Nasrani dan Talhah bin Ubaidillah berkahwin dengan
seorang wanita Yahudi di Sham.
Atas sebab
itu Saidina Umar minta Huzaifah bin Al Yaman yang berkahwin dengan perempuan yahudi
ketika di Madain supaya melepaskan isterinya itu atas sebab kebimbangan kalau
kalau terkena perempuan sundal.
Saidina Umar
menulis kepada Huzaifah, aku berharap
sebelum kau selesai membaca surat ini kamu telah lepaskannya, aku bimbang tindakan
kamu itu menjadi ikutan orang orang Islam yang lain.Mereka akan memilih
perempuan ahli kitab, kerana kecantikan mereka dan tindakan itu suatu ancaman
kepada perempuan Islam.
Saidina Umar
dari segi lain tidak suka perkahwinan itu, kerana mendatangkan kesan yang buruk
yang berkemungkinan perempuan perempuan itu dijadikan pengintap kepada musuh
dan boleh membocorkan segala rahsia gerakan Islam.
Pernah
ditanya pada Saidina Umar mengenai perkahwinan dengan wanita ahli kitab agar
ada kejelasannya.
Saidina Umar berkata, Allah mengharamkan
peremuan perempuan msyrik kepada orang Islam. Apakah syirik yang lebih besar
daripada seorang yang berkata Isa itu tuhannya atau tuhannya hamba Allah.
Macam mana
Profesor Dr siti Musdah Mulia kelahiran Amerika syarikat itu boleh berkata,
perempuan islam boleh kahwin dengan lelaki kafir tanpa perlu tukar agama. Mana
dia dalilnya.
Sudah tentu
dalilnya adalah dalil akal yang jahat terhadap islam yang telah diperjuangkan
oleh ulamak jahat bersama musuh musuh
Allah Subha nahu wataalah dan musuh musuh Nabi Mohammad SAW.
Pada hemat
penulis, perdapat yang mengatakan perempuan Islam boleh berkahwin dengan
lelaki kafir, wanita boleh kahwinkan dirinya sendiri, wanita tidak perlu wali
untuk berkahwin, perempuan boleh kahwin sama perempuan lelaki boleh berkakwin
sama lelaki.
ia tidak lain dan tidak bukan suatu ajaran
sesat dan perlu diambil tindakan oleh pihak berwajib Negara satu Malaysia ini.Jangan
sekali kali dibiar bermaharajalela nanti buruk padahnya kepada agama Islam
agama rasmi Negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)