Thursday, November 23, 2017

Husam musa orang baik?



Telingar penulis masih dengar perkataan yang berbunyi: “Husam Musa orang baik”.perkataan itu keluar daripada mulut mulut orang Pas, bukan keluar daripada mulut mulut orang Pan.

Pendek kata lidah orang pas masih duduk dalam perut Hasum Musa yang buat jahat dengan pemimpin dan kerajaaan Kelantan kini bahawa mereka yakin Husam bukan orang jahat dia orang baik.

Tidak lama dahulu, Mat Sabu disebut sebut orang Pas sendiri, bukan orang Pan bahawa (dia)  Mat Sabu orang yang sangat berjasa kepada Pas.

Pada hal, Datuk Dr Harun Din bekas timbalan mursyidul Pas pernah berkata, awas musuh dalam selimut dalam pas, gunting dalam lipatan dalam pas dan api dalam sekam dalam Pas suatu masa dahulu.

Hari ini masih ramai orang pas yang yakin bahawa Husam Musa orang baik miskipun telah dipecat keahliannya

Dalam minggu ini, Timbalan Menteri Besar, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah menyifatkan Datuk Husam Musa sebagai ‘penipu’ kerana banyak tuduhannya terhadap Kerajaan PAS Kelantan selama ini adalah tidak benar.

Dalam pada ituu,Nik Mohd. Amar yakin rakyat tidak akan terpengaruh dan percaya dengan pelbagai tuduhan  Naib Presiden PAN itu.

Husam Musa telah disifatkan sebagai seorang yang pelawok (penipu) kerana setiap kali dalam ceramahnya  menyerang kerajaan negeri itu bohong belaka. Tidak ada kebenarannya,

Sehubungan itu,  kata Nik Amar (dia) Husam Musa yang berusaha memburuk buruk kerajaan Kelantan yang pernah menjawat jawatan EXCO ini  menipu. bukan sekali, tetapi sudah banyak kali.

Kata Nik Amar lagi“Individu beginikah kita hendak jadikan sebagai pemimpin. Dia tuduh kita terima duit UMNO RM90 juta, makan duit balak, seleweng tetapi tidak tunjuk bukti.

Yang paliknya masih ramai lagi orang Pas yang percaya dan yakin Husam Musa orang Baik dan Mat Sabu orang berjasa.

Kita tak nafi Husam Musa orang baik, akan tetapi baiknya itu ada maknanya. Kalau tidak mana mungkin duduk dalam pas buat angkara yang bukan bukan terhadap Pas dan presidennya.

 Demikian juga Mat Sabu. Tidak dinafikan beliau orang berjasa kepada pas suatu masa dahulu, akan tetapi berjasa beliau juga ada maknnya.Kalau tidak mana mungkin bila kalah dalam merebut jawatan timbalan Pas dia lari dan tubuh parti lain.

“Selama ini, saya tidak pernah sebut nama dia, hari ini sebab datang tempat dia (Salor) saya sebut,” katanya ketika berucap dalam Himpunan dan Solat Hajat Perdana di Wisma Tok Guru, Salor pada Khamis.

Mengulas lanjut dalam sidang media selepas himpunan itu, Mohd. Amar berkata, pada peringkat awal, pimpinan kerajaan negeri sememangnya mengambil sikap tidak menjawab serangan Husam.

Katanya, bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu dilihat terus melempar tuduhan demi tuduhan tidak berasas.

“Tuduhan Husam terhadap kerajaan boleh dikatakan semua tidak betul,” katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Husam Musa bukan sahaja dianggap orang baik malah ada yang berkata dia orang bijak, sebab itu Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sayanginya.
 

Saturday, November 18, 2017

Amanah, Islam?



Memang Amanah itu Islam. Sahabat sahabat Nabi SAW adalah orang yang sangat amanah.Maka amanah itu sifat para para para  nabi dalam melaksanakan perintah Allah Subhanahu wataala.

Peroalan yang timbul sekarang ini parti amanah yang dibeli oleh geng yang kalah dalam muktamar Pas tidak lama dahulu dan terajui Mat Sabu itu dikatakan parti Islam baru.

Penulis boleh setuju bahawa parti Amanah yang ada niat untuk tumbangkan kerajaaan pas Kelantan pada PRU 14 nanti juga parti Islam.

Mengapa tidak? Kerana umat Islam terbahagi kepada 73 puak. Maka parti Amanah juga adalah parti Islam, kerana presidennya Mat Sabu dan Timbalannya Datuk Husam Musa beragama Islam.

Cuma mereka bukan puak Ppresiden Pasd Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man timbalannya.

Mereka menguca, mereka solat lima waktu sehari selamam, mereka puasa bulan ramadhan, mereka mengeluarkan zakat apabila cukup aurnya  dan mereka tunai haji di Mekah.

Hari ini orang tinggal solat dengan sengaja pun tak jadi kafir, sedangkan Rasulullah sebut barangsiapa yang tinggal solat dengan sengaja kafir.Tapi ulamak memutuskan mereka belum jadi kafir, kerana mereka tak kata dolat tak wajib.

Mat Sabu dan Husam Musan, rasa penulis tak inggal solat lima waktu. Oleh itu mereka masih Islam dan partinya adalah parti Islam.Cuma Islam mereka tak sama dengan Islam anutan PAS.

Fahaman mereka berbeza satu sama lain. Mat Sabu dan Husam Musa masih boleh taat dengan DAP miskipun DAP sebuah parti yang sangat benci dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Mungkin taat dengan orang kafir belum boleh dihukum sebagai kafir. Bermakna mereka masih Islam. Islam banyak puak.Puak liberal adalah puak yang sangat popular sejak akhir akhir ini di Malaysia.

Mengapa tidak? Mereka boleh minum arak, mmereka boleh makan riba mereka boleh makan rasuah, mereka boleh buat apa sahaja, hatta lelaki kahwin lelaki dan perempuan kahwin perempuan pun boleh. Bukan sekata boleh malah semua itu adalah halal.

Inilah isu yang diperjuangkan oleh para pemimpin parti Keadilan rakyat, para pemimpin BERSATU dan termasuk para pemimpin Amanah yang memang tidak amanah dengan perintah larangan Allah subhanahu wataala.


Monday, November 13, 2017

Ada benarnya Mat Sabu



Minggu lepas penulis ada dengar kata kata yang keluar dari mulut salah seorang veteran Pas Kuala Nerus.

Kata kata itu berbunyi begini: “ ada benarnya Datuk Husam Musa” yang difahamkan bahawa para pemimpin Amanah benar, sebab itu mereka keluar pas dan tubuh parti lain.

Sebelum ini, ada juga penulis dengar akan kata kata yang berbunyi: “Ada benarnya Mat Sabu.”

Sejauh mana benarnya Mat sabu sama sama lah kita lihat apa yang berlaku senerio politi tanah air pada PRU 14 nanti.

Sebab itu mereka Berjaya menubuhkan parti lain dan berhasrat untuk tumbangkan kerajaan Pas Kelantan dan rampas kerusi milik Pas di Selangor.

Pada hemat penulis ini adalah mainan Mereka  yang masih ada dalam pas antaranya Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) dan Adun Batu Burok, Dr Syed Azman yang diumumkan hadir dalam konvensyen parti Islam baru itu.

Kebanyakan yakin bahawa Amanah adalah parti Islam baru yang akan mengganti parti Pas yang dikatakan sudah lari dari perjuangan asal yang di pimpin oleh ulama yang tidak professional.

Sebelum ini pun sudah ada yang berkata Pas hanya boleh menang dua kerusi sahaja pada PRU 14 nanti dan Amanah akan memerintah Kelantan.

Kerusi manakah. Katanya kerusi yang dimiliki MB Datuk Ahmad Yaakub dan kerusi yang di milik timbalan MB Datuk Nik Amar Nik Abdullah.Manakala lain lain kerusi tumbang belaka dan jadi hak milik pakatan harapan.

Parti Islam baru (Amanah) dikatakan akan bertanding sebanyak 32 kerusi selebihnya akan diberi kepada PKR, Bersatu dan DAP.

Datuk HUsam Musa dikatakan sangat yakin Pas akan tumbang dek goyanganya pada PRU 14 nanti dan Amanah akan memerintah tanpa menyedari jika benar berlaku tanding tiga penjuru BN yang akan menang.

Wednesday, October 4, 2017

Agenda Yahudi



Maaf cakap, kerana ada sebahagian umat Islam yang marah marah mengatakan kafir itu musuh Islam.Hujah mereka, kalau mereka musuh Islam macam mana mereka suka kepada Islam dan masuk Islam.

Ada juga yang kata Yahudi dan Kristian ahli kitab. sembelihan mereka boleh makan. lelaki Islam boleh berkahwin dengan anak anak perempuan mereka.

Ahli kitab Talmud (Yahudi) dan ahli kitab Bable (kristian).Pada hal ahlu kitab yang dinyatakan Allah, ialah mereka yang memakai kitab Taurat yang diturun kepada Nabi Musa AS dan kitab Injil yang diturunkan kepadan Nabi Isa AS.

Ahli Kitab sebenarnya tidak mendurhakai Allah dan Rasul Rasul dan haram membunuh sesama manusia Mereka tidak memusuhi Allah dan nabi Muhammad SAW, malah mereka menjadi penyelamat kepada nabi nabi, termasuk Nabi Muhammad SAW  di Syam ketika ikut bapa saudaranya.

Tidak dinafikan memang ada sebahagian kafir yang suka kepada islam akan tetapi perstusnya terlalu kecil berbanding yang tak suka kepada Islam.Hujahnya, tujuh ratus keluarga yang dihalau keluar oleh Nabi SAW dari Madinah, hanya satu kelurga sahaja yang masuk Islam.

Kafir yang suka kepada Islam ialah kafir zimmi di Madinah dan bukan kafir musyrik di Mekah yang kita kenal pasti sebagai kafir harbi yang mana telah dinyatakan dalam Al Quran.

Bukan isu itu yang hendak penulis bicarakan dalam tulisan kali ini. Akan tetapi satu isu yang tidak pernah difikirkan oleh umat islam bahawa ia adalah suatu agenda besar Yahudi.

Salah seorang ustaz yang apabila ditanya berapa orang anak sekarang ini, lantas dijawab hanya empat orang sahaja.

Timbul tandatanya penulis mengapa hanya empat orang sahaja sedangkan Islam mahu umatnya ramai  anak dalam satu satu keluarga.

Sesungguhya Nabi Mohammad SAW amat suka dan gembira dengan keluarga yang punya ramai bilangan anak anak.

Apabila ditanya mengapa hanya empat anak sahaja, lantas dijawab yang berbunyi: Nak buat macam mana itu sahaja yang boleh.

Apakah ia sudah ditakdir hanya mempunyai empat orang sahaja. Kalau sudah ditakdir, mana mungkin ada manusia yang melawan takdir Allah.

Tandatanya masih bermain di fikir penulis bahawa ini pasti kelahiran kelahiran meerusi penbedahan yang menjadi kegemaran para doktor bedah di Hospital milik kerajaan di Malaysia.

Sebab itu isteri ustaz tadi tidak boleh melahirkan anak lagi kerana telah dihadkan hanya empat orang sahaja dapat dilahirkan secara penbedahan, kerana kebanyakan  isteri dinasihat ikat peranakan agar tidak boleh hamil lagi.

Mengapa isteri melahirkan anak menerusi penbedahan secara tak normal, sedangkan mereka mempunyai faraj sebagai jalan untuk melahirkan anak secara normal.

Inilah isu yang hendak penulis kemukakan dan difikirkan mengapa boleh berlaku demikian. Pasti ada suatu agenda untuk menghadkan kelahiran umat Islam diaras muka bumi Allah ini.

Hujahnya, Yahudi semamangnya tidak suka dengan kanak kanak lelaki dan perempuan.

 Sesungguhnya hari hari mereka membunuh kanak kanak Islam di Palestin. Malah disamping orang dewasa, kanak kanak lelaki dan perempuan dijadikan masngsa paling kejam dan zalim.

Oleh itu, hujah ramai ibu umat Islam melahirkan anak menerusi penbedahan adalah suatu agenda yahudi yang tidak pernah difikirkan oleh para pemimpin Umat Islam sedunia, termasuk di Malaysia dahulu dan kini.

Tidak pernah terfikir oleh kita bahawa rancangan keluarga yang diterima pakai oleh Negara kita juga suatu agfenda yahudi supaya menghadkan kelahiran kanak kanak umat islam.

Yahudi Berjaya menghadkan kelahiran umat islam di atas muka Allah menerusi perancang keluarga dan penbedahan yang cukup popular sekarang ini.

Pendek kata kebanyakan ibu muda yang hamil memilih melahirkan anak menerusi penbedahan atas nasihat doktor, sedangkan itu bermakna melawan takdir Allah yang telah ditetapkan masa dan ketika seorang bayi keluar dari perut ibunya.

Macam juga mati, tidak boleh dilambatkan dan tidak boleh dicepatkan, kerana Allah telah tetap nyawa mereka di cabut. Akan tetapi mereka boleh cabut nyawa mereka sendiri dicepatkan kematiannya.

Demikian juga yang berkaitan dengan kelahiran bayi. Mereka boleh usaha untuk dicepatkan kelahirannya apabila ibu ibu yang hamil dan cukup bulannya sedang bertarung dengan maut dilahirkan secara penbedahan.

Inilah cara mudah dan disukai oleh kebanyakan ibu ibu muda yang hamidl dan suami suami yang  kesian melihat kesakitan yang ditanggung semasa hendak melahirkan, 
lantas bersetuju dan menurunkan tanda tangan untuk dibedah tanpa menyedari itu adalah agenda yahudi untuk menghadkan kelahiran umat Islam diatas muka bumi Allah.
 




Sunday, September 10, 2017

Poligami tidak ikut sunnah?



Sebelum ini penulis terkejut apabila salah seorang ustazah Dalam TV berkata poligami bukan sunnah.

Hari ini (Hari Rabu 26 Julai 2017) salah seorang kawan kedai kopi Pekan Batu Enam Kuala Nerus, berkata poligami tidak ikut sunnah.

Poligami bukan sunnah tidak masuk akal, kerana poligami telah diamalkan oleh Rasulullah SAW. Maka ia adalah sunnah.

Manakala poligami tidak ikut sunnah, masuk akal dan munasabah, kerana Rasuluallah SAW berpoligami setelah Siti Khadijah meninggal dunia.

Hari ini, umat Islam berpoligami dua tiga dan empat semasa isteri pertama masih hidup.

Oleh itu, sangat menusabah poligami umat Islam tidak ikut sunnah sepertimana yang telah diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Mungkin atas sebab itulah poligami yang diamalkan oleh orang Islam yang dikatakan tidak ikut sunnah jadi kacau bilau.

Pendek kata kebanyakan rumah tangga mereka yang berpoligami hancur lebur dan porak peranda.

Tidak dinafikan ada rumah tangga mereka bahagia, akan tetapi kebanyakan hancur lebur sepertimana yang berlaku dan hakikatnya tidak bahagia.