Saturday, April 18, 2009

Mengapa tiada seorang ahli parlimen Terengganu dilantik timbalan menteri

Datuk Seri Mohd Najib Razak, berjanji dengan Umno Terengganu bahawa Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh akan dilantik sebagai timbalan menteri jika menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu tidak lama dahulu.

Oleh itu, kesemua Ahli Parlimen Terengganu menaruh keyakinan akan ada salah seorang dilantik sebagai timbalan menteri yang pernah diberikan kepada Allahyarham Razali Ismail dan Datuk Wan Ahmad Farid.

Apabila Wan Ahmad Farid kalah dalam pilihanraya kecil tempoh hari sudah pasti dia tidak akan dilantik semula, tetapi harus ada salah seorang yang dilantik sebagai timbalan menteri yang dikuotakan itu.

Malangnya pengumuman kabinet baru tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Terengganu dilantik dan disamping nama Datuk Seri Idris Jusoh yang menang jawatan ahli majlis tertinggi juga disebut sebut akan dilantik menteri turut tersingkir.

MIC jelas dan nyata menyatakan tidak puas hati dengan kebinet baru yang diumumkan oleh perdana menteri baru yang menggunakan motto satu Malaysia dan mengutamakan rakyat dan mendahulukan prestasi.

Orang Terengganu rata rata merasa tidak puashati dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak keatas Umno Terengganu. Barangkali orang Umno juga turut merasai demikian.

Penulis percaya keenam enam orang Ahli parlimen Terengganu merasa kecewa apabila tiada seorang pun dilantik menjawat jawatan timbalan menteri dalam kabinet baru perdana menteri keenam.

Begitulah nasib malang yang menimpa Umno Terengganu ketika Malaysia mendapat perdana menteri baru yang mengutamakan rakyat.

Tak kan tiada seorang pun layak dilantik sebagai timbalan menteri yang pernah diperuntukan kepada Umno Terengganu.Atau dua orang yang pernah disebut sebut akan dilantik sebagai timbalan menteri itu orang Tun Abdullah Ahmad Badawi?

Sebab sekarang ini seramai 34 orang ahli parlimen di negara ini dianggap orang PaK Lah. termasuk Datuk Idris Harun, timbalan menteri pengajian tinggi tidak dilantik semula.

Kalau Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh layak dilantik sebagai timbalan menteri keselamatan dalam negeri ketika Malaysia di terajui Tun Abdullah Ahmad Badawi, masakan tiada seorang yang layak.

Kalau tiada seorang ahli parlimen yang layak, takan Datuk Seri Idris Jusoh yang pernah dilantik sebagai timbalan menteri perusahaan awam suatu ketika dahulu juga tidak dapat dipertimbangkan.

Atau Idris Jusoh masih tidak mendapat perkenan Al Sultan Terengganu untuk dilantik semula sekurang kurangnya sebagai timbalan menteri yang pernah diperuntukan kepada Terengganu itu.

Penulis ketika tumpang sekaki berbual pasal tiada orang Umno Terengganu dilantik timbalan menteri penuh dalam telinga dengan kata kata yang berbunyi: ”tunggulah apa akan terjadi di Terengganu pada pilihanraya umum ke 13 nanti.”

Kata kata itu berupa amaran yang datang dari orang Terengganu berhubungan dengan kabinet baru yang dibuat oleh Mohd Najib yang berjanji akan buat perubahan besar dalam Umno.

lebih-lebih lagi Timbalan perdana menteri Tan Sri Mahyiddin Yassin telah buat janji bahawa dalam masa dua tahun akan berlakulah perubahan pada Umno yang lemah selama ini.Bermakna Umno akan kuat semula.

Kata kata itu dapat penulis gambarkan bahawa orang Umno akar umbi Terengganu sangat kecewa dan marah marah dengan Datuk Seri Mohd Najib yang bertindak tidak melantik ahli parlimen Terengganu sebagai timbalan menteri yang pernah diberi sebelum ini.

Memang orang Umno Terengganu tersangat marah, malah ada desas desus akan ada seorang ahli parlimen yang keluar parti dan letak jawatan dalam masa yang terdekat ini yang menyebabkan akan ada satu lagi pilihanraya kecil Terengganu sebagai langkah mencabar perdana menteri baru.

Itu cakap yang penulis dengar meniti dari mulut ke mulut yang pasti hanya khabar angin sahaja sepertimana yang usul undi tidak percaya terhadap Datuk Ahmad yang juga merupakan khabar angin.Tidak lebih daripada itu.

Semua sedia maklum bahawa orang Umno tidak akan berbuat demikian, kerana mereka mungkin masih ada peluang lain sepertimana yang diperolehi Datuk Abdullah Mat Zain dan dilantik sebagai penasihat agama perdana menteri yang bertaraf menteri.

Demikian juga apa yang berlaku keatas Idris Jusoh yang tidak mendapat perkenan sultan untuk dilantik kali ke dua sebagai menteri besar Terengganu diberi pengerusi MARA sebagai Kenang jasa atau jasamu dikenang.

Hal itu dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dipertikaikan kewibawaanya dan ketika sedang menunggu masa untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Razak.

Tidak mustahil ada seorang dua ahli parlimen Terengganu yang disebut sebuat akan dilantik sebagai timbalan menteri akan diberi jawatan lain yang juga bertaraf menteri dengan tujuan untuk meredakan kemarahan.

Sehubungan dengan itu Jam sebelas pagi (khamis) 9 April 2009 penulis didatangi bekas ketua biro ekonomi Umno salah satu bahagian di negeri Terengganu.

Beliau memberitahu penulis tiada seorang pun ahli parlimen Terengganu dilantik sebagai timbalan menteri.

”Menteri?” tanya penulis. ”Datuk Ahmad Shabery Cheek mungkin bertukar ke kementerian lain,” katanya.

Rupa rupa apa yang dinyatakan itu benar menjadi kepada kenyataan, Ahmad Shabery diberi jawatan menteri Belia dan Sukan.

Beliau beritahu penulis, memang setakat hari ini tiada seorang pun ahli parlimen Terengganu yang layak dilantik sebagai timbalan menteri. Apa lagi menteri yang memerlukan ketokohan yang benar berwibawa.

Memang pun, Datuk Razali Ismail yang dilantik sebagai timbalan menteri pelajar itu adalah bekas seorang pengarah maktab perguruan, dan bekas pengarah pelajaran Terengganu dan bekas pengarah bahagian pengambilan dan penempatan guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Itu pun selepas satu penggal menjadi menjadi ahli parlimen dan pengerusi PTPTN baru layak dilantik sebagai timbalan menteri pelajaran.

Bayangkan layakkah ahli parlimen yang ada sekarang. misalnya Datuk Mohd Jidin Shafie,Ahli Parlimen Setiu, yang pernah menjadi EXCO kerajaan negeri, Datuk Nasir Ibrahim Fikri, Ahli parlimen Kuala Terengganu yang pernah jadi pengerusi Golden Pharus. Mohd Nor Othman, Ahli parlimen Hulu Terengganu bekas guru dan Matulidi Jusoh Ahli Parlimen Dungun, bekas pegawai tadbir KETENGAH.

No comments: