Tuesday, June 24, 2008

Poligami penyelesai permasalahan rumah tangga


Kalau Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) amat terkilan dengan pandangan dan saranan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, bagi saya pula tersangatlah terkejut dan dukacita dengan hukuman Profesor Madya Dr Harlina Halizah Siraj, berkata poligami bukan penyelesai masalah rumah tangga.

Kalau beliau seorang wanita yang benar-benar beriman mana mungkin tergamak mengatakan , “Poligami bukan penyelesai masalah rumah tangga”. Inilah yang membuat saya terkejut. Lebih-lebih lagi wanita JIM tidak sama sekali menyangkal keharusan hukum berpoligami di dalam Islam ataupun mahu menafikan hikmah-hikmah yang terkandung di dalam hukum tersebut.

Kalau tidak menyangkal mengapa berkata demikian rupa? Kalau “Sisters in Islam” yang berkata begitu tidak mengapalah, kerana wanita Sisters in Islam terdiri daripada wanita yang benci akan poligami. Oleh kerana mereka terdiri daripada wanita yang benar-benar tidak beriman, maka wajarlah mereka bertindak mencadangkan supaya lelaki mengamal “monogami” sepertimana yang diperjuangkan oleh kebanyakan wanita Indonesia.

Adalah suatu yang amat tidak wajar jika wanita yang benar-benar beriman tergamak berkata apa sahaja terhadap poligami yang diharuskan oleh Islam. Ini menampakkan bahawa mereka juga turut memberi saham tidak setuju dengan poligami. Ini mendukacitakan umat Islam.Apatah lagi bagi mereka yang masih keliru dengan poligami.

Bagaimana pun Profesor Madya Dr Harlina Halizah Siraj, bukan tergolong dalam kumpulan itu. Sebab itu saya sangat terkejut. Lebih-lebih lagi selama ini pun jarang saya dengar perkataan seumpama itu. Malah apa yang dilafazkannya itu boleh mejerumuskan wanita Islam kepada rosak akidah.

Saya tidak tahu mengapa beliau tergamak berkata demikian. Mungkin terlalu ikut emosi maka terlalu emosional itulah yang menyebabkan beliau tergamak berkata poligami bukan penyelesai masalah rumah tangga, iaitu termasuklah menafikan akan bukti sejarah seorang lelaki miskin apabila berpoligami menjadi kaya-raya.

Kalau beliau berkata pengamal poligami kini bukan penyelesai masalah rumah tangga barangkali saya boleh diterima. Kerana itu adalah perbuatan yang melibatkan batang tubuh manusia yang serba lemah dan serba kekurangan. Atau dengan kata lain, manusia itu tidak sunyi dari melakukan kesilapan.

Tetapi berkata poligami bukan penylesai masalah rumah tangga suatu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan. Lebih-lebih lagi poligami diharuskan oleh Islam yang pasti merupakan kaedah untuk menyelesaikan permasalahan rumahtangga manusia yang benar-benar beriman.Bagi mereka yang tidak beriman tiada jaminan hikmah-hikmahnya.lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak rela (redha) dimadukan.

Sebab itu hanya perempuan yang benar-benar beriman sahaja yang boleh menerima suaminya berpoligami dan dapat manfaat daripadanya. Bagi yang benar-benar tidak beriman pasti memberontak iaitu tidak boleh menerimanya sama sekali miskipun suaminya terdiri daripada mereka yang berkemampuan “lahir dan batin”.

Keadilan menjadi syarat pertama kepada setiap lelaki yang hendak berpoligami, Kemampuan lahir dan batin juga menjadi syarat keduanya. Jika kedua-dua syarat dapat dipenuhi maka inilah yang diharuskan mereka berkahwin lebih daripada satu. Tetapi kita kena ingat setiap sesuatu yang diharuskan oleh Islam ianya mesti tertakluk kepada mereka yang benar-benar beriman.

Sebab itu poligami yang dilakukan oleh golongan “ulama silam” jarang menemui kegagalan. Malah rumah tangga mereka aman damai, cukup bahagia dan bukan sahaja boleh menyelesaikan permasalahan rumahtangga malah keluarga mereka mendapat keberkatan kerana diredhai oleh Allah Subhanahu wataala.

Disini dapat kita lihat bahawa punca kegagalan poligami kini ialah disebab oleh isteri-isteri yang memberontak. Bermakna mereka tidak redha dengan amalan poligami suami. Tidak dinafikan suami juga turut memberi saham mengucar-ngacirkan rumah tangga yang di bina berpuluh-puluh tahun lamanya, termasuklah terhadap mereka yang mampu “lahir dan batin”.

Yang anehnya ada di antara isteri-isteri yang tergamak menfailkan “fashah” atas sebab suami berkahwin seorang lagi (poligami) yang peliknya mereka tidak menfailkan “fashah” jika suami mereka simpan perempuan, berzina atau minum arak. Sedangkan dalam Islam membenarkan isteri manfailkan fashah terhadap suami yang berbuat sedemikian.

Mengapa jadi begitu? Puncanya ialah isteri-isteri yang tidak ikut Islam dan tidak pernah redha dengan kes suami yang mengamalkan poligami. Ingat, bahawa poligami itu adalah yang diharuskan oleh Islam. Sesiapa yang benci dengan suami yang berpoligami maka tunggulah akibatnya, miskipun dia adalah seorang “Datuk” yang ada harta melimpah-ruah sekalipun.

Kita juga kena ingat bahawa apa sahaja yang diharuskan oleh Islam adalah suatu yang baik walaupun kita “benci”. Kita juga kena ingat sesuatu yang kita “suka” kadang-kadang tidak baik bagi kita. Ini telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu wataalah dalam Al-Quran.

Maka tersangat malanglah jika Profesor Madya Dr Harlina Halizah Siraj berkata poligami bukan penyelesai masalah rumah tangga. Jangan sekali-kali jadikan sandaran kepada kes-kes yang walaupun realitinya tidak dapat dinafikan, tetapi itu adalah hasil kajian yang dibuat berdasarkan kepada apa benar-benar berlaku itu adalah disebabkan tangan-tangan manusia yang jahil atau “silap kamu sendiri”.

Saya pernah membuat satu kajian dan kajian itu telah diterbitkan oleh Majalah Al-Islam (Utusan Melayu Sdn Bhd) pada tahun 80 an sebanyak empat keluaran selama empat bulan berturut.

Sebab itu saya sangat bimbang dengan pandangan seumpama ini. Jika pandangan ini sampai kepada orang jahil dalam Islam, sudah pasti ia dijadikan sandaran untuk memburukkan hukum Islam, kerana orang yang bercakap itu seorang wanita yang memperjuangkan Islam. Lebih-lebih lagi beliau menggunakan plakform “Jamaah Islah Malaysia”.

Mana boleh kita jadikan kes-kes poligami kini sebagai sandaran tanpa merujuk kepada kes-kes yang berlaku di zaman Nabi Mohammad SAW. Apa pula pandangan kita terhadap poligami yang diamal oleh Rasulullah SAW. Kalau ia bukan untuk menyelesaikan masalah rumahtangga mengapa pula poligami diharuskan dan dijadikan amalan.

Allah Subha Nahu wataala menyuruh lelaki yang mampu lahir dan batin berkahwin lebih daripada satu (poligami) dengan bemaksud: “berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenana”. Walaupun ada pendapat bahawa ayat ini tidak bermakna Allah menyuruh berpoligami. Tapi bagi saya ayat ini berupa ayat “suruhan jika mampu lahir dan batin.”

Lihat firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu tidak tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka) maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan perempuan (lain). Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan) seorang sahaja. Atau (pakailah) hamba hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman” (surah An-Nisaa’ ayat 3).

Allah Subhanahu Watala sudah mengajar Rasulullah SAW supaya dijadikan ikutan yang diharuskan. Bukan wajib. Tetapi itulah kaedah untuk menyelesaikan permasalahan rumah tangga. Bukan menjadi “musibah” sepertimana yang berlaku terhadap poligami kini. Cuma kita sahaja yang salah fahaman terhadap Islam sehingga tergamak menafikan dan mengatakan “poligami bukan penyelesai masalah rumah tangga”.

Walhal poligami itu, mengikut ayat diatas merupakan kaedah untuk menyelesaikan permasalahan rumah tangga, termasuk berlaku zalim terhadap isteri-isteri yang dikahwini yang menyebabkan rumahtangga yang dibina selama ini runtuh dan hancur lebur dek kerana isteri-isteri yang tidak rela dimadukan. Macam mana boleh kita katakan “madu” lebah itu “pahit” sedangkan ia “manis”.

Sesungguhnya tiada ada seorangpun manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini mengatakan “madu lebah itu pahit”, kecuali bagi mereka yang “bermadu” sahaja yang merasa kepahitannya, kerana tidak redha dengan takdir Allah dan di katakan perbuatan suami sebagai tidak adil kerana berkahwin seorang lagi, tanpa menyedari yang mereka juga tidak berlaku adil terhadap proses poligami yang diharuskan.

Kalau kita sudah redha Allah Subha nahu Wataala itu Tuhan kita, mana mungkin kita tidak redha dengan ketentuannya (takdir) yang telah ditetapkan bahawa kita telah dimadukan.Yang peliknya kebanyakan wanita kini menganggap poligami itu sebagai “musibah”. Pada hal poligami itu suatu hikmah yang enggan diterima oleh kebanyakan perempuan yang jahil. Kecuali bagi perempuan-perempuan yang benar-benar beriman sahaja redha dengan takdir itu dan bermaufakat baru dapat berakah.


Sunday, June 8, 2008

Apa kata orang Terengganu terhadap Anwar diramal masuk UMNO

Sebelum seorang penganalisis politik meramalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat permohonan menyertai semula UMNO, orang Terengganu, terutama sekali penulis yang pernah berkata memang ya.

Datuk Abu Bakar Chik dikatakan juga setuju dengan ramalan itu, kerana Anwar Ibrahim, memang selama-lamanya sudah menyimpan cita-cita untuk menjadi perdana menteri Malaysia.

Sebelum ini beliau pernah menyebut demikian atas sebab betapa sukarnya Datuk Seri Anwar membuat keputusan untuk menyerti mana-mana parti.Tapi ramai ahli-ahli Umno melambai-lambai tangan.

Sehingga sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim belum menjadi mana-mana “ahli” baik kepada Parti keadilan rakyat sekalipun.

Asasnya ialah menyertai Umno dengan “ijtihad politik” atas nama agama apabila “kesilapan dapat satu pahala” dan “jika betul mendapat dua pahala”.Sebab-sebab beliau berbuat demikian, kerana tidak mendapat restu mesyuarat sampai 3 pagi.

Akhirnya beliau Umno hasil usaha yang pernah dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah keluar parti bersama tiga orang pengikut setianya iaitu Sanusi Juned, Tun Dr Hasmah dan Makhzani.

Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad tidak berbuat demikian. Penulis tidak tahu mengapa anak didik tidak menerima ajakan bapaknya yang berikrar akan masuk semula Umno jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.

Mengapa Anwar akan memohon semula untuk masuk Umno, tidak lain tidak bukan bahawa parti itu adalah satu-satunya wadah bagi membolehkan beliau mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Kata orang Terengganu yang dekat dengan para pemimpin Pas adalah munasabah, kerana beliau ketika diajak menyerti Pas memberi jawapan yang dia sekali kali tidak akan masuk Pas.

Ini dapat kit baca analisa Pengarah Institut Pengajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin bahawa ada tanda-tanda jelas perkara itu akan berlaku.

Kita tidak tahu sama ada ia akan berlaku dalam masa terdekat ini atau sebaliknya. Tapi boleh diambil kira dengan permohonan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor untuk menyertai UMNO baru-baru ini.

Mohamad Ezam Mohd Noor sebelum ini telah menuduh Anwar dengan berkata, Anwar bukan orangnya yang berupaya membela nasib Melayu disebut oleh orang Terengganu itu hanya mainan orang politik sahaja.

Kata Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, kemasukan bekas orang kuat Anwar itu tidak boleh dilihat sebagai 'Kuda Trojan' seperti disangka banyak pihak sebaliknya beliau adalah 'landasan kereta api' bagi membuka laluan untuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu kembali kepada UMNO.

Penulis rasa itulah kaedah yang sebaik-baiknya, kerana orang boleh tertipu dengan sepak terajang politik licik Anwar dan orang-orangnya. Sebagi Contoh masih ramai orang Anwar kekal didalam Umno, termasuk Profesor Dr Sidek Baba.

Beliau pernah menyatakan kalau bukan kita siapa lagi yang akan berdakwah orang Umno yang sesat jauh.

Kata Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin Kejutan''Saya tidak pasti sama ada ramalan ini akan menjadi kenyataan atau tidak tetapi semua orang tahu bahawa banyak kejutan sering berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini,"

Baru-baru ini di muka depan akhbar siasah menggunapakai judul “57 peratus mahu Anwar PM” melalui satu kajian yang dibuat oleh sebuah badan di Lembah Kelang bahawa 57 peratus penduduknya bersetuju menjadi perdana Menteri.

Kajian itu tidak menyebut melalui parti mana. Pakatan rakyat ke atau Umno, tapi itulah kemahuan penduduk lembah Kelang antara pusat yang tersangat popular dalam serba serbi selepas Bukit Bintang.

Anwar akan masuk semula bukan dibuat melalui kajian, tetapi ianya disebut Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin pada sesi dialog selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Pembangunan Negara Bangsa dan Negara Etnik di Malaysia pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-22 tidak lama dahulu.

Menurut Shamsul Amri, bukti bahawa Anwar masih berminat untuk kembali kepada UMNO jelas apabila beliau sehingga kini tidak pernah membuat permohonan menjadi ahli PKR walaupun beliau adalah Penasihat parti itu.

Bercakap pasal 57 peratus mahu Anwar PM Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, Anwar juga akan memilih UMNO kerana merasakan bahawa beliau hanya akan menjadi Perdana Menteri selama '25 minit' sekiranya dapat memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai pakatan pembangkang.

Kata beliau lagi ''Perkara ini boleh berlaku kerana pakatan terbabit sebenarnya tidak kukuh dan terdapat kemungkinan Pas akan keluar dan bergerak bersendirian.

''Kita juga harus ingat bahawa yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk menolak pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dan apa yang berlaku di Terengganu membuktikan kemungkinan ini tidak boleh diabaikan," ujarnya.

Tambah beliau, Anwar dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapat sokongan di kalangan ahli-ahli UMNO kerana beliau dilihat mempunyai pengaruh di peringkat antarabangsa.

''Sebelum ini terdapat jangkaan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi sokongan terhadap beliau semakin berkurangan kerana dilihat terlalu banyak bersikap mendiamkan diri membabitkan isu-isu berkaitan perubahan kepimpinan negara," katanya.

Sunday, June 1, 2008

Mampukah Datuk Ahmad Said perbetulkan benda yang tidak betul

Kebanyakan rakyat Terengganu “negeri cantik budaya menarik ini” percaya kepada Datuk Ahmad Said, Menteri besar baru Terengganu yang ada misi dan visi itu berupaya untuk memperbetulkan apa-apa yang tidak betul

Apabila kita baca kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh Datuk Ahmad Said menteri besar baru Terengganu, maka fahamlah kita dengan apa-apa yang dilaksanakan sepanjang empat tahun Datuk Seri Idris Jusoh menjadi peneraju.

Baca oh baca, maka dapatlah kita buat kesimpulan bahawa apa-apa yang dilaksanakan pada zaman Datuk Seri Idris Jusoh, hampir semua program dan projek baik yang mewah mahu yang tidak mewah rupa-rupanya tidak “betul” disisi Menteri Besar baru. Bermakna “belut”berlaka yang berlaku. Pendek kata apa-apa yang dilaksanakan tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Demikian juga dengan piala Monsun Cup yang disifatkan oleh bekas EXCO Datuk Wan Hisham Wan Salleh, sebagai program yang menguntungkan penduduk Pulau Duyung khasnya. Itu hanya dakwaan sahaja, sedangkan orang Pulau Duyung sendiri menyatakan tiada satu manfaat yang diperolehinya.

Atas sebab itu Senator Roslan Awang Chik, mahu supaya program membazirkan wang itu diberhentikan segera. Mampukah Datuk Ahmad Said berbuat demikian. Kalau beliau benar-benar mahu memperbetulkan yang tidak betul sudah tentu diberhentikan.

Bukan setakat tidak mendapat sebarang manfaat kepada penduduk Pulau Duyung, malah telah dipinggirkan, termasuk janji “orang Duyung dapat rumah berharga RM100,000 hanya bayar harga RM40,000. sahaja. Murah memang murah, tetapi janji itu hanya tinggal janji. Juga Turut dinafikan haknya, kerana rumah itu hanya untuk disewa sahaja. Bukan untuk dimiliki. Mereka tertipu lagi.

Khabarnya yang dapat faedah ialah lebih 50 peratus wakil rakyat dipilih oleh rakyat dalam musim pilihanraya umum ke 11 dahulu.Bererti 16 atau 18 orang wakil rakyat sahaja yang dapat faedah dari 28 orang.

Sesetengah mempertikaikan piger itu, lantas berkata hampir semua wakil rakyat Umno dapat faedah, termasuk beberapa orang yang bergelar “Ustaz” yang bukan sahaja hidup bergaya malah kelihatan begitu mewah.

Sebagai bukti, lebih lima puluh peratus wakil rakyat dahulu sombong. Bukan setakat sombong, tapi angkuh, malah mereka itu tidak hairau akan rakyat, kerana sibuk kumpul harta. Ini telah dinyatakan oleh Senator Datuk Roslan Awang Chik yang juga pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu.

Sikap seumpama itu suatu yang tidak betul dan perlu diperbetulkan. Atau dengan kata lain ianya kelihatan “kotor” yang bererti “tidak bersih” yang perlu dibersihkan supaya kelihatan “bersih” dan “suci.”sesuai dengan prinsip MB yang tidak suka di ampu bodek.

Jika pakai kain “kotor” pasti dibasuh supaya bersih. Demikian juga tugas Datuk Ahmad Said, menteri besar Terengganu yang buat kenyataan demi kenyataan yang dia sangat prihatin dengan apa yang tidak betul yang dilaku oleh Menteri Besar dahulu.

Kalau kita kata yang Datuk Ahmad Said hanya “cakap tak serupa bikin” ada yang bangkit berkata jangan prejudis dahulu. Tengok dahulu. Mana tahu bukankah belaiu baharu sahaja dilantik menerajui negeri Terengganu ini.

Yang peliknya sudah apa orang PAS yang percaya dan yakin, Datuk Ahmad Said boleh betul apa yang tidak betul. Memang boleh percaya, kerana beliau sejak menjadi MB ini kelihatan begitu lantang berbangkit perkara-perkara yang tidak betul.

Bukan setakat percaya dan yakin, tetapi sudah ada pihak yang melabelkan Datuk Ahmad Said, “badannya” Umno “hatinya” PAS. Sampai begitu sekali. Begitulah ukuran sesetengah pihak tanpa menyedari Ahmad Saidlah orang yang pernah di siasat Badang Pencegah Rasuah (BPR).

Barangkali anda semua sudah lupa dengan keputusan yang dibuatnya ketika melantik barisan EXCO yang membabitkan tujuh orang muka baru dan tiga orang muka lama yang di kekalkan.

Kalau beliau benar-benar mahu perbetulkan perkara yang tidak bertul, atau dengan kata lain mahu membersihkan kekotoran yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Idris Jusoh mana mungkin tiga muka lama dilantik semula.

Tiga muka lama yang dilantik semula itu, mereka adalah merupakan wakil rakyat yang sibuk kumpulan harta yang disebut oleh Senator Datuk Roslan Awang Chik tidak lama dahulu. Beliau kelihatan sangat-sangat mengharapkan berlaku perubahan dalam kerajaan Terengganu kearah memberi manfaat kepada semua rakyat, bukan untuk dikaut oleh wakil rakyat-wakil rakyat sahaja.

Kenyataan itu tidak dinafikan oleh sesiapa pun. Bermakna ianya suatu yang benar sebenarnya.Tetapi mereka lantik semula sebagai EXCO. Jika beliau berkeinginan atau cenderung untuk perbetulkan perkara yang tidak betul,mustahil orang yang jelas tidak betul diambilnya semula.

Cerita terbaru yang penulis dengar bahawa “Mie” orang kuat Datuk Seri Idris Jusoh datang berjumpa Datuk Ahmad Said meminta menandatangani surat kelulusan satu kawasan “balak” bernilai RM 5 juta.

Sama ada Datuk Ahmad Said, “tandatangan” atau tidak penulis tidak tahu. Tapi penulis dengar semuanya sudah beres. Mungkin atas sebab itulah Datuk Ahmad Said, sebut yang dia tidak suka “di ampu” selepas “Mie” datang menemuinya di Tingkat 16 Wisma Darul Iman tidak lama dahulu.

Dengar cerita dari sumber yang boleh dipercayai bahawa adik “Mie” berada bersama-sama Datuk Ahmad Said yang tidak suka di ampu. Tidak lama kemudian Setiausaha Politik MB Wan Ahmad Nizam menyatakan pembodek tidak layak berada didalam Umno. Siapakah sebenarnya pembodek itu?

Bagaimana mahu menyahkan pembodek keluar dari Umno Terengganu, sedangkan orang yang tidak bersih pun tidak mampu dikeluarkan oleh Bossnya.

Cakap bukan main sedap, tetapi bagaimana pula dengan tindakan yang telah, sedang akan dilakukan. Apa pula akan terjadi apabila royalty minyak lima peratus itu tetap atas nama “Dana Khas” dan Datuk Ahmad Said sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu selepas Disember nanti.

Dana Khas merupakan durian runtuh bagi Datuk Seri Idris Jusoh, bagaimana pula dengan Datuk Ahmad said yang bina rumah yang kosnya RM3 juta belum siap itu.Apakah beliau mampu. Sama-samalah kita tunggu dan lihat sendiri apakah yang akan terjadi?

Monday, May 26, 2008

Tindakan para pemimpin Umno sokong membawa rebah

Motif kebanyakan para pemimpin Umno sejak dahulu hingga kini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengumpul harta sebanyak mungkin. Dapat selembah, mahu selembah lagi. Inilah yang di perjuangkan para pemimpin Umno, termasuk Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Siapa tidak kenal siapa sebenar Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjawat jawatan Menteri Besar Johor dahulu yang kini cuba berlakon dengan watak yang sama apabila dilantik menjadi menteri penuh.

Untuk menunjukkan yang beliau adalah seorang yang sangat sayangkan Umno dan cuba menggunakan pendekatan yang berbunyi: “Saya kena bersuara demi Umno.”

Rakyat Malaysia kenal siapakah Tan Sri Muhyiddin Yassin, walaupun beliau hendak tunjuk baik dan akan terus bersuara dan membuat teguran untuk memastikan semangat perjuangan dan keutuhan parti sentiasa berkekalan.

Teguran yang di buat itu bukan atas nama keikhlasan, tetapi atas nama mahu sesuatu yang mungkin tersirat dan kelihatan ternyata tersurat dalam situasi Umno 'berbahaya' seperti sekarang,

Beliau mencari peluang untuk naik diatas menjadi sekurang-kurang sebagai timbalan perdana menteri dan terus ke pangkat perdana menteri jika peralihan kuasa berlaku sama dalam masa terdekat atau selepas Disember ini.

Bayangkan jika dapat menjadi timbalan perdana dan perdana menteri. Usah menjawat jawatan itu, malah jawatan menteri besar Johor dahulu pun beliau sangat terkenal dan popular sebagai seorang menteri yang kayaraya.

Bukan dirinya sahaja yang kayaraya malah kroni-kroni turut menjadi kaya. Bukan setakat kroni malah sanak saudara, adik beradik pun turut jadi kayaaraya.

Yang menghairankan kita sudah hampir separuh negeri Johor telah di miliki oleh orang asing terutama sekali rakyat Singapura yang banyak mendapat faedah berbanding dengan rakyat Johor sendiri.

Jika beliau berkata yang beliau bersedia memberi pandangan dan sumbangan kepada parti. Adalah suatu pembohongan yang amat sangat. Beliau lebih layak disebut sebagai seorang pengkhianat orang Melayu dan pengkhianat negara dan pengkhianat Umno.

Beliau sebagai sebahagian daripada pemimpin UMNO yang bertujuan untuk menghancurkan perjuangan Umno, walaupun beliau mendakwa akan melakukan apa yang di fikirkan wajar dan berlandaskan pertimbangan yang waras dalam bertindak atas prinsip perjuangan parti.Itu hanya retorik sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Kalau beliau bertindakan atas prinsip perjuangan parti, mana mungkin beliau tergamak mengamalkan apa-apa perkara yang boleh melemahkan orang Melayu dan kerajaan Johor dibawah takluknya dan membiarkan orang Melayu jadi miskin dan segala peluang diberikan kepada orang asing.

'Tidak usah bercakap yang beliau bersedia memberi sumbangan dan pandangan terbuka. Sama ada ia sedap didengar, pahit didengar atau tajam didengar, itu bukan soalnya.Tetapi rakyat Malaysia sudah cukup mual dan muak dengan cakap tak serupa bikin ini.

'Kamu boleh bersuara, tetapi orang bodoh sahaja yang boleh percaya dan mudah percaya dengan apa-apa teguran kamu. Suara kamu tidak akan didengar oleh rakyat yang IQ tinggi Cuma yang IQ rendah sahaja yang tertipu.

Kamu bersuara, kerana kamu sudah nampak bahawa peluang kamu untuk menjadi timbalan perdana menteri adalah cerah, jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan. Itulah yang penting, sebab itu kamu bersuara dalam situasi ini.

Mengapa sebelum ini dalam kedudukan umno 'berbahaya', kamu duduk selesa dan menganggap ini sebagai satu perkara biasa. Apabila ada desakan daripada Dr Mahathir Mohammad mahu supaya perdana menteri meletak jawatan kamu nampak begitu ghairah, berkata sesuatu termasuk meminta supaya orang yang kalah dalam pilihanraya jangan dilantik apa-apa jawatan dalam Kabinet.

Jawapan kamu dengan berkata, walau pun ada ahli kecewa dengan tindakan Dr. Mahathir, beliau yakin 99 peratus ahli kekal dalam Umno demi meneruskan perjuangan agenda Melayu dan Islam.''Walaupun rasa kecewa Dr. Mahathir keluar Umno, saya tak fikir ini akan menyebabkan satu exodus (penghijrahan) iaitu meninggalkan parti secara beramai-ramai.''Saya percaya majoriti 99 peratus masih yakin bahawa Umno adalah sebuah pertubuhan politik yang boleh memperjuangkan nasib Melayu dan Islam di negara kita.

Kata-kata itu menunjukkan yang beliau tidak bimbang dengan apa yang berlaku dalam Umno. Pada hal itu adalah kaedahnya agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berfikir banyak kali sama ada mahu kekal memimpin Umno atau sebaliknya.

Apa pula nasihat kamu selain boleh berkata, sekiranya ada ura-ura sudah ada bahagian parti itu dibubarkan, ia kekal sebagai khabar-khabar angin saja jika tiada bukti.''Kalau ada satu dua (yang keluar), cuma satu dua saja. Jutaan (ahli) lain tidak buat begitu. Itu realiti yang kita terima. Jangan nak keruh keadaan dengan memberi gambaran buruk,

Beliau tidak bimbang dengan situasi ini, sedangkan itu soal yang boleh membuat umno dalam keadaan bahaya sepertimana yang disebut diatas. Lain pula jawapannya apabila ditanya mengenai tindakan Mukhris yang dianggapnya bahawa tindakan itu adalah dari perspektif luas dan soal spesifik.

Apa spesifiknya, sedangkan semua para pemimpin Umno yang bersalah sehingga membuat Umno/BN kalah teruk dalam musim pilihanraya umum ke 12. Bukan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seorang sahaja yang bersalah. Naib naib presiden, timbalan presiden dan ahli majlis Tertinggi juga turut melakukan kesalahan.

Mengapa Datuk Abdullah Ahmad Badawi seorang sahaja yang mesti letak jawatan. Sepatutnya semua para pemimpin yang dipilih menjadi anggota tertinggi Umno bertanggungjawab dan sama memikulnya.

Adalah tidak adil Datuk Seri Abdullah Badawi seorang sahaja yang dihalakan kesalahan itu. Adakah itu budaya Umno apabila umno kalah teruk maka ketuanya mesti letak jawatan dan orang lain yang turut bebas sebebasnya walau pun turut bersalah.

Tidak dinafilan Umno parti demokratik, setiap ahli berhak menyuarakan (pandangan) atau bersuara. Tapi apakah patut suara yang di suarakan ada unsur unsur sokong yang membawa rebah

Kita nampak dengan mata kepala kita sendiri segala usaha yang dilakukan oleh para pemimpin umno, terutama sekali oleh Timbalan presiden, naib-naib presiden, ketua Pergerakan Pemuda yang sudah bersuara yang dia tidak akan mempertahankan jawatannya, demikian juga Tan Sri Mahyuddin Yasin sendiri kelihatan begitu ghairah untuk memcuba nasib bertanding jawatan timbalan presiden.

Datuk Seri Najib Razak, walaupun kelihatan tidak berani, tetapi boleh duduk senang lenang dan tidak susah hati walaupun dikaitan dengan kes bunuh Altantuya. Lebih-lebih lagi soal peralihan kuasa sudah dijanjikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa orangnya tidak lain dan tidak bukan ialah timbalannya.

Tindakan ini tidak lain dan tidak bukan ialah hasil usaha daripada orang-orang 'yes man' sahaja atau 'pembodek' saja, Kita tidak lupa bahawa kebanyakan orang Umno baik di peringkat paling bawah maupun diperingkat paling atas mereka terdiri daripada orang hipokrit yang boleh membuat umno hancur, malah Negara akan tergadai jika dibiarkan orang-orang jenis ini menjadi pemimpin.

Kita kena ingat bahawa Umno 1946 sudah diharamkan dan Umno baru nampaknya menunggu masa bila-bila masa sahaja untuk hancur. Ingat sejarah.

Friday, May 23, 2008

Tindakan Tun Mahathir Mohammad tidak lojikal

Memang tindakan mahu supaya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan dari jawatan yang disandang itu adalah tidak lojik sekali.

Mengapa saya kata begitu? Anda, mungkin sudah tahu jawapannya. Pertama, kekalahan BN dalam musim pilihanraya umum ke 12 , 8 Mac 2008, bukan salah Perdana menteri seorang sahaja.

Jadi mengapa mesti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sahaja yang mesti letak jawatan, sedangkan orang lain juga turut melakukan kesilapan besar dalam melayari bahtera Umno/BN.

Adalah tersangat tidak kena, Datuk Seri Abdullah yang jadi presiden Umno/BN seorang sahaja didesak untuk meletakkan jawatan. Apakah timbalan presiden/Timbalan perdana Datuk Seri Najib Tun Razak, Naib-naib presiden Tan Sri Mahyuddin Yassin dan Datuk Seri Ali Rustam tidak turut bersalah.

Benarkah orang lain tidak bersalah? Adakah patut presiden seorang sahaja yang bersalah dalam kes ini dan semua Ahli Majlis Tertinggi tidak bersalah dan boleh bebas dengan kelemahan Umno/BN.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedar bahawa hasil kelamahan yang ada pada dirinya yang menyebabkan Umno/BN kalah teruk dalam pilihanraya umum ke 12 lalu, tetapi bukan dirinya seorang sahaja yang harus dipertanggungjawabkan.

Lebih-lebih lagi kepimpinan Umno/BN adalah kepimpinan yang dibentuk atas nama kolektif yang harus dipertanggungjawabkan oleh semua pihak dalam umno/BN, termasuk presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan semua ahli majlis tertinggi umno yang dilantik tiga tahun sekali itu.

Jadi tiada sebab mengapa mesti dia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seorang sahaja yang mesti letak jawatan. Tiada sebab mengapa Tun Mahathir Mohamad mendesak Presiden seorang sahaja meletakkan jawatan.

Apakah rasionalnya. Oleh kerana tiada rasional, Sebab itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetap berkeras dan cuba membela diri dengan desakan itu. Jika beliau bertindak meletakkan jawatan, sudah tentu nampak sangat kesilapan yang dilakukan. Oleh kerana dia berada di pihak yang benar dan mahau tidak mahu tetap menpertahankan integertinya sebagai seorang presiden.

Manakala Tun Dr Mahathir Mohamad pula hanya salah seorang ahli umno biasa sahaja yang walaupun dikatakan masih mempunyai pengaruh dalam Umno, tetapi adalah tidak wajar memdesak presiden undur diri.

Kedua, mungkin atas sebab terlalu marah yang teramat sangat dengan beberapa tindakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, termasuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Salleh Abbas dan tiga hakim yang dipecatnya.

Bayangkan orang yang dia pecat dibebaskan. Siapa tidak marah. maka mahu tidak mahu akan berusaha dengan sedayaupaya untuk memberhentikan Presiden Umno yang di sifatkan sangat jahat terhadap dirinya yang sangat berjasa.

Langkah pertama yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad tidak memberi apa-apa kesan terhadap kedudukan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, apatah lagi tergugat pun tidak. Malah kedudukan Tun kelihatan semakin hari semakin terjejas reputasinya. maka langkah kedua diambilnya iaitu dia sendiri keluar dari Umno dan sehari kemudian diikuti isteri Tun Hasmah dan anaknya Muhkzani.

Namun demikian, boleh dikatakan hampir semua media di Negara ini menyatakan betapa terkejutnya dengan tindakan Tun Mahathir Mohamad yang bertindak secara drastik keluar umno, tanpa menyedari akan keberkesanannya melalui tindakan itu.


Setakat hari tiada orang lain yang akan berbuat demikian atau dengan kata lain tiada orang lain yang akan mengikut jejak langkah yang kurang bijak itu. Kasihan seorang yang bijaksana telah bertindak mengikut kehendak hawa nafsu amarah.


Tidak dinafikan ada beberapa cawangan di Kedah yang dikatakan akan ikut jejak langkah kurang cerdik itu, tetapi, itu hanya gemik politik sahaja. Tidak lebih dari itu. Atau dengan kata lain bahawa laporan itu hanya mainan “media” sahaja.

Anda boleh lihat sendiri akan perkembangan yang telah, sedang dan akan berlaku selepas ini berkaitan dengan desas desus politik negara, sama ada siapakah yang jadi abu dan siapa pula yang jadi arang. Dan apa pula tindakan Muhkriz dalam strateginya membantu ayahnya menyahkan presiden Umno itu.

Sunday, May 11, 2008

kuasa Melayu semakin hari semakin terhakis



Betulkah sokogan umno tidak merosot? Kalau tidak merosot mana mungkin prestasi parti itu menurun dalam musim pilihanraya umum ke 12 lepas.

Pelik juga menurun dikatakan tidak merosot. bermakna masih kuat.Macam mana boleh kita dakwa yang umno masih kuat sedangkan sudah merosot.Mungkin kuat tetapi tidak kukuh.

Inilah sikap nagetif yang dimiliki oleh para pemimpin orang Melayu sejak dahulu sehinggalah sekarang ini.

Menurut kamus dewan Bahasa dan Pustaka: istilah merosot ialah tergelincir turun.bermakna sudah berada dibawah. Kemerosotan ialah perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan dll) ada hubungan dengan kejatuhan dan kemunduran. Manakala istilah “nurun” ialah duduk dari tempat yang lebih tinggi ketempat yang lebih rendah. Menakala istilah menurun ialah menjadi “kurang” daripada biasa.

Apabila sebut sahaja kurang maka ianya mempunyai hubungkait dengan “nilai” yang juga disebut “mutu” atau “kualiti”yang lawannya ialah “kuantiti”. Benar Umno sekarang ini masih ada kuantitinya, tetapi kualiti sudah kurang berbanidng sebelum.

Walaupun perdana menteri Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi bukan melayu tulen tetapi beliau juga memiliki sikap nagetif Melayu “biar papa asal bergaya”. Sebab itu beliau tidak mahu mengaku yang UMNO tidak mengalami kemerosotan sokongan daripada orang Melayu biarpun prestasi parti itu agak menurun dalam pilihan raya umum ke 12 lepas.

Kita bimbang dan takut-takut para pemimpin dibawah kepimpinannya “menurun” iaitu kemasukan roh halus kedalam tubuh mereka dan berada didalam keadaan tidak sedar Umno akan hancur lebur di makan ana-ana.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mungkin tidak sedar kualiti Umno sudah hilang. Kalau beliau sedar mana mungkin beliau mengatakan UMNO masih kekal tunjang kekuatan Melayu, itulah hujahnya.

Kita tidak nafi Umno tunjang kekuatan melayu sebelum ini. Tetapi apakah tunjang itu masih kuat dan kukuh? Kalau masih kuat dan kukuh, mana mungkin boleh merosot dan menurun.

Kita setuju para pemimpin Umno era ini mendakwa yang UMNO tetap dengan perjuangan asal dan tetap mempertahankan maruah Melayu. Sesiapa sahaja boleh mendakwa,Tetapi apakah Umno dahulu dan sekarang berupaya mempertahankan maruah Melayu?

Memang orang Melayu tidak meninggalkan UMNO sebab itu Umno masih ada 79 kerusi parlimen dan mempunyai 85 peratus sokongan. Apakah benar kuasa Melayu belum terhakis sepertimana yang didakwa oleh perdana menteri itu.

Sikap tidak apa dan tidak mahu mengaku lemah yang ditunjukkan itu juga telah lama bersarang didalam jiwa orang melayu. inilah yang membuat kekuatan orang melayu terhakis tanpa disedari seluar dalamnya hampir hampir terlondah.

Sebab itulah para pemimpin melayu yang jadi perdana menteri satu demi satu,timbalan perdana satu demi satu, menteri menteri satu demi satu dan timbalan menteri satu demi satu dan menteri besar-menteri besar satu demi satu dan exco-exco satu demi satu sebuk buat harta setelah diberi amanah oleh rakyat.

Bukan setakat itu sahaja malah para pemimpin kini menolak dakwaaan yang UMNO tunduk kepada tekanan parti komponen BN dan menafi sepenuh-penuhnya. Ini juga satu penyakit yang dihidapi dan perlu dirawat segera. Kalau tidak penuh ranahlah orang Melayu.

Kalau benar umno tidak tunduk kepada desakan kompenen BN mana mungkin boleh jadi begini. Rasuah bermaharaja lela. Salahgunakuasa berleluasa.Penyeleweangan suatu yang lazim. Oleh kerana sangat takut dengan desakan, Ketua pergerakan pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Husein memohon maaf tanpa buat kesilapan.

Apakah mencium keris semasa di perhimpunan agung Umno itu merupakan suatu kesilapan sehingga terpaksa memohon maaf. Tindakan memohon maaf itu menunjukkan para pemimpin Umno takut dengan desakan dan tekanan. Bermakna Umno tunduk membuta tuli.

Apakah ia merupakan satu ancaman terhadap kepimpinan Umno? Kerana hanya mencium keris lambang kekuatan Melayu para pemimpin sudah mengelabah tidak tentu hala.

Tergamak Perdana Menteri mengatakan tidak timbul soal tunduk dengan tekanan, kerana apa juga keputusan yang dibuat dalam BN ia dilakukan secara konsensus.Betulkah ianya dilakukan secara consensus.

Kalau keputusan yang dibuat dalam BN dilakukan secara konsensus mana mungkin kedudukan orang melayu semakin hari semakin lemah selemahnya.Kuasa orang Melayu Pulau Pinang boleh dijadikan contoh.

Kalau kuasa umno tidak lemah mana mungkin Datuk Seri Abdullah memberikan pesanan kepada ahli-ahli parti dengan berkata, “Kita tidak ada masa untuk bertelagah atau memikirkan mengenai apa jawatan yang perlu kita pegang semata-mata kerana ada Mesyuarat Agung.’’

Ini menunjukkan kuasa Umno sudah lemah.Kalau tidak mana mungkin memngaingatkan ahli-ahlinya supaya jangan berbalah. Semua orang ketahui bahawa berbalah itu punca lemahnya kuasa. Bukan setakat lemah malah umno boleh runtuh dan hancur jika asyik bergelagah sesame sendiri.

Kita sedia maklum bahawa selepas enam dekad, UMNO telah mengalami pelbagai peristiwa, rintangan dan cabaran politik dalam sejarahnya. Ujian dan cabaran ini datang dalam pelbagai bentuk.

Yang terbesar adalah masalah parti-parti serpihan yang tumbuh dan tertubuh apabila beberapa pemimpin yang tidak puashati dengan Umno dan kepimpinan telah membawa pengikut-pengikut mereka keluar parti.

Tertubuhnya Pas pada tahun 1951; Parti Negara yang dipimpin sendiri oleh Datuk Onn, Pengasas UMNO; Parti Melayu Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan yang mutakhir ini adalah PKR di bawah pimpinan "de facto leader"nya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak dinafikan apapun yang berlaku, sejarah telah membuktikan bahawa UMNO terus dengan perjuangannya untuk membela orang-orang Melayu, orang-orang Islam dan di samping itu menjadi pelopor kepada perjuangan untuk semua orang Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa

Tetapi apakah ia suatu yang reality atau dia hanya dakwaan semata-mata.Kalau dia reality mengapa para pemimpinnya keluar parti menubuhkan parti lain yang lebih baik berbanding dengan Umno yang ada masa itu.

Atau dilakukan semata-mata bagi mendapat tempat dan perhatian semua rakyat dalam negara ini.Tidak lebih daripada itu.

kita memang tidak pernah lupa, di sebalik peristiwa-peristiwa bahawa UMNO terus memenangi setiap pilihan raya umum bermula dari pilihan raya pertama pada tahun 1955 dan seterusnya, selama 12 kali berturut-turut termasuk pilihan raya umum ke 12 lalu.

Tapi kita hairan dengan keputusan pilihan raya umum (PRU) lalu yang menunjukkan sokongan orang Melayu di beberapa negeri semakin terhakis dan UMNO tidak lagi dilihat sebagai tunjang kekuatan Melayu?

Kalau diperhatikan secara teliti akan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, UMNO dikatakan tidak mengalami kemerosotan,kerana memenangi 85 peratus daripada kerusi yang ditandinginya, tetapi bagaimana majoriti yang telah diperoleh oleh calon-calon UMNO kurang daripada yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2004.Apakah tidak merosot namanya? Kuatitinya masih ada tetapi kualiti sudah hilang.

Kita percaya orang Melayu tidak meninggalkan UMNO secara total.tetapi kualitinya sudah merosot. Bagaimana boleh mendakwa kuasa orang Melayu belum terhakis, sedangkan prestasi jatuh dan menurun.Apakah benar UMNO masih kekal sebagai tunjang kekuatan Melayu.

Kita boleh berkata umno tunjang kekuatan orang Melayu,tetapi tunjang yang dipacang itu sudah bergoyang iaitu tidak kuat lagi berbanding sebelum ini. Apakah akan jadi pada sepohon pokok yang rendang apabila tunjangnya bergoyang. Sudah tentu lama kelamaan pohon tadi akan mati dan tumbang.percayalah.

Kalau tunjang kekuatan orang melayu masih kuat mana mungkin sebaik sahaja tamat Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu, perdana menteri dan timbalannya turun padang menemui semua ahli Perhubungan UMNO Negeri di seluruh negara yang terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian UMNO di setiap bahagian.

Apakah yang diperolehi sewaktu turun padang, tidak lain dan tidak bukan pelbagai pandangan, saranan, pendapat dan cara-cara memperkukuhkan semula kedudukan parti.Ini menunjukkan umno sudah lemah.Kalau tidak mana mungkin ketua-ketua bahagian Umno seluruh Negara bersuara demikian.

Kalau Umno tidak lemah mana mungkin di adakan pertemuan bersiri secara tertutup yang telah diadakan di kediaman rasmi perdana menteri. Untuk mendapat natijah yang lebih baik diadakan pertemuan dengan lawatan Jawatankuasa Pengurusan ke negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Pertemuan-pertemuan selanjutnya akan diadakan dari semasa ke semasa sehingga Disember ini semata-mata untuk membaiki kelemahan Umno.

Kalau umno tidak lemah mana mungkin diadakan usaha mengukuhkannya.lebih-lebih lagi untuk meyakinkan rakyat tentang kemampuan Kerajaan Umno/Barisan Nasional yang tidak ada upaya memberikan khidmat yang terbaik sepanjang memerintah Negara.Bukan itu sahaja malah Umno/BN sejak dahulu hingga kini tidak melaksanakan tanggungjawabnya dan tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto.

Wednesday, May 7, 2008

Datuk Harusani Zakaria Mufti Perak di tuduh sesat?


Tidak lama dahulu mufti Perak Datuk Harusani Zakaria dituduh sebagai sesat. Tuduhan itu dibuat atas nama mufti Perak itu marah kepada Yahudi, sedangkan Rasulullah SAW tidak pernah “marah” terhadap Yahudi di Madinah. Malah Rasulullah SAW bertahlul dengan Yahudi semasa menubuhkan Negara Islam pertama.

Kita nampak kepelikan berlaku hari demi hari. Orang yang jelas sesat tidak dilabelkan sesat dan yang ikut ajaran Rasulullah SAW dianggap sesat dan diminta supaya dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berwajib.

Pelik tapi benar. Kita tidak tahu sama ada orang yang menuduh mufti Perak sesat itu telah mendapat upah daripada pihak Yahudi dan Kristian, kerana ada lojiknya tindakan itu dilakukan kerana mufti Perak sangat lantang bersuara terhadap usaha pihak geraja Negara ini mengkristiankan orang Melayu.

Sejak akhir-akhir ini Mufti Perak sangat sangat tidak disenangi oleh Kristian dan Yahudi. Maka usaha untuk mematahkan kerja mengkristiankan orang Melayu mesti dilakukan, walau melalui apa cara sekali pun.

Kerajaan Perak pernah menerima desakan supaya Mufti Perak yang ada sekarang dipecat, kerana menghalang inisiatif pihak gereja Kristian yang bergerak aktif mengkristiankan orang Melayu di Negara Islam hadhari ini. Walau bagaimana pun Mufti Perak tetap kekal.

Oleh itu mahu tidak mahu diadakan suatu usaha untuk menyerang Mufti Perak melalui pelbagai kaedah agar usaha mengkristiankan orang Melayu di negara ini tidak terbantut dan dapat diteruskan.

Suatu kejayaan sudah dapat dibuktikan bahawa sehingga hari ini kita dimaklumkan bahawa sebuah gereja kristian Melayu sudah pun ada dan katanya sudah mendapat kelulusan daripada pejabat pertubuhan pendaftaran. Sama ada betul atau tidak, sama-sama lah kita siasat dan bungkar.

Persoalannya mengapa begitu biadapnya mereka terhadap mufti yang proaktif? Apakah motif mereka sehingga tergamak menuduh seorang mufti yang ada misi dan visi untuk menyelamatkan orang Melayu dari di kristiankan dituduh sesat.

Apakah mereka itu tidak sedar hujah yang dilemparkan itu boleh dibaca oleh kebanyakan rakyat Negara ini sebagai “buta sejarah”. Apakah benar Rasulullah SAW tidak marah dengan Yahudi. Dari mana mereka dapat fakta itu.

Kalau Rasulullah SAW tidak marah dengan Yahudi, mana mungkin telah mengarah Saidina Umar Al Kahtab menghalau semua Yahudi di Madinah dan Mekkah. Rasulullah SAW tidak mahu tengok wajah wajah Yahudi di Madinah dan Mekkah. Sejarah telah membuktikan bahawa tiada seorang pun Yahudi yang tinggal menetap sehingga sekarang ini.Hal Pernah disebut oleh Ahmad Nejad dengan berkata: hapus Yahudi di atas muka bumi ini”.

Orang Yahudi (kafir) sehingga hari tidak dibenarkan memasuki Madinah dan Mekkah Ini menunjukkan betapa marahnya Rasulullah kepada Yahudi (Kafir) . Graf kemarahan itu dibuktikan melalui berpuluh-puluh peperangan dilakukan terhadap kaum kafir di Mekkah dan Madinah.

Kita naik hairan apakah puncanya sehingga tergamak mereka menuduh mufti Perak sebagai sesat. Mungkin tidak lain dan tidak kerana mereka dapat upah yang lumayan daripada pihak gereja kristian luar Negara dengan kerjasama pihak geraja tempatan.

Kalau kini sudah ada gadis gadis Melayu yang sanggup melacurkan diri masakan tiada pula yang sanggup menjadi “alat kepada pendakyah kristian yang berkerja licit untuk mengkristiankan seberapa banyak orang Melayu, kerana terpengaruh dengan kebendaan.

Seorang remaja berusia 17 tahun di laporkan memiliki wang simpanan sejumlah RM 80,000 sepanjang menjadi pelacur. Apalah sangat dengan bertindak mengatakan mufti Perak sebagai sesat berbanding dengan menjadi pelacur.

Kita memang tidak kenal identitinya sama ada dia Melayu atau bukan Melayu, sama ada dia orang Islam atau seorang yang bukan Islam. Tetapi tuduhan sesat itu telah di halakan kepada mufti Perak jelas sangat jahat Dan perlu dihukum.

Yang menyebabkan kita tidak tahu identiti sebenar, kerana tuduhan jahat itu dilakukan melalui SMS yang boleh diertikan S, shok M, mula S, shok yang menjadi trend manusia di zaman Globalisasi tanpa sempadan ini. Itulah yang menyebabkan sukar untuk membuktikan identiti mereka.

Soal Melayu kah mereka atau bukan Melayu kah mereka atau bukan Islam kah mereka atau Islamkah mereka, itu bukan masalahnya, tetapi mengapa ia boleh berlaku terhadap seorang mufti di Negara orang Melayu/Islam yang menjadi Perdana Menteri

Ini menujukkan Negara kita yang didakwa selamat, makmur dan aman mulai diancam keselamatannya dengan tersangat berbahaya sekali. Oleh itu pihak pemerintah harus mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang sedang berlaku. Lebih-lebih lagi perkara ini membabitkan mufti dan agama rasmi Negara.