Friday, October 3, 2008

Akibat sokong calon lain akibatnya di pecat

Sebaik sahaja mendengar desas desus Naib Presiden Umno Tan Sri Muyiddin Yasin dicadangkan supaya dipecat jika enggan meletakkan jawatan sebagai menteri perdagangan antara bangsa dab industri.

Cadangan itu dibuat oleh Datuk Zaid Ibrahim menteri di jabatan perdana menteri atas sebab mempertikaikan pelan peralihan kuasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Belum habis cerita pecat memecat, Datuk Zahid Ibrahim pula tidak puashati dengan tindakan kerajaan menahan beberapa orang yang boleh ditahan dan didaakwa dibawah ISA pula yang meletak jawatan.

Sebaik sahaja datuk Zahid Ibrahim meletak jawatan tiga orang Ahli Umno Sabah pula yang kena pecat atas sebab menjadi pembelot dalam musim pilihanraya umum ke 12 lepas.

Sebelum ini sudah ada cerita panas bahawa beberapa orang ahli jawatankuasa Bahagian Umno Terengganu di pecat atas sebab menyokong calon ketua yang di sifatkan sebagai buku bertemu ruas “ dalam pertandingan satu lawan satu. Ianya sudah tersebar dan bukan rahsia lagi. Bahkan suatu reality yang tidak dapat di nafikan. Juga bukannya khabar angin lagi.

Itulah kerja ketua bahagian Umno Terengganu yang mula panas punggung dan marah yang amat sangat pada ahli jawatankuasa yang di lantiknya. Siapa yang tidak marah jika orang yang dilantik berpaling tadah.

Lebih-lebih lagi ianya menyentuh soal hidup matinya keria politik masa depannya, oleh itu mahu tidak mahu telah bertindak memecat sesiapa sahaja yang di fikir wajar.Jika tidak berbuat demikian sudah pasti ia akan kalah dalam pertandaingan itu nanti.

Wajarkah mereka yang tidak menyokong beliau di pecat? Ada yang kata wajar kerana ketua yang melantik mereka itu. Dan ada pula yang mengatakan tidak patut, kerana bercanggah dengan demokrasi yang di amalkan oleh parti.

Disini nampak sangat bahawa ada motif tertentu yang dimainkan Ketua Bahagian Dungun dan Hulu Terengganu. Kedua kedau ketua itu lebih mementingkan peribadi berbanding tradisi membela rakyat.

Inilah “sadisme” yang di hidapi oleh ketua Bahagian orang yang pernah dicantas dalam musim pilihanraya umum ke 12. Dia dicantas, maka sampai giliran yang dia pula akan mencantas sesiapa yang di fikir wajar demi kepentingan peribadi.

Hassan Ali, ketika diminta mengulas berkata, saya lawan ketua bahagian Umno Kuala Nerus bukan untuk kepentingan diri saya, tetapi untuk kepentingan orang melayu, kerana Umno memperjuangkan hak orang Melayu.

Ada pendapat yang mengatakan memang tujuan Umno ditubuhkan ialah untuk membela nasib bangsa melayu, sepertimana termaktub didalam perlembagaan. Tapi apakah ianya benar berfungsi ke arah itu?

Ada yang berpendapat pecat memecat seseorang anggota ahli jawatankuasa Umno Bahagian adalah hak Ketua. Ketua boleh bertindak demikian. Begitulah nasib orang parti politik. Mereka seolah olah macam “telur di ujung tanduk”.

Begitulah malangnya nasib dua orang ahli jawatankuasa Umno bahagian Dungun yang cuba lawan “taukeh”. Itulah padahnya orang diberi kepercayaan dan berpaling tadah dan empat orang Ahli jawatankuasa Umno Bahagian Hulu Terengganu, termasuk setiausahanya yang menerima padah kerana sokong Mohd Nor Othman yang akan mencabar ketuanya.

Memang “taukeh” Umno Dungun dan Hulu Terengganu boleh bertindak demikian jika ada orang yang tidak sehaluan dengannya.Itulah alasan yang di nyatakan apabila ada yang mempertikaikan tindakan itu.

Semua orang kenal dengan watak kedua dua ketua yang sah akan di cabar dalam pertandingan itu nanti.

Yang peliknya dalam pada itu ada juga orang yang berani mencabar ketua jenis sebegitu dalam mesyuarat agung parti Oktober/November ini.Ini menunjukkan ada yang tidak kena dengan kedua dua ketua itu.

Dua orang yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan bekas wakil rakyat Sura iaitu Ustaz Mohd Kamal Abdullah yang di cantas dalam musim pilihanraya umum ke 12 lepas.

Kesian…sudahlah dicantas, kini sudah di pecat sebagai ahli jawatankuasa bahagian kerana dianggap bersalah menyokong Datuk Din Adam, ADUN Bukit Besi dan bekas Exco zaman Datuk Seri Idris Jusoh menjadi menteri Besar Terengganu.

Yang peliknya, Ustaz Mohd Kamal Abdullah ini merupakan orang paling berjasa atau dengan kata banyak buat jasa kepada Umno Terengganu khususnya dan Umno Malaysia amnya dalam musim pilihanraya umum ke 11.

Masakan tidak. Ustaz Kamal Abdullah, pegawai kerajaan yang menjawat jawatan kadi Daerah paling lantang menyerang dan mengkutuk dan memburuk- buruk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika menjadi Menteri Besar Terengganu dahulu.

Atas sebab itulah di pili sebagai calon untuk bertanding di DUN Sura pada pilihanraya umum ke 11 (2004) dan menang, mengalahkan Ustaz Wan Hassan Wan Ramli. wakil rakyat mesra rakyat.

Sayang, orang yang sangat berjasa pada Umno itu telah dicantas dan kini sudah dipecat pula dari jawatan jawatankuasa bahagian kerana di dapati bersalah menyokong Din Adam yang akan mencabar Datuk Rosli Mat Hassan, juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Barangkali memecat Ustaz Mohd Kamal Abdullah itu suatu kaedah yang terbaik bagi Rosli Mat Hassan. Sekurang- kurangnya boleh memberi pengiktibaran kepada anggota jawatankuasa lima Bahagian Umno yang dikatakan “sengit” agar tidak berani berpaling tadah.

No comments: