Monday, October 20, 2008

Bolehkah penipu dana raya di hukum?

Jawapnya Memang boleh – tak hendak seribu dalih. Kalau hendak semuanya boleh. Yang tidak penipu pun boleh dihukum kalau ada kemahuan daripada pihak tertentu. Apa tah lagi penipuan dana raya yang jelas berlaku itu.

Mungkin memerlukan masa untuk mengambil tindakan untuk mendakwa mereka yang dikatakan telah menipu pihak kerajaan. Ini bertepatan dengan apa yang dihajati oleh menteri besar Terengganu Datuk Ahmad said.

Beliau mahu supaya penipu dihukum biar padan muka dengan orang yang buiat jahat dengan danaraya yang diperuntukkan kepada orang kuat upaya, ibu tinggal dan warga Emas.

Tersangat tidak wajar pegawai kerajaan yang ada pendapatan bulan diberi danaraya. Bukan setakat orang makan gaji yang dapat danaraya, malah orang mampu juga turut merasa sama.

Inilah apa yang pernah berlaku sejak tahun 2000 hingga kini. Cuma orang yang menyokong pembangkang sahaja yang tidak mendapat nikmat itu. Ada yang dapat, tetapi hanya keluarga dan orang yang baik dengan JKKK sahaja.

Ini juga menyebabkan beberapa orang JKKK terbabit dipecat dan dipanggil memberi tunjuk sebab mengapa masih ada penyokong pembangkang mendapat danaraya.

Atas sebab itu Mastura Haji Mohd, JKKK Buloh Gading, Kuala Terengganu pernah dipanggil oleh pihak berkenaan untuk menyatakan mengapa penyokong pembangkang diberi juga danaraya.

Sehubungan dengan itu, tiga orang JKKK Batu Rakit, menyatakan sokongan supaya badan pencegah rasuah menyiasat kes penipuan bagi menyelesaikan isu yang berbangkit.

Salah seorang daripada itu berkata, siasatan perlu dilakukan jika terdpat penipuan dalam proses agihan danaraya supaya ia tidak berulang dimasa akan datang.Ini boleh merosakkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Pendek kata semua rakyat Terengganu setuju penipu danaraya di kenakan tindakan undang- undang sebagai langkah memberi pengajaran kepada mereka yang diberi amanah dan juga pegawai kerajan dan swasta yang memalsukan maklumat peribadi.

Boleh atau tidak Badan Pencegah Rasuah (BPR) Terengganu mendakwa penipu danaraya sepertimana yang dikehendaki Menteri Besar Ahmad Said itu.

Ahmad Said memang mengharapkan sangat agar penipu dana raya di hukum, biar padan dengan muka mereka.

Itulah harapan Ahmad Said, tetapi apakah ia boleh atau tidak mereka yang terbabit itu dijatuhkan hukuman.

Jawapannya boleh memang boleh tiada sebarang halangan jika ada individu yang tampil membuat aduan secara rasmi kepada badan pencegah Rasuah.

Ini telah dinyatakan sendiri oleh pengarahnya Sharudin Sapian dalam satu kenyataan media baru-baru ini bagi mengulas kehendak Ahmad Said dan beberapa Jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampong.

Badan pencegah Rasuah tidak boleh menyiasat jika tidak ada aduan khusus apa tah lagi untuk mendaakwa dan menghukum.

Yang penting sekarang ini mesti ada aduan khusus barulah pihak pencegah Rasuah dapat bertindak untuk menyiasat.

Kita sangat mengharap agar Ahmad Said sendiri yang membuat aduan atas asas kenyataan media yang dibuat itu, kerana pihak BPR tidak boleh menyiasat kecuali jika ada aduan.

Kalau Ahmad said mahu supaya penipu danaraya dihukum saepertimana yang diharapkan itu ada lebih baik dibuat laporan polis terlebih dahulu. Lepas itu tampil ke pajabat badan pencegah rasuah agar kelihatan kesungguhan menteri besar.

Kalau tidak berbuat demikian jangan diharap penipu dapat dihukum dan ianya akan berlaku lagi pada tahun tahun akan datang.

Penipuan dana raya bukan berlaku hari ini, malah sebelum ini pun pernah berlaku, tetapi malangnya penipu itu tidak pernah disiasat pun.

Penulis masih belum lupa sebanyak RM 30 juta wang Ishan hilang begitu sahaja.Adakah penipu itu dihukum? Jauh sekali untuk disiasat. Cuma penipu itu dilucutkan jawatannya sahaja.

Apabila jawatan yang disandang itu ditukar kepada orang lain ianya masih berlaku penipuan dan dilucutkan jawatan dan tukar kepada orang lain sehingga hari ini masih juga berlaku.

Jika tidak dibuat aduan sudah barang tentu penipu itu bebas dan jadi kayaraya. maklum sahaja wang. Siapa yang tidak mahu wang. Pendek kata wang itu segala galanya.

Kebanyakan rakyat Terengganu tidak boleh menerima bulat bulat apa yang pernah di cakapkan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Said bahawa agihan duitraya hanya diberi kepada yang layak.

Bermakna sesiapa sahaja yang layak maka mereka akan menerimanya, tetapi malangnya ada rungutan ramai yang layak dinafikan haknya. Ini menunjukkan agihan duitraya pada tahun 2008 ada yang tidak kena.

Sesetengah mengatakan berlakunya penipuan dan Ahmad Said dalam satu kenyataan mahu supaya penipu dihukum dan meminta supaya BPR tampil menyiasat akan perkara tersebut.

Beberapa orang jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampong (JKKK) mengesa badan pencegah Rasuah membuat sisatan agihan danaraya yang dikatakan berlaku penipuan.

Ketua pengarah Badan pencegah Rasuah negeri Terengganu berkata, siasatan tidak boleh dilakukan, kerana tiada sebarang aduan mengenainya, cuma ianya disebarkan melalui media sahaja.

Pelik juga, semasa PAS memerintah Terengganu dahulu BPR terjun tidak bertangga menyiasat kes dua anak EXCO menerima wang zakat yang jelas tidak menyalahi undang undang kerana ada asnadnya.

Kini pihak BPR memerlukan aduan atau laporan polis baru boleh disiasat. Kalau tidak isu penipuan danaraya yang dijadikan isu besar sekarang dibiarkan begitu sahaja, hatta Ahmad Said sangat berharap agar penipu itu dihukum.

Kalau zaman Pas memerintah dahulu mengapa pihak BPR boleh menyiasat tanpa sebarang aduan. Kini tidak boleh berbuat demikian.Bukankah memandai berdasarkan laporan media sahaja.

Ini mesti ada benda yang tidak kena dengan kerajaan yang diterajui Ahmad Said yang mahu supaya penipu di hokum.

Kalau mahukan penipu di hukum jangan hanya bercakap sahaja. Tampil diri membuat aduan untuk menampaknya yang beliau adalah seorang menteri besar prihatin terhadap gejala buruk yang dilakukan orang yang di amanahkan itu.

Dengan itu, tidak timbul anggapan harapan hanya tinggal harapan sahaja.

No comments: