Saturday, October 25, 2008

Beruk walau pun nampak baik dan berjasa tetapi tidak pernah lupa gigit tuannya

Ramai orang PAS marah marah dengan Datuk Ibrahim Ali. Mengapa? Sudah tentu datangnya rasa tidak puashati seseorang pasal tindakan yang dilakukan.

Ibrahim Ali dikatakan memberi sokongan kepada Barisan Nasional, sedangkan beliau bertanding atas “tiket” PAS. Sepatutnya, beliau kena sokong PAS lah.

Itulah kesilapan orang PAS. Tak kan buat keputusan dahulu itu tidak berfikir habis habis.Bukankah berpolitik ini bukan perkara main-main, boleh buat apa sahaja yang kita suka.

Mustahil Tok Guru Nik Aziz Nik Mat tidak Tanya Allah ketika hendak beri Ibrahim tanding dahulu. Kan Islam sudah ajar dari A sampai Z. Mustahil buat sesuatu keputusan yang begitu besar ketepikan ajaran Islam. Tak kan pakai hawa nafsu.

Hendak berkahwin pun Allah suruh kita tanya Dia dahulu. Tak kan hendak tinggal ajaran yang Allah suruh. Kalau sudah tanya Allah sudah tentu segalanya baik belaka. Allah tidak tipu orang yang bertanya sesuatu untuk kebaikan, kecuali itu yang menipu dirinya sendiri.

Allah tidak tipu sesiapa yang ikhlas bertanya sesuatu yang baik baik sebelum buat keputusan muktamad. Lebih-lebih lagi dalam perkara politik. Ini bukan dalam perkara maksiat.

Mustahil semasa hendak memberi Ibrahim Ali bertanding dahulu itu dilakukan atas tindakan hawa nafsu kerana sebab sebab tertentu yang berlaku dalam rumah PAS di Pasir Mas, maka ambil lah Ibrahim yang sudah terkenal dengan label “juara” lompat parti di Malaysia ini.

Malah ada orang gelar Ibrahim Ali itu anjing yang tersepit dicelah pagar apabila terlepas sahaja, pasti akan gigit mereka yang berusaha susah payah itu. Sekarang nampaknya memang ada kebenaranya.

Mungkin orang sekarang tidak percaya lagi dengan Perpatah Melayu itu. Mungkin mereka tidak anggap Ibrahim Ali seperti "anjing" tersepit dicelah pagar kerana perangai manusia tidak sama dengan haiwan.

Kalau kita baca Al Quran memang ada manusia atas muka bumi ini di umpamakan sebagai anjing yang lidahnya terjelir juga jika diberi makan pun.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, terlalu gemar membaca ayat demikian ketika berceramah, malah dalam banyak ucaputamanya pun pernah tidak ketinggalan membaca ayat Allah itu untuk dijadikan bandingan dan ingatan kepada manusia.

Sebab itu adalah tersangat tidak patut Ibrahim Ali yang diberi ruang bertanding atas tiket PAS bertindak menyokong Barisan Nasional.

Tetapi kita kena ingat ada sejenis lagi haiwan yang diperlihara jarang tidak gigit tuannya. Apabila sebut sahaja haiwan yang walaupun di perlihara, tetapi jarang tidak gigit tuanya sudah tentu jawapnya ialah “Beruk”. Beruk memang berperangai begitu.

Beruk bukan sahaja ramai diperlihara oleh orang Kelantan, malah di Kelantan adanya sekolah beruk untuk mengajar beruk naik buah kelapa.

Memang beruk tidak percaya walaupun dia banyak berjasa dan baik dengan tuannya. Jika turun minyak beruk tidak kena tuannya. Bukan setakat mengigit malah sudah ada tuan “beruk” mati digigit “beruk”.

No comments: